Thursday, October 17, 2013

#1184 - "Isu Kontrak MIG" Bagus Atau Tidak

Hye Readers,


Nampak gayanya isu Wawa Zainal dan Aeril Zafril masih belum reda lagi. Susulan dari pernikahan rahsia mereka akibat Wawa Zainal terikat dengan kontrak bersama MIG, Hari ini Zed Zaidi pula tampil memberikan statement.

Zed Zaidi jelas tidak bersetuju dengan kontrak antara MIG yang dikatakan melarang artisnya daripada berkhawin dan bercinta sepanjang sesuatu tempoh yang dipersetujui. Menurut aritkel yang arkitel Roti Kaya Zed Zaidi berkata isu kontrak antara syarikat produksi dengan artis itu mencabuli hak asasi manusia dan melanggar hukum tuhan.

Aku tak kata statement Zed Zaidi tu salah tapi aku paham kenapa MIG bertindak demikian. Ini adalah untuk menjaga periuk nasi mereka. Dalam industri hiburan, ia boleh dianggap satu benda yang bagus kerana artis yang tidak terikat dengan keluarga akan lebih senang untuk menjalani pengambaraan dari artis yang sudah bekeluarga.

Kontrak macam ini juga dapat mengelakkan artis daripada terlibat dengan gosip-gosip liar. Sebagai artis, jika kontrak sebegini dipatuhi maka mereka mempunyai beberapa tahun untuk fokus kepada kerjaya dan mungkin memenangi beberapa anugerah sebelum berumah tangga. 

At the end kita tengok balik pokok pangkal kontrak ini. Adakah Wawa dipaksa untuk menandatangani kontrak ini? Aku tak rasa kontrak ini secara paksa. Kalau Wawa bersetuju untuk sign contract ini aku rasa dia sepatutnya ada tanggungjawab untuk mematuhi segala terma dan syarat dipersetujui.

Pendapat anda pula bagaimana?

Regards,
-Strider-

11 comments :

  1. dalam hidup ini, ada kalanya apa yang kita rancang akan menjadi sebaliknya.. pasti ada hikmah Allah takdirkan begitu.. semua itu telah tertulis sejak di azali lagi..

    ReplyDelete
  2. lebih kurang sama jugak dengan kontrak sukan untuk atlet. ada yng tak bagi khwin, or kahwin tapi tak boleh ada anak. either way itu pilihan sendri

    ReplyDelete
  3. jd artis kena la sabar dgn kontroversi.. ZzzzZZ

    ReplyDelete
  4. setuju dgn pendapat strider
    lgpun kan david teo dah kata before ni, kalau bercinta inform pd dia, nnti dia buat press conference
    caranya dah ada, tp mungkin ada yg tersilap tafsir

    ReplyDelete
  5. Sy setuju.. dunia artis ni mcm2. Klu kita buat business pun pastinya kita nk safe sbb kita dah letak komitmen spt modal, air muka, janji, kredibiliti dsb. Pasti kita nk mereka2 yg bertaut dgn kita ada komitmen 100% juga kan. Kontrak tu pun bukan dipaksa.. klu x sanggup, x payahlah commit.. :)

    ReplyDelete
  6. kepada artis, klu tak setuju dgn syarat kontrak, kenapa sign kontrak?

    ReplyDelete
  7. Salam, strider selamat raya haji.banyak makan lembuu dokk?
    pendapat saya punn, sekiranya dia dah tandatgn, dia dah tahu dyarat nya so dia kena la patuhi.kalau tak setuju tak payah la. Memang betul apa yg zed zaidi cakap tu tak bagi kahwin tu melanggar hukum tuhan.

    ReplyDelete
  8. tu ler . klu dah tuan punya badan rela sain kontrak tu , kena la tanggung bila langgar ...

    ReplyDelete
  9. bg sy sape yg sain kontrak tu sanggup terima risiko..sb 5 tahun kontrak xleh kawen..gila apa..kalau masa tu da sampai jodh camne? xkan nk kene tunggu 5 tahun kan..then kalau kawen takut kene saman..mmg x relevan tp dia berhak sb itu dia punya company ma.. =)

    ReplyDelete
  10. kalau rasa susah kontrak nya nape di sign kan?
    btw, DT pun ade artis yg bercinta bawah dia which is Intan dan Kamal
    Tp ok je dorang hewhew
    Bg sy DT buat mcm tu sbb utk disiplinkan artis2 dia

    ReplyDelete