Seorang lelaki tergamak membunuh ayahnya sendiri dengan alasan ia merupakan arahan dari suara ghaib yang didengarinya. Dalam kejadian pada jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, seorang lelaki Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditikam anaknya sendiri.
Adakah suspek mengalami simptom penyakit mental yang dipanggil "auditory hallucination" iaitu sejenis halusinasi pendengaran apabila seseorang boleh mendengar suara ghaib dalam bentuk bisikan atau percakapan padahal pada waktu tersebut tiada orang yang bercakap dengannya.
Pesakit schizophrenia juga dikatakan biasa mendengar suara ghaib yang menyakitkan hati seperti mendengar suara sekumpulan manusia yang mengkritik apa sahaja perbuatan yang mereka lakukan. Seperti contoh semasa mandi, ada suara ghaib mengejek pesakit sedang mandi dan kemudiannya ketawa beramai-ramai.
Namun kewujudan gangguan alam ghaib memang tidak boleh diabaikan. Kes-kes seperti histeria atau rasukan ini adalah fenomena yang pada kebiasaannya berlaku di kawasan sekolah, kilang, asrama, tempat kenduri dan sebagainya.
Aku pernah membaca di sebuah blog dimana ade disebutkan tentang pendapat para ulama’ yang bersetuju mengatakan bahawa jin boleh merasuk dan mengganggu otak manusia bahkan boleh melakukan kesakitan pada badan manusia dengan izin Allah
Jadi apa pendapat korang mengenai kes seperti diatas disebab penyakit mental atau gangguan dari alam ghaib? Yang mana satu korang rasa?Mungkin kajian dan penilaian mental secara berterusan diperlukan bagi menentukan punca sebenar kes-kes begini berlaku.
Regards,
-Strider-
Assalamualaikum azlan. sheila pernah gak terdengar pasal ni. Allahualam.. kita tak pasti.. al-fatihah .. semoga tenanglah allahyarham di sana.. insyallah
ReplyDeleteni sakit mental kot.
ReplyDeletetekanan jiwa
bila dah tertekan mulalah benda2 halus ni senang bekerja. hewhew
tak dinafikan kita sebenarnya hidup bersama mereka (jin dan syaitan).. tekanan yang keterlaluan juga merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada penyakit mental.. dalam masa yang sama 'mereka' akan mengambil kesempatan untuk menghasut manusia.. apa-apa pun, semuanya takdir Allah juga.. berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah jauh dari bisikan syaitan, gangguan jin dan hasutan nafsu jahat kita sendiri..
ReplyDeleteMungkin permasalahan mental & klu alam ghaib pastinya bisikan syaitan.. wallahualam. Semoga kita semua terlindung..
ReplyDelete