Sebenarnya aku takde idea nak publish entry untuk malam nie. Jadi aku amik keputusan nak republish entry tahun 2011 daripada blog aku yang lagi satu (Klik Sini). Entry ini pun daripada koleksi email aku yang dulu dan aku hanya meyampaikan balik..Antara 10 tanda suami korang curang ialah :
1) Banyak email atau urusan yang perlu diselesaikan di luar waktu pejabat terutamanya ketika hujung minggu,
2) Mula menjawab panggilan di luar rumah atau bilik yang berasingan.
3) Mula membawa phone kemana sahaja dia berada. Kalau dulu dia berjogging boleh tinggalkan phone kat rumah tapi sekarang dah tak boleh. Itu nak kena jaga-jaga
4) Semakin kerap menjalankan business trip dan lebih mencurigakan apabila dia tak ingat butir-butir mengenai meeting yang lepas seperti di mana tempatnya, bila dia keluar dan dengan siapa dia berjumpa.
5) Bila dia berada di luar untuk business trip, dia tidak membalas pesanan atau angkat phone sebaliknya hanya menjawab atau membuat panggilan kepada anda pada waktu malam,
6) Dia mungkin berminat dengan seks tapi tidak romantik seperti dulu ( Ini aku tak nak ulas sebab aku pun tak kawin lagi) hehe
7) Dia semakin kurang berminat untuk meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.
8) Secara tiba tiba, dia tak suka kepada masakkan korang, tak suka dengan citarasa muzik atau restoran korang dan tidak suka kepada sebarang aktiviti yang korang cadangkan.
9) Semakin kerap marah-marah atau angin tak berapa baik walaupun ia berpunca dari kesalahan kecil.
10) Dia tidak mahu berbicara tentang masalah yang melanda diri dan sering menjadikan masalah pejabat sebagai alasan untuk tidak bercerita mengenainya.
Secara dasarnya itu mungkin 10 tanda-tanda suami korang curang. Tapi jangan laa disebabkan satu tanda yang aku mention korang terus pergi tuduh suami korang curang pulak. Seelok eloknya korang berbincang jika ada masalah yang melanda.
Ade apa-apa yang nak tambah atau ade yang korang tak setuju? Benda ini sebenarnya subjektif, jangan risau. Lontarkan pendapat anda untuk kebaikkan semua.
Regards,
-Strider-
Wee Blogwalking For Tonight ~
ReplyDeleteJom Singgah Blog saya , Jangan lupa Follow :)
http://i-irufan.blogspot.com/
thanks yaa
Deletekalau setia apa pun tak boleh jd.. hehehe
ReplyDeletebetul jugak tu...hehe
Deleteperkongsian yang bagus.. mungkin berguna apabila akak dah kahwin kelak.. tapi selalunya lelaki tak suka dikongkong kan..
ReplyDeleteterima kasih kak..bab tu depends laa kak..sometimes ade lelaki take that as rasa syg..asalkan tak terlampau mengongkong laa..hehe
DeleteBagus utk renungan para suami & peringatan buat isteri2 semua.. thanks sharing strider :)
ReplyDeletethank you bro..hehehe
Delete...atau pun dia tak curang, cuma dia nak menyuarakan rasa tak puas hati je. pendek kata, mogok la. heheheee...
ReplyDeleteye laa tu..lelaki ada kala pun nak mogok gak kan??hehehe
Deletehuhu..bab phone tu kena jaga... people said "deleting a text out of guilt is also cheating"
ReplyDeletereally???i didn't know that..anyway thanks 4 sharing with us...
DeleteBila pasangan masing-masing busy dengan urusan kerja sendiri, waktu untuk pasangan pun dah makin kurang. Bila dah kurang ni, lagi senang la nak curang.
ReplyDeletebyup..pasangan yang dua-dua kerja kena pandai membahagikan masa supaya hubungan mereka kekal rapat walaupun dua2 sibuk bekerja...
Delete