Friday, October 25, 2013

#1199 - Perkembangan Terkini Bajet 2014

Hye Readers,



Hari ini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan membentangkan #Budget2014. Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji. Ikuti pembentangan Budget 2014 anda disini.

* Perdana Menteri mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

* Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

* BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit.

* Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

* Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

* PR1MA pula akan menyediakan 80 ribu unit rumah dengan peruntukan satu bilion ringgit di mana harga jualannya adalah 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran

* bagi meningkatkan akses pemilikan rumah pada harga yang berpatutan, dianggarkan sebanyak 223 ribu unit rumah baharu akan dibina oleh Kerajaan dan sektor swasta pada tahun 2014

* Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada 500 ribu ringgit kepada satu juta ringgit;
* Dana RM200 juta oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik

* Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 akan dikuatkuasakan, tujuan yakinkan orang awam bahawa maklumat..

* Pemberian percuma alat bantuan sokongan Prosthesis luaran payu dara dan coli khas kepada pesakit kanser payu dara (RM1200/set)

* Kerajaan peruntuk RM1.9 bil pada tahun 2013 untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik seluruh negara

* Kerajaan akan menyediakan 50 buah Klinik 1Malaysia tahun depan
* Susbidi gula sebanyak 34 sen dimansuhkan berkuatkuasa esok 26 Oktober 2013

* Mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.34 pada 26 Oktober 2013

* RM8.8 bln diperuntuk kepada PDRM, RM13.2 bln ATM bagi mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan kesiapsiagaan anggota tentera

* Bantuan Persekolahan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah sebanyak RM100 dan juga  Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M) diteruskan

* Apabila GST dilaksana, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti RM300 kpd penerima isi rumah BR1M dan juga pengurangan cukai Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan 1-3 mata peratusan utk semua pembayar cukai 

* GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik

* GST tidak akan dikenakan ke atas bekalan makanan asas seperti beras, gula, tepung minyak serta Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan

* Kerajaan cadang cukai jualan & cukai perkhidmatan dimansuhkan & digantikan dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)

* Kerajaan akan mengstruktur semula kaedah pemberian subsidi secara berperingkat untuk memastikan hanya yang layak menikmatinya

* Mulai taksiran 2014, pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bhw PCB dianggap cukai muktamad

* Berkenaan denga laporan audit negara baru-baru ini, Satu jawatankuasa khas yg dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara akan siasat & ambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam

* Skim Usahawan Pasar Malam dgn dana RM100 juta di bwh BSNvoice beri pinjaman mudah bantu peniaga pasar malam tampung kos niaga

* Bioeconomy Community Development akan bangunkan tanah2 terbiar melalui aplikasi bioteknologi & penanaman kontrak bg tambah pendapatan petani

* Kerajaan cadang insentif RM500 secara one-off kpd pencarum PRS dengan pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun

*Kerajaan akan tingkat sumbangan kpd Skim Persaraan 1 Malaysia (SP1M )sebanyak 10% berkuatkuasa 1 jan 2014, drpd 5%. Ini dijangka dpt tarik 30,000 pencarum baru

*Di Sabah & Sarawak, kabel dasar laut yg baru akan dipasang dlm tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta

* 1,000 pemancar telekomunikasi akan dibina dlm 3 tahun dgn pelaburan RM1.5 bln utk tingkatkan liputan internet luar bandar

* Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion akan sediakan pinjaman mudah bagi biayai pembinaan infrastruktur & pembelian perlatan

* 8 Terminal penumpang di lapangan terbang antarabangsa Langkawi & lapangan terbang Kuantan juga akan dinaiktaraf

* RM312 juta diperuntuk menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu & Sandakan di Sabah, serta Miri, Sibu & Mukah di Sarawak

* Cadangan untuk membina Highway daripada Banting ke Taiping

*Kadar pengangguran bagi tahun Bajet 2014 dianggar pd hanya 3.1% manakala kadar inflasi kekal rendah pd 2% hingga 3%

*Kerajaan akan terus galak pelaburan di 5 Wilayah Koridor Ekonomi.

* DS Najib memulakan pembentangan dengan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi mandat kepada BN untuk meneraju negara dalam PRU yang lepas.

Regards,
-Strider-

16 comments :

  1. Ida dengar jer tapi tak pandai nak ulas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai takpe..yang penting kena take note..hehe

      Delete
  2. naik 150 je brim? hm.. dlu mcm janji lain ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu nak dekat next PRU baru naik 1200 kot..hehehe

      Delete
  3. Good summary.. Question, tadi ade nampak table summarizing the cukai yang patut dibayar based on tangga gaji.. Did you notice that in TV1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..tak perasan plak yang tu bro sbb sy update dari opis..hehehe

      Delete
  4. T kasih diatas perkongsian info ye Strider.. :)

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya, tak banyak yang boleh diharapkan melalui Bajet 2014 ni. Banyak retorik kosong je. Sama macam yang sudah-sudah. Plan atas kertas memang cun, pelaksanaannya hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro...implementation seharusnya cantek mcm dalam paper kalau nak nmpak betul2 berhasil...

      Delete
  6. Replies
    1. takde laa rajin...copy dari text PM jer..tapi leceh gak laa nak summarize yang mana penting..hehehe

      Delete
  7. ada pro dan kontranya.. akak hanya mampu tersenyum..

    ReplyDelete