Entry kali ini adalah merupakan satu sagmen yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hasan dan ia mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang satu tempat percutian yang pernah saya kunjungi iaitu Pulau Tioman.
Pulau Tioman merupakan salah satu destinasi yang terbaik jika anda ingin pergi bercuti. Terletak di pantai timur Malaysia Pulau Tioman mempunyai beberapa buah kampung yang menyediakan pakej-pakej penginapan. Kalau tak silap saya, Kampung Salang merupakan tempat yang popular di sana tetapi untuk percutian saya yang lepas, kami menginap di Kampung Genting.
Peta Pulau Tioman |
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda sampai ke Pulau Tioman ini. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Mersing ataupun menaiki kapal terbang dari Subang Airport. Antara syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan tersebut ialah Berjaya Air.
Terdapat beberapa aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Pulau Tioman ini, antaranya aktiviti seperti Island Hopping, Snorkeling, Diving dan Jungle Trekking. Tapi ketika aku bercuti di sana, aku hanya pergi untuk Island Hopping dan Snorkeling sahaja.
Snorkeling at Pulau Tioman |
Untuk makluman anda terdapat 8 pulau kecil di sekitar kawasan pulau tioman. Antara akviti yang kerap di jalankan di kawasan pulau-pulau kecil tersebut ialah aktiviti snorkeling dan scuba diving. Tapi jangan risau, kebiasaanya untuk aktiviti island hopping mereka akan membawa anda melawat pulau-pulau tersebut.
Pulau Tioman juga merupakan antara pulau bebas cukai di Malaysia, kampung Tekek merupakan tempat pusat membeli belah di pulau ini. Tetapi jangan risau, jika anda menginap di Kampung lain anda masih boleh pergi ke Kg Tekek ini. Anda cuma perlu berunding dengan resort tempat anda menginap untuk memberi perkhidmatan menghantar anda ke Kampung Tekek.
Jeti Kampung Tekek |
Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang penah datang ke sini kepada saya ialah betul. Mereka akan menyapa pelancong yang lalu lalang tanpa mengira sama ada anda penduduk tempatan atau warga asing.
Jadi kepada mereka yang merancang untuk bercuti pada tahun 2014 jangan lupa masukan Pulau Tioman merupakan salah satu daripada destinasi pilihan anda. Sebagai info tambahan, Time Magazine pernah menjadikan Pulau Tioman sebagai salah satu pulau tercantik di dunia.
Regards,
-Strider-
Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia
Menarik.. bila la dapat berkunjung ke Tioman nia ..
ReplyDeleteMoga satu hari nanti hajat akan tercapai :D
Salam Kenal dari saya :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2013/07/update-of-my-self-doha-qatar.html
memang menarik bro..kalau kat semenanjung memang one of the best la...hehe
Deleteterima kasih bro! pulau2 kat pantai timur memang best. aku memang target nak pergi tioman tahun depan, sebab bulan mei hari tu dah pergi pulau redang (terbaik!).
ReplyDeleteredang saya belum pernah sampai lagi...tapi dengar kata memang menarik tempat tu..
Deletewooooo
ReplyDeletenanti ajak student2 pergi tioman..hahaha
Deletebestnya! tak pergi pegi lg tp memang betol org cakap lautnya warna biru
ReplyDeleteso tahun depan boleh laa awk start plan utk ke tioman..hehe
DeletePulau Tioman mmg best.. layan memancing pun syok, bnyk ikan besar.. lama dah x pergi. Semoga sukses utk segmen ni ye Strider.. all the best!.. :)
ReplyDeletetq bro...saya pun tatau kat tioman ade port memancing sbb saya bukan kaki pancing..hehe..
Deletebelum pernah sampai wpun dah beberapa kali ke mersing ...
ReplyDeletelepas nie kalau akak singgah mersing bleh lencong masuk pulau..kalau naik bot tak lama sgt kak..hehe
Deleteseronoknya datang sini..sy tak penah pegi lagi la
ReplyDeletenanti tahun depan bleh plan ngan family gi sana,,hehehe
Deletex pernah sampai lagi..insyaallah suatu hari nanti..
ReplyDeleteinsyallah...semoga hajat tercapai..hehe
DeleteBest tioman..boleh naik flight. Tahniah bro kerana segmen yang menarik.
ReplyDeleteslm. klu g tioman x ambik ambik pakej senorkling bleh ker. takut lemas la.....hehehe.....mmg saya penakut. walaupun ada jeket keselamatan.
ReplyDeleteslm. klu g tioman x ambik pakej snorkeling bleh x? saya ni mmg penakut....
ReplyDelete