Thursday, October 10, 2013

#1276 - Bila Polis Mula Menembak

Hye Readers,




Semalam 3 penjenayah mati di tembak di kawasan sentul. Hari ini 3 lagi ditembak mati di Ipoh. Mungkin ade yang beranggapan isu ini dipolitikan oleh sesetengah pihak yang pasti semuanya bermula di sini...

Penang tempat dimana 5 orang penjenayah ditembak mati setelah berbalas dengan tembakan dengan polis. Ade yang menganggap polis kejam. Ade yang menyokong tindakan polis.

Bagi aku tiada salah polis menembak mati penjenayah di dalam usaha untuk menyelamatkan diri mereka. Jika penjenayah itu sedia untuk menyerah diri dengan cara yang elok aku pasti tiada pertumpahan darah berlaku.

Kita ambil contoh kes di highway Duke semalam. Polis telah mengejar penjenayah tersebut dari klang hingga ke sentul. Aku pasti penjenayah tersebut tiada niat untuk menyerah diri.

Oleh itu langkah yang terakhir bagi pihak polis ialah untuk menembak mati mereka bagi menjamin keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Aku berpegang pada prinsip berani kerana benar dan takut kerana salah. Jika suspek tersebut tidak melakukan sebarang jenayah mengapa mereka perlu melarikan diri dari pihak polis?

Aku paham ade sesetengah orang yang kurang senang dengan ops yang dijalankan oleh pihak polis.ade yang mengambil ringan tugas mereka menjaga keamanan kita.

Tapi takkan kita nak biarkan polis berlembut dengan penjenayah? Takkan kita nak biarkan lagi sekali kes anggota polis mati dipukul dengan batu?

Put yourself on their shoe than you'll understand what are they going thru. Syabas kepada anggota polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik. Aku dan rakyat Malaysia yang lain akan berdoa supaya mereka yang bertugas sentiasa di dalam keadaan selamat.

Regards,
-Strider-

posted from Bloggeroid

6 comments :

  1. Memang elok tembak terus je. Bab-bab macam ni aku setuju.

    ReplyDelete
  2. persepsi masyarakat pada polis sekarang ni memang negatif, sebab tu la kebanyakan tindakan mereka dipandang sinis oleh sesetengah pihak walau pun benda tu memang wajar dilakukan. ini pendapat aku la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? Patutnya rakyat kena tengok situasi..kalau dah penjenayah lepaskan tembakkan tak kan nak biarkan polis tgk jer..

      Delete
  3. Buat apa nak dipertikaikan tugas POLIS. Kerja POLIS kan sememangnya menjaga ketenteraman awam dan memerangi penjenayah... Buat apa nak dikisahkan penjenayah tu... Penjenayah tembak orang, ada pernah tak dia fikir perkara itu salah... So, teman sokong sepenuhnya tugas POLIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..polis pun ade hak utk mempertahankan diri...

      Delete