Saturday, March 31, 2012

Salah Rakyat Malaysia Kerana Tiada Minda Yang Kreatif

Hye Readers,


1st time aku dapat comment yang panjang lebar walapun ia berbentuk copy and paste..Ia lebih kepada statement dari Qarma Music iaitu company yang menghasilkan lagu bawaku pergi..Ini susulan entry aku bertajuk Desakan Haramkan Bawaku Pergi

Sebelum ada yang salah faham pasal entry tu biar aku tekankan 2 pekara isi dalam entry tu..

1) Isu penubuhan panel - saya tak rasa ia satu isu sampai perlukan satu panel..Saya rasa isu nie tak cukup besar sampai nak tubuhkan satu panel..

2) Just minta pencipta lagu terangkankan maksud lagu - Ini yang saya mahukan..Song writter tampil dan menjelaskan isu nie..apakah maksud sebenar lagu tu...

At the end ia hanyalah pendapat peribadi..Penubuhan sesebuah panel haruslah kena dengan isunya..Kalau setakat satu lagu benda tu masih boleh dibawa berbincang antara pihak terlibat..Dalam entry aku sebelum nie juga ada menyatakan adakah ini semua satu kebetulan???

Kalau Malique nak menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana mengambil tindakan tanpa membiarkan dia menjelaskan keadaan itu terpulang kepadanya..Itu adalah haknya sebagai rakyat Malaysia...Aku sendiri memuji melodinya yang sedap tapi maafkan kalau aku tak mempunyai minda kreatif seperti penciptanya..

Semua ini hanya salah faham dari seorang pencipta dan pendengar..Jika ade communication yang bagus saya rasa benda nie tak akan jadi issue..hehehehe :)

p/s: Aku tak sangka sebegitu pantas kerajaan mengambil tindakan..
      Nak tau ape majoriti rakyat Malaysia tafsirkan?? Klik Sini

Regards,
-Strider-

Friday, March 30, 2012

Desakan Haramkan lagu Bawaku Pergi

Hye Readers,


Lagu bawaku pergi kini menjadi bualan ramai pihak..Aku tatau la kehadiran lagi nie secara kebetulan atau memang menjadi punca ramai kes orang lari tumah lately...Lagu nie melodinya menarik tapi tak dinafikan mempuyai lirik yang bersifat negetif..


Semalam Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mendesak agar kerajaan mengharamkan lagu nie..dan tadi aku baca yang Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) mempunyai pendapat yang sama..

Lagu tu dipopularkan oleh Zizan dan artis bawah naunganya iaitu Kaka...Tapi tadi secara tak langsung Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengeluarkan statement yang lawak bagi aku...Statement nya serius tapi melucukan bagi aku..bagi korang terpulang laa...

Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut...Come on laa, Budak sekolah pun tau ape sebijik-sebijik maksud lirik tu..takkan sebab satu lagu nak kena tubuh satu panel...

Aku percaya kakitangan Kementerian banyak lagi urusan penting selain dari nak review lagu nie..Just minta pencipta lagu terangkankan maksud lagu dan make up ur mind..Penubuhan macam nie bagi aku hanyalah membuang masa jika hanya melibatkan hanya satu isu apatah lagi sebuah lagu..

Tapi ini pendapat peribadi aku laa..Pendapat korang mungkin ade yang berbeza..Lagu nie sedap actually..ada ala-ala lagu canon tapi sayangnya liriknya tak sesedap melodi..hehehe

p/s: Kalau panel tu tak dapat capai persetujuan mintak wujudkan suruhanjaya Diraja plak..Okay tak idea tu?

Regards,
-Strider-

Top 10 Best Tablet PCs

Hye Readers,

Hari ini aku banyak keje plus malas skit nak taip entry..So aku tengok ape yang menarik dalam inbox aku dan share je laa ngan korang..Kalau ade yang terpikir nak beli Tablet PC bleh tengok kat bawah nie top 10 Best Tablet PCs



Top 10 Best Tablet PCs

voiceable.org  |by Google Plus
Top 10 Best Tablet PCs
Apple’s iPad has evidently dominated the tablet market on an unprecedented level for several years. Its current generation iPad, iPad 2, in addition to its predecessor sold a combined 15 million units during the fourth quarter in 2011; clearly showcasing its domination, there are alternatives which, for some tablet PCs, are even a better option than the iPad. VOICEABLE has compiled a list of the top 10 best tablet PCs.

10 - Asus Eee Pad Transformer Prime:


The Asus Eee Pad Transformer Prime is a beast of a tablet PC. Released during January 2012, the Tegra 3 tablet is regarded as the one of best alternatives to the iPad. Features include:
  • Android 3.1
  • Quad-core CPU
  • 8MP rear camera

9 - Acer Iconia Tab A500:


Boasting an extremely slimline design, the Acer Iconia Tab A500 is one of the more powerful tablets in the tablet PC space. Features are:
  • Nvidia Tegra 2 dual-core CPU
  • 1GB RAM and 3G support
  • Android 3.0

8 - Archos 101 G9:


The Archos 101 G9 is sure one way of delivering a neat and certainly compact device with storage space that far eclipses its competitors, in addition to:
  • Optional 250GB storage space
  • HDMI-out port
  • Dual-core CPU

7 - Toshiba AT100:


The Toshiba AT100, also known as the Toshiba Thrive, is one of the more recent tablet PCs and the Toshiba developed product delivers:
  • Android 3.2
  • 1GHz dual core CPU
  • 10.1 inch screen

6 - HTC Flyer:


The HTC Flyer may be a larger device than its tablet PC counterparts, but its features are some of the best for its price including the following:
  • 5MB camera
  • 32GB storage space
  • Android 2.3

5 - LG Optimus Pad:


LG make some of the best products in the technology space currently available; one of which is clearly their LG Optimus Pad which features:
  • Android 3.0
  • 3D capture
  • 1GHz Tegra 2 CPU

4 - BlackBerry Playbook:


Whilst the BlackBerry Playbook may have flopped commercially, its brilliance shouldn’t be questioned; an extremely compact device, the RIM product delivers:
  • QNX
  • 1GHz Cortex A9
  • 1GB RAM

3 - Sony Tablet S:


Sony’s tablets haven’t had the success the company would have hoped for, certainly. However, there’s no doubting the excellence of the Sony Tablet S which features:
  • Android 3.2
  • 1GB RAM
  • Dual-core CPU

2 - Motorola Xoom 2:


In what’s proven to be a massive and significant upgrade from its predecessor, the Motorola Xoom 2 has had its CPU upgraded to 1.2GHz, in addition to:
  • Proximity sensor
  • Ambient light sensor
  • 32GB storage

1 - Samsung Galaxy Tab 8.9:


Samsung Galaxy Tablet has been a front-runner in the tablet PC market with its intuitive design and user interface. Features for the device are:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
voiceable.org  |by Google Plus

Aik???Mana pergi apple nyer product iPad and iPad 2??takkan 2-2 tak masuk dalam carta langsung???hmmm..ntah laa..aku tak terrer sangat bab tablet PC nie..ape pendapat korang??Review nie professional or bias review??hehe

Regards,
-Strider-

Thursday, March 29, 2012

Blogger Buzz: Sebuah Blog Yang Menceritakan Tentang Kehidupan.

Hye Readers,


Kali ini Blogger Buzz kembali untuk entry yang kedua..Kalau aritu aku dah Bawa korang ke Sabah kali ini aku bawa korang ke Semenanjung pula untuk berkenalan dengan seorang blogger lelaki pula...Location dia for sure tak tahu plak..mungkin dia jawab nanti kot...

Pemilik blog ini bermana Hanif Bin Idus dan nama blognya juga sama iaitu Blog  Hanif Bin Idrus..Actually xde laa lama sangat aku bertukar-tukar kunjungan ngan dia tapi rasanya boleh kot kalau nak cerita seba sedikit pasal blog dia..

Blog dia tak jauh beza dengan content blog aku..Banyak entri yang santai dan banyak juga berita-berita yang terkini..Ade berita yang disampaikan melalui pandangan dia dan bagi aku benda nie menarik gak..Disamping baca berita aku tau balik feedback dari masyarakat..

Satu benda yang ade kat blog dia tapi kat blog aku takde adalah entry-entry berkenaan technical issue..Meaning entry nak menaik SEO, page rank, Ranking dan juga permasalahan di blog..So pendek kata kalau korang suka benda-benda yang technical you might want to check out the blog..

Dia nie pun antara blogger yang laju update entry melainkan kalau ade situasi-situasi yang tak dapat dielakkan..Walaupun kadang-kadang tak sempat comment semua entry dia tapi aku baca gak dan kalau ade isu yang menarik aku share kat group email..Dont worry..ade credit/backlink yaa..hehehe :)

Itu je dulu setakat nie..Nanti ade masa aku update pasal blogger yang lain pulak..hehehe..ade banyak blogger nie aku nak share ngan korang tapi tatau yang mana nak buat dulu..Kalau korang nak jenguk blog dia sila lah Klik Sini

p/s: Khabarnya dia bertanding untuk Nuffnang Blogger Of  The Year

Regards,
-Strider-

Pole Dance Hanya Kesalahan Kecil

Hye Readers,

Gambar dari Kosmo
Hari ini aku nak story sikit pasal ape yang aku baca kat blog Arul Chelsea(ItuIni) berkenaan petikan akhbar..Aku selalu baca news kat sini..macam macam news ade..yang tak publish kat Malaysia pun ade..hehehe..

Ia berkenaan hukuman denda terhadap 3 orang gadis atas kesalahan menari tiang (pole dance)..Mereka disabit Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Okay, bagi mereka yang non-muslim isu pole dance nie mungkin hanyalah satu isu kecil (i guess, enlighten me if i'm wrong) tapi untuk those yang beragama islam this consider a big issue..Its boleh mempengaruhi orang lain secara tak langsung..Moral value akan jatuh..

Aku tak terkejut kalau one day semakin ramai anak gadis yang sedang menunggu result SPM atau semester break menjadikan bidang nie sebagai part time job..Bayaranya setahu aku jauh lebih mahal dari denda yang dikenakan..

Pendek kata apa nak takut??Setakat RM25 jer???Harga baju kat Petaling Street lagi mahal..hahaha..Bukan dengki terhadap mereka yang dijatuhkan hukuman cuma aku harap untuk kes lepas nie denda yang lebih berat dikenakan agar ade rasa takut untuk melakukan kegiatan tak bermoral ini...

p/s: Im not sure kenapa dia tak sabitkan akta syariah...Aku tak rasa ini akta syariah...

Regards,
-Strider-


Wednesday, March 28, 2012

Fatin Nur Afifah Diugut Dengan Gambar Lucah

Hye Readers,



Mesti ramai yang tak kenal dengan Fatin Nur Afifah kan??Dia nie salah seorang dari pelakon Tentang Bulan..Dia nie dulu tanpa segan silu ceritakan tentang hubungan sejenis dia melalui blog peribadi dia..benda nie pernah dipublish oleh Roti Kaya dulu..(Klik Sini)

Kini dengar cerita hubungan cintanya dengan lelaki tiruan tu dah gagal...Alhamdulillah laa..Semoga dia bertemu dengan lelaki sejati pulak lepas nie..Tapi yang tak syok nak didengar ialah time bercinta dulu dia dah abadikan nama BF(tiruan) dia tu kat body dia or in other word dah ade tattoo nama ex dia laa.. Klik Sini

Nak memburukkan lagi keadaan dengar kata gambar lucah dia pun ada dalam simpanan ex dia tu..Dan dia diugut dengan gambar tu andai kata ini melakukan sesuatu perkara yang jejaskan nama baik dia .. Aduh!!!Dari zaman dulu sampai sekarang nape laa pompuan tak boleh nak paham..dont let guys film ur body..isk..isk...

Nasihat aku kepada dia kalau betul benda tu berlaku pergi laa buat laporan polis..tak guna hidup dalam ketakutan..Setakat nie pun Fatin belum keluarkan apa-apa statement..nanti laa kita nantikan ape feedback dari dia...

Moral of the story kepada perempuan kat luar sana walau macam mana punya sayang pun jangan laa buat benda-benda yang bukan-bukan...

Regards,
-Strider-

Kim Kardashian Beli Istana Beckingham

Hye Readers,



Dengar khabar Kim Kardashian mahu membeli Istana Beckingham menurut akhbar yang dikeluarkan oleh Metro hari nie..Bintang yang baru berusia 31 tahun tu dikatakan mahu membeli istana tersebut yang bernilai lebih 18 juta pound (RM88 juta).

Serius beb aku tatau mana dia dapat kekayaan macam tu..Yang aku tau Kim nie ade satu rancangan yang dipanggil "The Kardashian" ehh..betul ke tajuk tu??aku pernah nak try tengok satu dua episod sebab mak cleaner kat opis aku pun kata best..

Tapi aku pak paham misi dan visi rancangan tu..Ape yang cuba diketengahkan oleh keluarga dia..Lakonan ke atau betul-betul..Aku tengok histeria jer banyak dalam citer tu..hahahaha...Ade sesiapa yg tengok citer tu??hehehe..

Berbalik kepada mansion tadi..Beckham mahu menjual rumah yang mempunyai tanah seluas 17 ekar untuk memutuskan hubungan dengan Britain...Dan Kim nie nak beli sebab nak buat markas Kardashian kat eropah..hehe..

Korang rasa mampu dia ke beli Istana Bekingham tu??

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 27, 2012

Penangan Nora Elena

Hye Readers,


FRIDAY, JUNE 10, 2011 adalah tarikh aku buat entry pasal Nora Elana..Kalau tak silap aku time tu rancangan tu baru abis kot..Korang jangan salah paham ek, walaupun nie entry kedua aku pasal Nora Elana, sebenarnya aku tak pernah pun tengok cerita nie...

Kakak aku kata best, Kawan aku kata best, Makcik jual nasi lemak tepi umah aku yang anak dia kawin ngan setan  pun kata best gak..Best ker??Aku rasa best laa kot kalau dah nama Nora Elena trending kat twitter tadi hanya sebab TV3 siarkan semula cerita tu...

Kalau tak best TV3 pun tak siar balik..Orang pun dah tak nak cakap pasal Nora Elena..Itu laa penangan drama Nora Elena..Aku pun tatau kat mana kekuatan cerita nie, Watak Nora Elena, Seth Tan atau pun jalan cerita dia..

Anyway congratulation kepada producer dan crew production yang berjaya menghasilkan drama yang mampu menambat hati peminat drama..Dan kepada yang tak minat drama tu kita wat tak tau jer laa..bagi laa peminat drama take credit jap..hehehe..

Regards,
-Strider-

5 Cara Tarik Perhatian Lelaki

Hye Readers,


Susah ker nak tarik perhatian lelaki nie???tak susah pun sebenarnya...Kali ini aku nak share 5 cara untuk menarik perhatian lelaki..Tapi tips nie kena pepandai laa guna ek..aku tak jamin dia jadi 100% tapi bergantung kepada keadaaan dan situasi..

1: Jadikan Diri Anda Tumpuan
Untuk yang 1st step nie andan kena berjati-hati skit..Jangan sampai nampak yang kita nie poyo sangat atau nak attention berlebih-lebih..Kalau keluar secara berkumpulan cuba untuk memberi idea yang boleh diterima pakai dari berdiam diri dan menjadi orang yang "ikut laa mana-mana pun"

2: Gunakan Warna Yang Sesuai
Yang nie berdasar kajian saintifik jer..mengikut Leatrice Eiseman, Director of the Pantone Color Institute, warna dapat mengubah persepsi lelaki terhadap wanita..Lelaki akan berasa wanita yang selalu menggunakan warna lembut akan lebih mudah untuk didekati..

3: Bahasa Tubuh (Body Language)
Wanita sebenarnya paling mudah kalau nak gunakan body language nie..Dulu aku pernah buat satu teori pasal pempuan yang menggunakan rambut sebagai satu cara nak menarik perhatian lelaki (Klik Sini) dan pada yang tudung mungkin leh buat-buat betulkan tudung..Sebenarnya body language nie penting gak untuk menentukan sejauh mana lelaki tu nak make a move terhadap wanita.

4: Kekuatan Senyuman
Ramai yang mungkin tak perasan betapa kuatnya kuasa senyuman nie...Hanya dengan senyuman seorang wanita boleh membuatkan lelaki perasan yang mereka tu syok kat dia..Peratus lelaki nak approach dulu akan lebih tinggi bila dia dapat senyuman dari seorang wanita..hehehe

5: Bau-Bauan
Ini salah satu contoh kenapa perfume wanita lagi banyak dari lelaki..Even ade sesetengah wanita boleh ade koleksi perfume mereka..Nak keluar dating bau lain..nak gi keje bau lain..nak gi makan malam bau lain..And yes!!Kebanyakan lelaki boleh tertarik kepada bau perfume wanita dan aku salah sorang daripadanya...

Itu laa antara 5 tip yang dapat aku share ngan korang..Sebenarnya artikel asal dia berbahasa Inggeris tetapi aku kena tukarkan skit keadaanya mengikut kesesuaian masyarakat kita nie..Kang bagi tips suh menari dekat depan dance floor macam tak sesuai plak..hehehe..till then!!!

Regards,
-Strider-

Pemandu Ferrari Dibelasah

Hye Readers,

Kejadian nie berlaku kat Singapore depan Orchid Towers dimana seorang lelaki yang memandu sebuah Ferrari telah dibesalah oleh sekumpulan remaja..Mengikut news yang aku baca pemandu Ferrari nie hampir terlanggar pemuda tu yang tengah melintas jalan (Zebra Crossing) dengan awek dia..


Tak dinyatakan pulak kenapa pemandu tu merah sangat dengan remaja tu..tapi mengikut daripada video yang dirakam pemandu Ferarri tu yang berusia lewat 40an dikata mencabar remaja tu untuk bertumbuk denganya..

Akhirnya permintanan pemandu tu ditunaikan oleh remaja tu apabila mereka bertumbuk sebelum beberapa orang rakan-rakan remaja itu datang untuk menambah sedikit perisa..Akhirnya pemandu tu terbaring di tengah jalan selepas hasratnya untuk bertumbuk tercapai...

Pengajaranya jangan laa kita ingat kita nie kuat sangat lebih-lebih lagi kalau kita tak kenal sapa lawan kita..Dan paling penting jangan mengikut perasaan..Sapa sangka orang yang duduk dalam kete yang selesa seperti Ferrari boleh endup terbaring kat tgh jalan..hehehe :P

Regards,
-Strider-

Monday, March 26, 2012

Window 8 Dilancarkan Pada Bulan Oktober?

Hye Readers,

 

Tadi aku ade baca satu email yang mengatakan Microsoft Windows 8 akan dilancarkan pada tahun ini..Laporan dari Bloomberg itu mengatakan yang Windows 8 akan dilancarkan sekitar Oktober...

Window 7 pun aku tak habis khatam lagi dah keluar Window 8..Ntah macam mana laa rupanya nanti..

Regards,
-Strider-

Zed Zaidi Gila Kuasa Ke??

Hye Readers,

 

Tadi ak ade baca kat mStar Online berkenaan dengan rasa kesal yang dialami oleh Harun Salim Bachik yang merasakan tindakan Zed Zaidi yang membelakangi dia dalam beberapa isu mengenai persatuan Seniman..Antaranya aku pernah publish dulu iaitu isu cermin gelap kereta (Klik Sini)

Harun Salim Bachik jelas kecewa dengan beberapa kenyaatan seperti :-

"Saya tidak pasti mengapa dia enggan bercakap, berbincang atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada saya apa yang sedang dia lakukan bagi pihak persatuan"
Berdasarkan ape yang aku baca aku rasa tindakan Zed Zaidi tu kurang wajar apatah lagi memetik kenyataannya dari mStar online yang berbunyi :-

"Lebih-lebih lagi pada ketika ini, dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja seninya, takkanlah Seniman akan senyap jika dia sibuk bukan? Jadi saya sebagai timbalannya, perlu melakukan sesuatu untuk menggerakkan persatuan," katanya"

Pada pendapat aku kenyataan sebegitu tak patut dikeluarkan oleh Zed Zaidi walaupun atas niat yang baik sebab dia menampakan yang Harun Salim Bachik lebih mementingkan kariernya daripada persatuan seniman..

Kenyataan macam tu boleh membuatkan orang pikir yang Zed Zaidi gila kuasa..Actually bila baca aku pun pikir camtu gak tapi realitinya aku tatau laa sebab aku bukan kenal Zed Zaidi in person pun...Ntah laa..ape pendapat korang??Ada macam orang gila kuasa ker?

Apa-apa pun aku harap kekeliruan mereka dia dapat diselesaikan dengan cara yang baik memandangkan dorang nie satu industri..pusing-pusing nanti jumpa gak..hehehe

Regards,
-Strider-

Sunday, March 25, 2012

GVM Sambut WVD

Hye Readers,


WVP dan GVM??Ape tu??meh aku nak cerita skit...Aku pernah buat entry yang mengatakan yang aku dah stop smoking dan beralih kepada vaping (Klik Sini).Tengah hari semalam aku menghadiri gathering untuk World Vaping Day yang dijalankan serentak dibeberapa tempat kat Malaysia nie..



Event nie telah dianjurkan oleh Gengsi Vaper Malaya (GVM) yang merupakan satu community untuk vapers di seluruh Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan, tips, idea, dan juga mengeratkan hubungan silaturahim...

Gathering WVP diadakan di beberapa tempat seperti Bangi Kopitiam, Subaidah Hang Tuah Mall, Jln Klang Lama(exect location tak sure), Kastam Eksport P.gudang dan banyak tempat lagi..Pendek kata di mana ade vapers di situ ade sambutan..hehe


Kalau korang nak tau World Vaping Day jatuh pada 22 March setiap tahun cuma bagi tahun nie sambutan dilakukan pada semalam kerana 22 march jatuh pada hari kerja..Nak tukar dari smoking kepada vaping tak susah..Hanya perlu community yang support each other!!!!

Antara koleksi PV (Personal Vaporizer) members GVM



Kalau korang nak cari geng-geng untuk vapor berdekatan dengan tempat korang boleh tanya dekat GVM melalui forum mereka (Klik Sini)

P/S: Untuk Belajar tentang vaping (Klik Sini)
 
Regards,
-Strider-

Friday, March 23, 2012

Polis

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca pasal blog aku kat Story Gempak..hehe..Aku sendiri tak perasan yang tahun nie je dah 200 entry aku buat..hehehe..Terima kasih atas penghargaan tu..hehehe..So sebab ari ini ari Jumaat mesti yang lelaki gi smayang Jumaat kan?Khutbah best tak tadi??


Tadi kat Masjid TM khutbah dia agak best jugak laa..Cerita pasal Polis...Aku baru tadi yang yang kalau satu-satu tempat tu xde imam maka tanggungjawab untuk mengimamkan orang di sekeliling tu jatuh kepada Anggota polis yang ade..betapa besarnya tanggungjawab mereka..antara ringkasan lain khutbah tadi ialah:-

Anggota polis merupakan satu daripada organisasi yang penting bagi sesebuah negara islam..Dari zaman dahulu sebenarnya sudah wujud tugas-tugas bagi Polis cuma mungkin namanya lain..Zaman Melayu melaka tanggungjawab itu dipikul oleh Temenggung dengan bantuan hulu balang..

Masaalah mengjaga keamanan negara tidak hanya terletak kepada tangan pihak polis 100% tetapi kita sebagai rakyat mempunyai tanggungjawab membantu mereka denga menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan kegiatan jenayah..

Walaupun ade sebilangan kecil anggota polis yang tak menjalankan tugas dengan amanah kita tak seharusnya menyalahkan seluruh pasukan polis..Mengikut perangkaan PDRM jumlah pegawai yang terlibat dengan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa masih kecil dan terkawal..

Sebagai anggota polis pula mereka harus mengjaga integriti pasukan dan tidak seharusnya membiarkan ade anasir-anasir luar yang mempengaruhi keputusan mereka..

Itu adalah serba sedikit benda yang aku ingat mengenai khutbah tadi..Tapi ape yang diperkatakan oleh khatib tadi betul juga..Jangan laa kerana segelintir pegawai polis yang melakukan kegiatan tak bermoral, Satu pasukan polis menerima tempiasnya..

Kita kita mempunyai maklumat mengenai salah guna kuasa oleh anggota polis kita seharusnya melaporkan kegiatan itu daripada berdiam diri dan mengutuk pihak polis di belakang kita..Aku takde anggota keluarga mahupun sedara mara yang menjadi polis tapi aku respect mereka ini.. :)

Regards,
-Strider-

Alasan Shahrizal Jaszle

Hye Readers,

 

Rasa kelakar plak bila baca pasal pelakon Shahrizal Jaszle kat akhbar metro tadi...Aku tak tau ape sebenarnya yang cuba disampaikan oleh dia..hehehe..Isunya aku rasa pasal masalah dia susah nak bangun pagi dan lambat ke pergi kerja/shooting...

Antara kenyataan dia yang dipetik “Saya mengaku memang ada masalah untuk bangun pagi dan tidak boleh tidur malam, sejak kebelakangan ini. Saya minta maaf jika saya menyusahkan ramai pihak"..bagus laa kalau dah mengaku atas kesilapan kita sebab itu sifat yang bagus..

Tapi yang mencuit hati plak apabila antara alasan yang diberikan ialah "Saya juga percaya mungkin saya sakit kerana terkena buatan orang,”selain dari masalah keluarga iaitu menjaga bapanya yang uzur..

Yang masalah tentang keluarga tu aku paham laa..itu memang tanggungjawab dan aku tak rasa orang akan pertikaikan tadi alasan kena buatan orang tu macam tak sesuai jer..Bukannya dia terlantar kat hospital dengan satu penyakit misteri..

Aku tak salahkan dia apa yang dia nak percaya tapi benda-benda macam tu tak sepatutnya didedahkan kepada public..Takut ade yang guna alasan yang sama lambat datang kerja..hehehe..Aku nak try guna tapi takut..hahaha

Regards,
-Strider-

3 Sikap Yang Membuatkan Seseorang Itu Mudah Tertipu

Hye Readers,

 

Mudah percaya, malas, serta tamak boleh membuatkan seseorang itu mudah tertipu...Zaman teknologi ini membuatkan aktiviti penipuan makin senang...Tak perlu jumpa pun boleh menipu asalkan mangsa ada sikap-sikap ini..

Mudah Percaya
- hanya berbekalkan tulisan di laman web atau suara di telefon sudah cukup untuk membuatkan dia percaya bulat-bulat cakap si penipu..

Malas
- Kat Malaysia nie pelbagai jenis peniaga yang menjual pelbagai jenis barang..Akibat malas untuk pergi survey atau beli kat kedai mangsa dengan mudah ditipu...

Tamak
-Aku cakap tamak sebab dia nak kaut untung lebih..Sanggup percaya dan masukkan duit ke dalam akaun orang yang tak dikenali hanya kerana dijanjikan barang yang lebih murah dari harga pasaran..

Jangan laa ada ada 3 sikap ini time nak membeli satu barang secara online...Dah banyak da penipu yang berleluasa di internet dan kebanyakkan menjual barang-barang yang memang senang nak dapat kat kedai seperti ipad, iphone, motorsikal dll...

Regards,
-Strider-

Thursday, March 22, 2012

Berbaloikah Hanya Kerana Tekanan Perasan?

Hye Readers,

 

Berbaloikah membuat ibu bapa serta satu negara risau hanya kerana tekanan perasan??Itu yang yang adik Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 lakukan demi mengelak dari tekanan perasaan dan lari ke rumah teman lelakinya...

Aku tak menyalahkan dia 100% kerana pada usia 15 tahun mungkin dia tak cukup bijak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi..namun aku kecewa kerana orang yang bagi aku sudah dewasa sanggup bersekongkol denganya untuk membuat satu negara risau dengan kehilanganya..

Aku mungkin tak tau situasi yang sebenar tapi aku tak adakah berbaloi membuat satu negara risau hanya masalah mereka??Andai kata betul ade mangsa culik lepas nie mungkin satu malaysia akan berkata "ahh..dia lari ikut BF laa tu".. 

lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng (Lirik bawaku Pergi)

Ini hanya pendapat peribadi aku..Janggan bersubahat dalam kes-kes sebegini...

Regards,
-Strider

Perfectly Logical

Hye Readers,

 


This is a story which is perfectly logical  to all males:
 A wife asks her husband,  "Could you please go shopping for me  and buy one carton of milk, and if they have eggs, get 6."
 A short time later the husband comes back with 6 cartons of milk.
 The wife asks him, "Why  did you  buy 6 cartons of milk?"
 He replied, "They had eggs."
 (I'm sure you're going back to read it again!)  

Regards,
-Strider-

SPM Bukan Segalanya

Hye Readers,

 

Semalam keluar keputusan untuk peperiksaan SPM..Macam mana result???Okay ker tak??Kalau nak simpan hasil result pun takpe..Itu hak anda..hehehe..Ade yang dapat keputusan kurang memberansangkan tak??Kalau ade tak perlu laa rasa down sangat..

Sebenarnya bila cikgu cakap SPM itu penentu masa depan cikgu tipu jer...SPM bukan laa satu tanda aras masa depan korang cerah atau gelap..Ia hanya satu lagi stepping stone untuk karier development korang satu hari nanti...Ade je orang yang SPM dia tak gempak mana pun tapi berjaya jugak bila masuk univerisiti..

Yang paling penting adalah sekarang menentukan minat karier korang sesuai dengan pencapaian korang..Kalau minat nak jadi accountant tapi math pun failed jangan la mengada-ngada apply diploma accounting yer..Itu membuang masa namanya...

Bagi aku pemilihan korang ketika masuk universiti ini sangat penting..Pilih laa course yang korang minat dan jangan pilih course yang popular jer..Persetankan jer orang kata gaji Engineer 10-12 ribu..Lepas grad nie gaji korang start 2-3 ribu jugak..Takde maknya korang habis diploma bleh dpt gaji 7-8 ribu terus...

Akhir kata choose wisely untuk masa depan korang populariti tak menjamin kebahgiaan..Time masuk university ramai yang memilih popularity sesebuah course especially student kolej swasta..Well, its just an opinion..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 21, 2012

Dapatkan Cash Dari Striderbuzz

Hye Readers,

Email menarik yang aku dapat dan aku nak share ngan korang semua...


From: Aishah binti <puan.aishah1@hotmail.my>
Subject: Assalammuailaikum
To:
Date: Wednesday, March 21, 2012, 5:42 PM
Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
               
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak Ј2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.

Sape nak duit???aku da reserved 1 juta pounds untuk blogger...just tinggalkan komen bape ribu korang nak..sorang boleh mintak maximum 5000 pound jer...Nanti bila Puan Aishah dah transfer duit aku bgtau kat korang...


Regards,
-Strider-

Blogger Buzz: (When people Know Little Things Bout Me

Hye Readers,


Aku mulakan Sagmen Blogger Buzz dengan seorang blogger yang da 2 minggu menyepi..Mana dia pegi aku pun tak tau..Prepare nak kawin kot..hahaha..tapi sebelum menyepi dia memang dah bagi tau yang dia akan away seketika...

Blogger nie aku kenali ngan nama Echa..Tak tau kot-kot dengan orang lain..hehehe...Dia nie seingat aku antara yang terawal gak dan still keep in touch dengan blog aku sampai sekarang nie..Blog dia nie memang banyak bercerita tentang benda yang berlaku sekeliling dia..

Mostly dia menulis dalam bahasa sabah and yes!!dia seorang sabahan...Melalui dia aku kenal beberapa blogger sabah seperti Aemy and Leysa tapi nanti laa aku cerita pasal dorang..Maybe ade a few lagi tapi aku dah lupa...Dia juga merupakan seorang yang peramah (virtually)...

Ape yang menarik pasal dia adalah penulisan dia yang simple tapi cukup semuanya..Walaupun dia tulis dalam sabahan tapi still boleh difahami secara umumnya..So kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan dia boleh pergi ke blog dia (Klik Sini) ..Ade pape nak tambah pasal dia??

Regards,
-Strider-

Bergaduh Sebab Perempuan

Hye Readers,

Classic...itu laa 1st word bermain kat pikiran aku bila baca kat myMetro yang seorang lelaki koma apabila dipukul oleh rakan sepejabat sebab perempuan...Sejak dari zaman dulu memang antara punca utama lelaki bergaduh ialah sebab perempuan...

 

Tapi nak salahkan perempuan ker?Bukan salah dorang pun kalau lelaki letak otak kat kepala lutut..Guys should know better yang bergaduh is not the way untuk menambat hati seorang wanita...If u have to fight, try the diplomatic ways...Its better..hehehe :)

Menangi percutian ke Italy: Klik Sini

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 20, 2012

Blogger Buzz: Siapa Blogger Itu

New Update: Blogger buzz bukan lah satu segmen seperti yang tertera sebelum ini tapi lebih kepada satu ruangan mingguan yang aku create sebagai menghargai blogger-blogger lain. 

Hye Readers,


Aku ingat nak buat satu sagmen dalam blog aku nie yang bertajuk Blogger Buzz: Siapa Blogger Itu?..Ia bukan macam sagmen-sagmen yang ade kat luar tu tapi more like personal segmen..Aku buat suka-suka jer..Untuk sagmen nie aku akan bercerita tentang blog yang aku pilih...

Tapi aku nak ingatkan ini bukannya review blog sebab aku tak layak lagi nak review-review nie..Aku akan bercerita tentang ape yang aku tahu pasal sesebuah blog tu..Kalau aku cerita pasal Blog Senyum-senyum maknanya aku cerita laa pasal ape yang aku tahu sepanjang aku membaca blog mereka..

Ape yang aku cerita tidak semestinya 100% tepat dan ia lebih kepada pandangan peribadi aku terhadap blog tu..Kalau korang kenal blogger korang dipelawa untuk meninggalkan komen..Mungkin ade benda yang korang tahu tapi aku tak tahu...

Tujuan aku buat macam nie adalah untuk suka-suka...ia salah satu lagi cara untuk aku ingat ape yang aku tahu pasal blog korang dan aku akan bercerita tentang positif issue jer dalam entry tu..Bercerita tentang positif lagi bagus dari citer benda yang negetif..

Siapa yang aku pilih??Buat masa sekarang yang ada kat Bloglist aku sebab dorang tu tempat aku selalu berkunjung..Kepada yang lain insyallah pelan-pelan aku tulis bila aku rasa aku dah cukup meterial nak tulis..Kalau baru kenal Blog A harini aku terus tulis nampak sangat ngampunya..

Kekerapan aku tak tahu lagi seberapa kerap aku boleh buat..Kalau sehari sampai 7 kali aku citer pasal blogger buzz pun boring gak kan...Hehehe..

Regards,
-Strider-

Neelofa Interview Nur Amalina

Hye Readers,

Tadi aku terbaca kat blog Beautiful Nara yang Neelofa akan ke United Kingdom atas urusan kerja dan salah satu daripadanya adalah untuk interveiw plajar sensasi negara kita iaitu Nur Amalina Che Bakri..Korang mesti ingat lagi kes terbaru dia kan?? (Klik Sini)

 

Ape lagi agaknya yang ditanya??mungkin macam mana life kat sana...Bila nak balik Malaysia atau mungkin apa impact selepas kontroversi melanda dirinya aritu..hehehe...

Kalau tak silap aku rancangan itu akan disiarkan oleh Nona tapi tatau plak tarikh dia bila..Selain dari London Neelofa juga akan ke Paris untuk tujuan yang sama..Kalau korang nak tengok lagi gambar neelofa kat oversea korang leh Klik Sini

Regards,
-Strider-

Spam Bukan Cara Marketing

Hye Readers,

Pagi tadi baru dapat lagi satu spam email dari norizampkg@gmail.com berkenaan dengan satu program affiliate menawarkan peluang perniagaan..Aku sebenarnya sedih tengok orang yang berniaga macam nie..Menggunakan spam sebagai satu cara untuk berniaga...

Kali ini peniagaan yang menjadi mangsa ialah http://www.ulike.com.my dan aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca supaya tak payah laa join program nie..Sebab ape??Kalau betul mudah untuk dapatkan duit aku tak rasa mamat nie sampai kena spam orang untuk buat merketing..

Kalau nak buat bisnes online kita kena pandai marketing dan spam orang tu bukan salah satu dari marketing...Itu namanya meminta orang menyumpah kita supaya bisnes kita lingkup...Banyak dah aku terima email-email berbentuk spam nie..

Regards,
-Strider-

Monday, March 19, 2012

Konsert F1 Dibatalkan

Hye Readers,

Tadi aku terbaca kat MSN Malaysia yang pembatalan konsert F1 secara rasmi dah diumumkan oleh pihak penganjur..Feedback dari umum setakat nie adalah 50-50 sebab ade yang suka dan ade yang tak suka..Bergantung kepada individu sendiri..

 

Memetik kenyataan penganjur,  "Enterprise Entertainment dengan dukacitanya memaklumkan tentang pembatalan konsert F1 Rocks yang dijadualkan pada 23rd dan24th Mac 2012 dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..Enterprise Entertainment memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi".

Selain dari Kylie Minogue, konsert itu juga akan dimeriahkan dengaan  American award winning Kelis. Khabar angin juga tersebar sebelum ini yang Bon Jovi juga akan berada di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2012.

Aku sendiri tak sure samaada ini masalah dari pihak penganjur atau dari pihak berkuasa..Apa-apa pun kepada sesiapa yang dah beli ticket korang tunggu laa update seterusnya..Aku rasa mesti ade refund kalau konsert ini dibatalkan secara menyeluruh..hehe

Sumber:  MSN Malaysia

Regards,
-Strider-

Ape Kes Kata Orang KL Poyo??

Hye Readers,

Aku tak tau hujung pangkal tapi tetap nak komen gak..Pasal isu Flizzow mengadu dengan Tengku Mahkota Johor(TMJ) yang dia tak boleh handle sikap poyo orang-orang  kat KL nie..Poyo ker orang KL nie???

 

 

Selaku orang yang lahir dan membesar kat KL nie aku nak betulkan skit statement tu..orang KL tak poyo bro..Yang poyo adalah orang yang datang KL 3-4 tahun pastu claim dia orang KL..Orang pure KL suma cool-cool jer bro...hehehe

Lagi satu tak elok klu seorang artis gunakan words yang tak elok dalam official twitter dia..nanti takut jadi ikutan budak2 yang menjadikan dia idola..Sebab ape aku jadikan isu??Sebab dia somebody laa..Kalau dia nobody, aku tak peduli sebab sape nak baca tweet dia??

p/s: Sampai bila aku nak biar orang nak pandang negetif terhadap Orang KL??

Regards,
-Strider-

Sunday, March 18, 2012

Bunohan Gagal??

Hye Readers,

Bila cakap pasal filem aku rasa benda yang paling penting adalah promosi..tanpa promosi yang baik aku rasa itu adalah punca kenapa sesebuah filem tu gagal..Korang pernah dengar citer tentang Bunohan??Pernah tengok iklan dia kat TV,,Pernah terpikir kenapa nak kena tengok??


Kalau jawapan korang tak bermaksud ape yang aku cakap tadi partly betul..Aku pernah terpikir nak tengok cerita nie tapi terlupa plak nak tengok..Maybe esok lusa aku pergi laa pawagam tengok sebab lepas konterversi Bunohan (Klik Sini) dulu teringin gak nak tengok..betul ke best citer nie??

Mengikut apa yang aku baca kat Roti Kaya 2 hari lepas..Filem nie hanya berjaya mengutip RM330,000 untuk 6 hari tayangan..Bunohan masih jauh dari angka kos pembikinan filem penuh seni ini, RM1.81 juta..Tapi memandangkan orang kata filem ini lain dari yang lain apa kata kita saksikan di pawagam..

Regards,
-Strider-

Muamba Bertarung Dengan Maut

Hye Readers,

Setelah seharian semalam aku meyepi hari ini aku kembali...Actually semalam aku busy menemankan kakak aku kuar berjalan-jalan...Pagi tadi aku tengok email dan terkejut apabila mendengar berita yang pemain bolton Fabrice Muamba sedang bertarung dengan maut kerana serangan sakit jantung..

Semalam aku rasa baru lepas tengok dia main untuk FA Cup..Dia rebah ketika hampir tamat separuh masa pertama dan 5 minit selepas aku tutup TV..Walaupun bukan peminat Bolton atau Muamba sendiri namun penderitaan dia tu mendapat simpati dari aku selaku peminat bolasepak...

Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku dapat dari Daily Mail..








Hopefully keadaaan dia akan bertambah baik kerana dia merupakan salah seorang pemain muda yang berbakat..

Regards,
-Strider-