Friday, June 10, 2011

10 Haiwan Terkuat Di Dunia



Beruang ini adalah haiwan dikawasan pergunungan yang terkuat, boleh mengangkat 0.8 kali berat badannya. Berat badan mereka adalah sekitar 1500 pound dan mampu mengangkat benda seberat 1200 pound.


Kepah

Haiwan ini boleh menahan benda seberat 2 kali badannya. Cengkerangnya sangat kuat dibandingkan ukuran tubuhnya.


Anaconda

Haiwan ini boleh mencekik haiwan yang sama dengan berat tubuhnya sampai mati. Berat tubuhnya boleh mencapai sehingga 550 pound.


Gnu

Haiwan ini mampu menarik dan membawa benda 1.5 kali berat badan mereka. Berat badannya mencapai 1300 pound dan boleh menarik dan membawa benda seberat 2000 pound.


Harimau 


Haiwan ini boleh mengangkut sesuatu benda 2 kali berat badannya sambil melompat halangan setinggi 10 kaki. Beratnya mencapai 600 pound dan mampu membawa benda seberat 1200 pound.


Helang

Helang adalah burung terkuat. Mereka mampu mengangkat benda 4 kali berat badannya sambil terbang.


Gorilla

Haiwan ini mampu mengangkat benda 10 kali berat badannya. Beratnya sekitar 450 pound dan mampu mengangkat benda seberat 4600 pound, atau sama dengan 30 orang dewasa.


Kerengga

Semut ini boleh mengangkat benda 50 kali berat badannya, sama seperti seorang yang sanggup mengangkat truk.
Gajah

Haiwan ini adalah haiwan mamalia terkuat. Berat badannya boleh mencapai 12 000 pound dan boleh mengangkat benda seberat 20 000 pound, sama dengan 130 orang dewasa.


Kumbang Badak

Haiwan ini bukan sahaja serangga terkuat, malah juga merupakan haiwan terkuat di dunia kalau dibandingkan dengan ukuran tubuhnya. Mereka mampu mengangkat benda seberat 850 kali berat badannya.

2 comments :

  1. Yang no 2 tu boleh tahan seberat 2 kali badannya? koh3.. kuat2.. tapi semut la paling kuat. Lebih kuat dari tonto. Boleh angkut truck. ahaha..

    (^___^)

    ReplyDelete
  2. Crow: tu laa..kalo kita leh kuat cam semut kan best..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete