Saturday, June 18, 2011

9 Perkara Yang Mungkin Akan Pupus

Hye Readers,

Pernah tak bayangkan suatu hari nanti ade benda yang mungkin akan hilang dalam hidup kita..walaupun bukan sekarang mungkin benda ini akan terjadi dalam 20-30 tahun lagi..atau pun terjadi pada zaman anak cucu kita..

Pejabat Pos.  
Cuba bayangkan suatu hari nanti semua orang da tak menggunakan pejabat pos..surat menyurat da tentu kita gunakan email..Kalau company plak banyak yang gunakan perkhidmatan kurier supaya bungkusan sampai dengan cepat..tak mustahil satu hari nanti kita da tak gunakan pejabat pos..


Buku Cek
Cek Pun sekarang orang dah jarang guna..dengan ada kemudahan kad kredit orang lebih suka swipe jer..kalau dulu kita sering tengok orang kaya bayar benda guna check..macam dalam cerita P.Ramlee..hehehe


Surat Khabar
Semenjak dunia dah maju nie surat khabar bukan lagi medium utama nak menyampai berita..berita sekarang boleh sampai gunakan SMS atau blogger cam kita nie..Dengan kewujudan Online paper tak mustahil kalau suatu hari nanti takde orang baca paper lagi..

Buku.
Suatu nanti jangan terkejut kalau orang dah tak beli buku..Dengan zaman IT yang sedang pesat membangun nie banyak informasi yang di boleh dapat dari internet..Suatu masa dulu buku memang menjadi medium penting untuk memberi informasi.. 


Telefon Berwayar
Bile last sekali korang mendail no telefon berwayar??melainkan untuk membuat panggilan ke pejabat yang menggunakan telefon berwayar..zaman sekarang nie ramai yang lebih senang menggunakan handphone.  


Muzik,
Muzik yang baru tak mustahil untuk pupus suatu hari nanti..dengan kegiatan memuat turun secara haram oleh pengguna, industri muzik mungkin akan mati suatu hari nanti kerana penggiat muzik tidak mendapat pulangan hasil dari penjualan album.  


Television.   
Ini lagi satu benda yang mungkin akan pupus..jika semakin ramai orang menonton rancangan television secara online maka pemilik syarikat mungkin akan mengalami kerugian..Mujur sekarang ade rancangan yang bersifat reality TV yang menjadi antara pemacu ekonomi syarikat television.


Koleksi Peribadi.   
 Suatu ketika dahulu mungkin kita mempunyai kompilasi CD atau dairi yang menjadi antara koleksi peribadi..dengan mujudnya teknologi lagu boleh disimpan didalam internet manakala blog dijadikan pengganti untuk diari..

Privasi,
Ini adalah suatu yang subjektif..walaupun ia digunakan untuk tujuan keselamatan kamera-kamera yang dipasang di sekeliling kita mungkin membuatkan kita hilang privasi..Walau bagaimanapaun kamera-kamera yang ada bagi aku amatlah penting untuk menjaga keselamatan kita.. 

Ape yang tak akan hilang dari diri kita ialah memori(melainkan korang hilang ingatan..hehe) 

P/s: idea entry dicuri dari sini

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. actually untuk yg berniaga penggunaan check masih sgt penting...contoh urusan pembayaran kpd supplier2...

    ReplyDelete
  2. mcm xseronok gak hilang 9 mende tu..ehhehe

    paling malang jika hilang memori..alzheimer tu..nyanyuk..hehe

    ReplyDelete
  3. mifz: a`a.lupa plak tengok dari that point of view..hehe..anyway tq 4 ur insight..heheh :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Kak Sarah: hehehe..hilang memori memang xbest..lebih2 lagi memori yang indah..hehehe..

    Woofer: hehe..thank you..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete