Tuesday, June 7, 2011

Bercinta Dengan Suami Orang

Hye Readers,

Bercinta dengan suami orang..perlukah wanita mencari suami orang..Siapa yang salah??lelaki atau wanita???bagi aku dua-dua sama sahaja..kalau bertepuk sebelah tangan benda nie tak akan terjadi..

Suami orang lebih matang dari orang bujang..Yes memang suami orang bersikap lebih matang dari lelaki bujang yang masih remaja..memang ada kot suami orang yang jujur..Yes!!memang ade suami orang yang jujur..tengok sahaja contoh artis kita abg Salih Yaakob..sampai 4 orang bini dia..mengapa isteri dia yang muda tidak dipandang serong??ini laa antara perbincangan aku dan rakan-rakan td..

Bukan mustahil untuk menjalinkan perhubungan yang berjaya dengan suami orang tapi tahukah para wanita diluar sana yang peratus untuk perhubungan ini berjaya adalah sedikit..Terutama apabila dia sudah mempunyai keluarga..Bukan mudah untuk meninggalkan keluarga yang dibina terutamanya keluarga yang telah lama dibina..

Jika rasa sayang itu tetap timbul pergilah berjumpa dengan isteri lelaki tadi dan terangkan keadaan yang sebenarnya..Elakan membuat perhubungan sulit kerana tiada ape yang baik pernah aku dengar tentang hubungan sulit ini..jika kena mara + maki hamun sabar jer laa..sape suruh cari nahas kan??

Tahukah wahai pembaca bahawa ada lelaki yang menggunakan wanita seperti ini hanya untuk melepaskan nafsu..apabila ditanya lelaki akan sering meminta tempoh untuk melepaskan isterinya sedangkan tempoh itu hanya tempoh masa untuk dia bersuka ria dengan anda..sedangkan wanita ini sentiasa menunggu untuk dia meninggalkan isterinya lalu berkhawin dengannya

Ada juga wanita yang ingin menjadi isteri muda dengan syarat minta lelaki tersebut melepaskan isteri tuanya dengan alasan cintanya tidak boleh dikongsi..wah!!!!besar betul pangkat dia…Biasa wanita seperti ini memang tiada imannya kerana jika dia mempunyai iman dia tentu tahu bahawa lafaz cerai itu adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T…

Kesimpulanya elakkan laa perhubungan dengan suami orang nie..bukan mudah untuk kita mengharunginya..tambahan pula peratus untuk hubungan ini berjaya tanpa melukakan mana-mana pihak adalah sedikit…salah satu cara untuk mengelak dari perhubungan ini adalah dengan mengelakan mendengar masalah hubungan rumah tangga si suami orang..Oldest trick lelaki nak pasang dua ialah cerita kat pompuan yang rumah tangga dia ade masalah..till my next writing..

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. jgn la cuba2 buat hal gini
    jika lelaki tu bole buat gini kat bini dia..pasti dia juga bole buat gtu kat kamu yg bercinta ngan dia tu..saat kamu dah kawin ngan lelaki itu..

    hati2lah..

    ReplyDelete
  2. prnh da kes mbr baik bkawn dgn suami org.mula2 xtau xpe la.dh tau boleh lak tryskan hbungan tu. rasa nk halau je die kuar bilik...

    ReplyDelete
  3. biarpun kita cuba utk elak,tp kalau itu yg tertulis sebagai jodoh kita,xde siapa boleh halang kan?

    ReplyDelete
  4. Kak sarah: btul tu kak..benda nie x mustahil gak..hehe

    Sue: hehe..kalo rasa x memudaratkan dia xpe laa..tapi kalo rasa dia tu dipermainkan nasihat laa..

    Jat: ini laa conclusion kami tadi..kalau da buat cegah macam mana pun jadi gak..hehe

    Kak Diana: yup..jenis yang nak permainkan jer yang biasa suka sorok2 nie..hehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Heheh.. yang dah kahwin pun buat maksiat blakang2. Ni kan pula kapel. koh3..

    Tapi patut isu mcm ni pihak isteri kene lebih terbuka. kalau salah tingkah si suami. tegur. kalau pula ade perempuan yg mahukan suami orang, jangan pulak minta si lelaki menceraikan isteri. dosa beb.

    Entri ni terbaiK!!

    (^____^)

    ReplyDelete
  6. Crow: betul2..ape-ape pun benda tak jadi kalau bertepuk sebelah tangan kan??hehehe..thank 4 the compliment bro..hehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Betul tu... kalau dah memang jodohnya halanglah macamana sekalipon tetap bersama... tapi biarlah dia direstui serta diredhai oleh ibu&bapa kerana Keredhaan ALLAH itu teletak pada Keredhaan ibu&bapa...Kita yang disekiling perlu menasihatkan dengan cara berhemah. Jangan dimarah atau dipulaukan mereka2 ni kan.. takut salah gaya, tu yang ada kahwin lari tu kan... iskhh selisih

    Apapun thanks bro for this entry...

    ReplyDelete