Wednesday, June 15, 2011

Cara Tentukan Jenis Kulit

Apakah jenis kulit korang??adakah korang  mempunyai kuit normal, dry atau oily..kali ini aku hare ngan korang cara nak tentukan jenis kulit muka..senang jer..buat kat umah pun boleh..hehehe

* Cuci muka anda dengan sabun yang lembut dan basuh seperti biasa. Pastu korang tekap ia sampai kering dengan menggunakan satu tuala lembut.

* Sekarang tunggu dalam masa sejam dan korang tak payah buat pape kat muka anda. Jangan dedahkan sangat kulit dekat cuaca yang terlalu panas atau sejuk. Lebih baik korang tinggal dekat rumah sambil buat pape yang patut..cam tengok TV ker..men game ker..

* Sekarang Ambil sehelai kertas tisu dan tekapkan di sekitar muka korang. Untuk keputusan lebih baik gunakan sekeping tisu berasingan ke atas setiap kawasan muka korang seperti dagu, pipi, dahi, hidung.


* Selepas beberapa minit periksa setiap tisu dan untuk mencari sebarang sisa pada ia.

Jawapanya… * Kulit BerminyakTisu akan melekat pada muka anda di tempat-tempat berminyak. Muka anda akan melihat berkilat terutamanya dibahagian hidung, dagu dan dahi.

* Kulit KeringTisu tidak melekat di tempat yang  tidak mempunyai kulit berminyak. Setelah membasuh muka anda, anda berasa kulit tegang.

* Kulit Kombinasi – Jika tisu melekat pada T-ZONE anda (dahi, hidung dan dagu). Ia berminyak serta bercampur dengan kering. Kebiasaan bahagian T-zone muka berminyak dan yang lain adalah kering.

* Kulit Normal – muka
tidak  terlalu berminyak mahupun terlalu kering. Kulit kelihatan amat cerah dan seperti tada kecacatan. Kebanyakannya hanya 20% wanita mempunyai jenis kulit ini.

Tips,

Elakan menguji kaedah ini ketika rambut korang mempunyai bahan berminyak..ini kerana bahan yang disapu pada rambut boleh turun ke dahi korang dan member tanggapan yangsalah tentang kulit berminyak..Untuk mendapat hasil yang tepat pastikan juga rambut korang bebas minyak ketika buat ujian nie..hehehe..so till my next enty!!!

Untuk versi Inggeris : Click Here

Regards,
-Strider-

1 comment :

  1. Kak Diana: tu laa..sy bab pilih foundation mmg selaru keliru..hahaha..acah jer...sy pun ctau sgt..saje share ape yang ade..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete