Tuesday, June 21, 2011

Kisah Pemanjat Kelapa

Hye Readers,

Ingat tak entry tadi aku ade bagitau yang nak nak post lagi satu story…hehe..tapi takde kena mengena pun ngan story kali ni Cuma ade unsur2 nasihat jer..hehehe..jom kita baca..

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. 
Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin 
kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada 
pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. 
Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah 
aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk 
seorang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. 
Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik 
daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-
kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau 
selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing 
untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok 
kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih 
bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, 
aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah
lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.” 

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun 
melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, 
rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.” 
Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, 
manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah 
ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

Itu jer aku nak share untuk kali nie..hehe..hari nie tak jumpa topic best sangat nak discuss…hehehe J

Regards,
-Strider-


5 comments :

  1. Perkongsian yg menarik . :). Itulah manusia . Ble susah br ingat kt Allah . Ish3. Moga2 kta x trglong dlm glongn sdemikian . Bknkah dgn mngingati Allah hati akn mnjadi tenang ?^^,

    ReplyDelete
  2. Kak Diana: hehe..ye ke sama??hehe...tak tau plak..ntah2 dia yang email kat saya tak..hehehe :) ..pasal zaman sekolah xde benda yang best sbb dulu saya nakal..hehe..

    Siti: thank you..hehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. igtkan Allah setiap msekn..
    thanks for the entry

    ReplyDelete
  4. huhu,takutnya.mntak2 xkan jd mcm 2.jnji dgn Allah,tp..

    ReplyDelete