Thursday, June 30, 2011

Cara Selain Dari Kawin Lari..

Hye Readers,

Hari ini aku nak cerita skit tentang cara lain untuk berkhawin jika mendapat tentangan dari ibu bapa..Bukan maksud aku nak kata restu ibu bapa tu tak penting tapi selain daripada korang kawin lari ade cara lain sebenarnya…

Tapi aku tak nak cerita formal2 sangat ngan korang..hari ini aku nak cuba sampaikan maksud aku dengan cara lain..aku nak buat satu citer sambil tag blogger lain..hehe..aku buat nie saja suka-suka and casting aku pun bedasarkan jantina jer…hehehe..citer  dia camni….

Strider dan echa adalah sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta..tetapi cinta mereka ditentang oleh Kak Diana dan Fidaus Kasim(ibu bapa echa)kerana strider hanyalah penjual burger tepi jalan manakala echa merupakan seorang Pengarah Urusan Blogger inc. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan namum Kak Diana dan Firdaus Kasim tetap bertegas dengan keputusan untuk menghalang anak dara mereka dari bercinta dengan strider.Echa yang buntu mendapat idea dari Kak Sarah(kawan baik echa) untuk bernikah di sempadan Thailand..semua boleh diuruskan oleh Kak Sarah janji upahnya memadai..Echa mendesak strider untuk menikahinya tanpa pengetahuan Kak Diana dan Firdaus Kassim..Strider makin tertekan kerana memang impian Zati Embong dan Crow(ibu bapa strider) untuk melihat strider di jinjang pelamin..strider tidak sanggup untuk melukakan hati Zati Embong dan crow..jadi apakah yang Strider harus lakukan..??

Itu salah satu dari situasi yang terjadi dekat masyarakat sekarang..kalau diikutkan hati memang kawin je laa dulu..pastu bila balik Malaysia ape lagi ibu-bapa boleh buat??benda da jadikan??tapi sebenarnya ada cara lain..jom kita tengok ape Strider buat..

Strider mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ustaz ghost writer yang merupakan seorang pegawai agama untuk meminta nasihat..Ternyata ia membuahkan hasil apa bila ustaz ghost writer menyatakan yang kes ini dipanggil sebagai “wali enggan” ape yang strider boleh lakukan ialah membuat aduan ke pejabat agama dan mereka akan menyiasat sama ada strider layak berkhawin atau tidak..mereka juga akan memanggil kak Diana serta Firdaus Kassim untuk berbincang..Jika semua tiada masalah mahkamah akan mengkhawinkan Stider dan Echa menggunakan Wali Hakim..

So..itu laa caranya..aku harap korang dapat tangkap ape yang aku nak citer nie..hehehe..sambungan dia malas laa plak aku nak buat..cukup laa setakat korang dapat ape point yang aku nak cakap..hehehe..

So kepada yang terpikir nak kawin lari nie baik pikir balik..cara ini lebih elok dari kawin lari..memang laa nampak lmbat skit sebab mahkamah nak check gak pihak lelaki nie..cukup tak sifat dia nak kawin ngan orang..lagipun cara macam nie da tentu sah..kalau kawin kat luar tok kadi pun kita tak kenal..buatnya dia tak layak..sampai tua laa kita berzina walaupun kita ingat kita da kawin..

Citer nie sebenarnya aku buat secara spontan jer..tetiba rasa nak tulis story plak..aku nie da laa tak pandai sangat bab menulis nie..merapu camni aku terrer laa..hahaha..ape-ape pun aku harap korang enjoy baca citer nie walaupun citer ni tipu dan tak best..hahaha..till my next entry…

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 29, 2011

Macam Mana Aku Boleh Terjebak??

Hye Readers,

Da dua hari since last aku update blog nie..hehe..bukan takde nafsu tapi still ade commitment kat benda lain..hehe..so arini aku decide untuk balik kerja awal and update sambil berjalan-jalan kat blog lain..hehehe

Sebenarnya aku ade beberapa benda nak post tapi nanti-nanti laa..malas nak karang ayat..hehe..so aku citer laa ape yang terjadi kat time lunch tadi..

Aku pergi KL Sentral tadi untuk lunch ngan office mate ..Everything was okay tapi on the way nak balik ade kakak opis aku nie ajak singgah kedai jap..nak tengok sandal katanya..aku pun usha2 benda yang ade tertiba aku ternampak kasut..Kasut tu nampak cantik dan macam sedang memanggil aku..aku pun pergi la belek-belek dia sambil gatal-gatal gi test kasut tu..

“Muat plak kasut nie” tetiba hati aku cakap ngan aku plus aku tengok harga dia pun cam okay jer..Tetiba hati aku rasa cam nak bawak kasut tu balik tapi orang kedai tu tak bagi aku bawak balik camtu jer..dia suh aku bayar ikut harga after less..

Sebenarnya aku tak de cash kat tangan tapi sebab aku nak gak bawak kasut tu balik aku pinjam laa dari kakak opis aku yang nak pegi tengok sandal tu and akhirnya sales girl tu bagi gak aku bawak balik kasut tu..hehehe..pendek kata aku nak cakap aku beli kasut jer laa..hehehe..

Sebenarnya aku bukan kaki beli beli barang on the spot..aku pun pelik cammana aku leh terjebak beli kasut tu..kakak tu nak tengok sandal jer tapi end up aku yang beli.hehe..maybe da takdir aku ngan kasut tu nak wat camamana..haha..susah sebenarnya aku nak beli barang secara on the spot..itu je laa dulu..nanti aku update entry lagi..hehe..


Ini laa rupa kasut yang aku  bawak  balik hari ini..hahaha


Regards,
-Strider-

Tuesday, June 28, 2011

Dialog P.Ramlee

Hye,

Korang semua suka tengok cerita P Ramlee tak??Aku sangat suka tengok cerita P Ramlee..kalau tengok banyak-banyak kali pun tak bosan..paling aku suka dia punya dialog..sungguh spontan dan senang nak ingat walaupun kadang-kadang nampak cam kasar..hehe

Dulu time sekolah aku dengan kawan-kawan aku suka memain dengan dialog P Ramlee..sampai sekarang pun ade gak cuma da kurang..hehehe..ade sampai at one time kitaorang takut nak bagi ayat tak lengkap contohnya:

          Member   : Benda tu kat sana!!
          Aku          :  Sana laut laa bodoh!!!(dialog Pendekar Bujang lapok)

Atau

          Aku: oi..oi..sini laa kejap..
          Member: Nama saja orang melayu..panggil orang pun oi..oi..oi..(dialog seniman      bujang lapok)

Sampai skunk kekadang terbawak-bawak perangai tu..hahaha..baru-baru ini ade seorang staff tanya:

Staff :  “kenal tak dengan En Jamil” (seorang manager)

dengan selamba aku jawab

Aku:  “ohhh..saya kenal Jamil tu dia memang baik orangnya(dialog madu tiga)”haha..

Nasib baik staff tu pun kaki tengok cerita P Ramlee..dapat laa dia tangkap ape yang aku nak buat..hehehe Korang pulak cammana??ade dialog-dialog P Ramlee yang korang suka Dengar??hehe…Share laa ngan aku..hehehe..

Till my next entry..

Regards,
-Strider-

Monday, June 27, 2011

Segmen Jom Kipas Blogger

Hey you!!

Ini satu daripada segmen yang Kak Diana buat..aku ingat nak join gak laa..hehe..sebab sagmen dia cam best jer..kena kipas orang and aku pun nak tau gak aku leh kipas ke tak..Aku kalau kipas orang memang lain skit..hahaha..jom baca sape aku nak kipas..

Aku nak kipas seorang blogger yang cun giler kat dalam dunia blog ni..nama dia Echa Richie..aku suka giler tengok muka dia..so sweet yang teramat sangat..entry dia memang sungguh menujukan sikap ke-perempuanan dia..

Aku tak penah jumpa dia in person tapi aku rasa aku tak boleh jumpa dia in person sebab aku takut lidah kelu tak terkata..aku takut nanti bile jumpa aku akan tergamam sampai berkata dalam hati “ inikah perempuan yang paling cantik aku pernah jumpa”..hehe

Aku sebenarnya ade bakat terpendam..aku leh baca orang melaui belah rambutnya..itu memang bakat yang aku sorang jer ade..last yang ade kat lam Malaysia nie..(eh..da terkipas diri sendiri plak)

Okay..sambung balik..dari belahan rambut echa ini aku leh ungkapkan yang dia ini seorang yang jujur, cekal, amanah, gigih, rajin, perkasa, taat, ikhlas, murni dan kalau aku nak sebut semua besok baru korang abis baca entry aku ini..hehehe..

Bagi aku sapa dapat echa ni memang beruntung sebab orang cam dia ni da takde daa kat Malaysia..aku da check suma tempat memang tinggal dia sorang jer..

Aku tak paham kalau ade orang yang sanggup lukakan hati echa nie..sebab aku ngan dia ade satu persamaan??dalam banyak2 benda kat dalam dunia ini yang kitaorang tak reti buat ialah lukakan hati dan perasaan orang..hahaha(nak jugak selit)

Itu je laa dulu..banyak lagi nak cakap tapi biarla ia rahsia di hati..hehe


p/s: mintak2 laa kipas camni tak kena disqualified ngan kak diana..hehe

Regards,
-Strider-

Hasil Dari Toilet Paper Roll

Hye Readers,

Pernah guna toilet paper tak??mesti korang pernah guna kan??tapi setelah roll tu kosong korang buat pe??buang jer??atau bleh pakai untuk benda lain??Hari ini aku nak share ngan korang tentang kreativiti seorang perempuan yang bernama Anastassia Elias..

Dia nie menggunakan roll tisu yang kosong untuk dijadikan miniature untul pelbagai situasi..memang stylo hasil kerja dia nie..dia sendiri mengaku yang nak buat benda ini agak susah tetapi setiap kali dia nak membuang tisu roll ini dia akan pikir ape yang boleh dilakukan selain daripada membuangnya..jom kita tengok skit hasil tangan dia..

Nenek

Jemur Pakaian

Pasar
Wah..stylo kan bile kena kat cahaya..hehe..Aku bagi korang 3 gambar jer  tapi kalau nak tengok yang lain korang leh klik sini..aku rasa cam nak buat plak tapi bile memikirkan yang tangan aku nie takde seni aku lupakan jer hasrat aku..nanti jadi hangat2 tahi ayam plak..hehehe..so ada sesapa tangan seni nak try buat??hehehe

Regards,
-Strider-

Sunday, June 26, 2011

Rahsia

Rahsia

Hye Readers,

Korang ade rahsia tak??simpan sesapa punya rahsia..mesti ade kan??hehe…Hari ini aku nak cerita pasal rahsia..Topik ini adalah hasil dari melepak dengan kawan di kedai mamak smalam..Ia bermula daripada cerita PEKIDA yang nak saman KL Gengster dan & Kongsi pasal bocorkan rahsia mereka..tapi aku tak nak cerita pasal tu laa..aku nak cerita rahsia dari segi umum..hehe

Kalau kita dapat tau orang tu pecahkan rahsia kita ape perlu kita buat??Bersemuka dengan orang itu atau membiarkan sahaja tanpa menafikan atau meng’iyakan..kebanyakan orang akan menafikan benda itu sebelum dapat input dari  orang lain..

Cara yang betul ialah kita membiarkan jer..Cuba kita ambil contoh dari salah satu pertubuhan rahsia yang terbesar di dunia iaitu Iluminati. Banyak rahsia yang tersingkap di sebalik persatuan ini tetapi kalau korang tengok illuminati tak pernah buat ape-ape statement secara umum..

Zaman sekarang terlampau banyak cerita pasal Illuminati nie, ade macam-macam sumber yang kita boleh dapat pasal Illuminati ni seperti filem,Dokumentari, Buku dan juga artikel dari internet tetapi tak pernah satu pun statement official keluar dari persatuan ini..

Itu yang membuatkan orang tertanya-tanya pasal Illuminati ini..walaupun banyak tanda-tanda rahsia mereka terbongkar tetapi mereka masih mendiamkan diri..Kita kena ingat persatuan yang ditubuhkan sejak 1790(klu tak silap aku) ini adalah hasil dari gabungan golongan elit dan celik pandai..mungkin itu yang menyebabkan Persatuan dorang ini licik..

Okay laa..itu antara pandangan aku tentang rahsia..Bile bercakap tentang rahsia ini ia sangat subjektif dan bergantung pada orang..hehe..kita tak boleh marah sangat kalau rahsia terbongkar sebab mulut orang sentiasa bercakap kan…till my next entry

Note: still mendiamkan diri walaupun rahsia aku sebagai Hero Remaja 2015 da terbongkar..sape laa yang pecahkan lubang nie..isk..isk..

Regards,
-Strider-

Saturday, June 25, 2011

Makan Di Kampung Baru!!!

Hye Readers,

Aku baru balik dari membuat aktiviti sukan petang tadi..balik lepak singgah minum jap kat area2 rumah aku..tetiba on the way balik teringat nak tanya sikit bagi yang tinggal di sekitar Lembah Kelang ..Korang pernah makan kat Kampung Baru tak??

Bukan ape..saje je nak tanya..hari ini aku rasa kat kampong baru nie banyak orang plak..ini memang situasi biasa kalau da dekat-dekat hujung bulan nie..ramai yang bawak family gi makan..ade yang bawak awek dating dan ade juga yang buat sambutan kat kedai makan area sini..hehe

Hari ini aku nak bagitau korang kedai-kedai yang fames kat Kampung Baru nie..mana tau ade yang tak pernah singgah lagi..leh laa try..entry nie bukan tokey kedai suh aku buat tapi di samping tu sebagai orang yang duk Kampung Baru nak gak aku survey kedai mana yang best..hahah

1)    Chop & Steak (Restoran Kapal)
Ini kedai yang paling dekat dengan rumah aku..actually kedai ini sebelah jer ngan rumah aku..kadang orang basking kat kedai tu pun leh dengar sampai bilik aku..hehehe

2)   Nasi Lemak Antarabangsa.
Kedai ini pun agak fames laaa..ade orang pernah sesat and tanya aku jalan ke kedai tersebut..bile aku tanya balik dia kata dia datang dari Klang semata-mata nak bawak family gi makan kat situ..WOW!!boleh tahan gak jauh tu..hahaha

3)   Nasi Lemak CT Garden
Terletak dekat Kelab Sultan Sulaiman kedai ini banyak nama aku dengar..ade orang panggil nasi lemak padang(sebab sebelah padang) ade gak yang panggil nasi lemak sekolah(sebab sebelah sekolah gak) tapi pape pun nama kalo orang tanya direction aku rasa bleh diterangkan..hehe

4)   Castle (Kedai Arab)
Kedai ini jual makanan arab jer..tapi ramai gak orang datang kedai ini.dan kedai ini agak famous laa..kadang-kadang aku pelik gak kenapa ramai orang datang..aku datang sana pun lepak minum jer..tapi arab-arab yang datang semua yang kaya-kaya..yang perempuan arab plak kebanyakan da macam artis Hollywood aku tengok..hahaha

Itu antara 4 kedai makan yang terpikir skunk ini..sebenarnya banyak lagi kedai makan kat area kampong baru yang fames2 dan sedap-sedap belaka..hehehe..tapi 4 ini antara yang paling top laa..hehe..ade sapa-sapa makan kat kedai makan ini??hehee

Kepada yang luar KL plak atau tak pernah datang Kampung Baru boleh laa datang Kampung Baru bile datang KL…haha..ajak sedara-sedara yang ade makan kat sini..

Kalau datang sini and ade orang kutip pariking tepi jalan jangan salah anggap plak..Kebanyakan mereka penduduk kampung baru gak..tujuan dorang kutip supaya orang tak parking sesuka hati sampai menyusahkan penduduk area tu..sebab dulu banyak kes yang jenis parking takde sivik..hehe

okay daa laa tu..aku nak gi BW jap..baca citer2 yang terjadi di luar Kampung Baru..hehehe

Regards,
-Strider-

Friday, June 24, 2011

5 Most Amazing Place In The World

1. The Door To Hell, Turkmenistan



2. The Great Dune of Pyla, France




3. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyan


4. Rotorua, New Zealand


5. Socotra, Republic of Yemen


Jangan Ini Jangan Itu.

Hye Readers,

Zaman moden sekarang ini meyampaikan berita sungguh senang..jika 15 tahun dulu orang sampai berita menggunakkan mulut..tapi sekarang aku tengok banyak medium yang boleh digunakan oleh kita seperti email, FB, twtter dan blog juga tidak ketinggalan..hehe

Pernah tak korang dapat berita dari email/FB/twitter/ atau blog yang kata “Jangan makan kat situ..masakan tak halal”, “jangan tidur kat resort tu sebab ade hantu”, jangan beli benda tu sebab dia cepat rosak” dan beberapa lagi tajuk yang macam tu laa..

Pada pendapat korang leh caya tak berita camtu??aku secara jujurnya akan take note sahaja pada berita tu tapi pada masa yang sama tetap berhati-hati..bukan tak percaya bulat2 tapi tujuan asal penulis berita(bukan penyampai) kita tak tahu..

Aku pun kadang-kadang smpaikan gak berita-berita camtu tapi dengan jujurnya aku akan kata yang berita tu bukan 100% betul melainkan kalau aku alami sendiri..korang plak cammana??percaya tak ngan berita-berita tu??hehe

Regards,
-Strider-

Bile Terlampau Taksub

Hye Readers,

Sekarang ini tengah musim Showdown 2011..aku pun ikut gak rancangan ini sebab rancangan ini bagi aku best gak laa..tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal rancangan tu tapi pasal peminat-peminat yang kadang2 melampaui batas bagi aku..cuba tengok comment kat bawah nie:


Sebab aku nie tak suka memalukan orang sgt so gambar dan sebahagian nama dia aku padam laa untuk jaga privacy dia..kang mana tau ade yang fanatic terhadap islam cari and tembak dia..nanti aku gak yang rasa bersalah..

Tak tau laa bagi korang tapi bagi aku agak melampau gak tindakan dia comment sampai macam tu..aku kadang2 tak paham dengan sesetengah orang yang suka main2 benda yang melibatkan agama…

Ini laa jadi kalau kita terlalu taksub dengan sesuatu..mungkin niat nya hanya untuk bergurau tapi agak kurang ajar laa kalo nak gurau petik2 surah al-fatihah nie..hehe..

Till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Thursday, June 23, 2011

Wa tak kira lu sapa!!!

Hye Readers,

Wa tak kira lu producer ka penulis ka skunk ini blog wa pegang.!!ceh..ceh..ceh..tiru skit ayat syamsul dalam KL Gengster..hehehe..okay to the point entry nie refer to entry smalam coz Mr producer kata entry aku smalam(klik sini) kurang lengkap..haha

Casting nie open untuk semua blogger..tak kisah korang pakai tudung ker free hair ker just be ur self..follower tak kisah berapa ramai pun..tak semestinya korang kena follower banyak cam abg Ben Asshaar dan aku takde letak syarat suruh follow blog aku ataupun buat entry..haha..kalau korang tak kenal blogger tu pun takpe tp just bgtau nama blog jer..yang lain tu nanti aku suh pihak RTM approach..haha

Itu je Mr producer nak suruh aku tambah..aku pun takle nak buat entry pepanjang sbb aku banyak keje..so till my next entry..hehehe J

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 22, 2011

Pencarian Blogger Wanita Popular oleh Aku,

Hye Readers,

Last week member aku suruh aku cari seorang blogger wanita popular untuk dia jadikan ehem..ehem.. untuk dia..aku mula2 ingat dia memain jer..hehehe..

Aku susun ayat balik laa..last week kawan baik aku yang merupakan seorang penerbit kat RTM mintak aku carikan seorang blogger wanita yang popular untuk dijadikan compare(pengacara) dalam sebuah rancangan terbitan dia..

Aku nak jadi gak tapi dia kata aku tak boleh sebab tak hensem.. L sedih aku dengar ayat tu..hahaha..takde laa..dia nak bayar aku tapi aku tak nak sebab nanti aku popular mengalahkan Aaron Aziz..haha(ni perenggan mengarut)

Back to story..dia nak cari seorang wanita untuk jadi pengacara..disamping bayaran yang diberi (ditentukan oleh panel RTM) blogger tu jugak dapat promote blog dia dalam rancangan tu..Sesuai untuk dijadikan platform untuk mereka yang nak masuk industry hiburan.

Syarat dia mudah jer..tak camera shy dan berpewatakan menarik serta berminat dalam industri hiburan sebab dia rancangan hiburan..kalo takde pengalaman pun takpe..kalau korang bleh tolong aku carikan letak link dia dekat comment so nanti aku leh suruh RTM access blog dia and panggil casting kalau dorang berminat..

Aku cuma tolong passkan link blog kat RTM..nanti dorang akan panggil casting dan kalau dapat terma dan syarat korang suma citer laa ngan RTM..aku ni hanya pemberi maklumat..hahaha

Itu je dulu setakat nie ek..aku pun sebenarnya tak cukup masa nak buat entry nie tapi sebab dia nak aku publish gak malam nie so aku tolong laa dia..hahaha

Note: Student pun takpe..as long ade masa..

Kindest Regards,
-Strider-

Aku Suka Berblog..hahaha

Hye Reader/Friend,

Aku suka berblog..hahaha..Sejak kebelakangkan ni work load aku bertambah..baik di opis mahupun di rumah..aku kurang masa untuk menulis entry walaupun kadang-kadang aku rasa geram nak tulis..hehehe..Kalau nak posting copy and paste jer boleh tapi atas nasihat blogger lama2 tak elok main copy and paste banyak sangat..

Misi aku pn sekarang dah lain…haha..aku nak jadikan bahasa melayu sebagai medium utama dalam blog aku nie..dan since aku ramai gak kawan-kawan bukan melayu aku baru bukak blog baru bernama strider-news dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar..

Blog aku lagi satu tu takde laa berat mana..senang jer nak post sebab kebanyakan content tu aku copy paste dari email yang aku subscribe berbanding dengan blog ini yang lebih kepada hasil penulisan..walaupun ade entry aku yang copy paste tapi aku till bagi pandangan peribadi aku dari isi kandungan blog ni..

Itu je dulu setakat ini..aku takde masa yang lama plak depan PC hari ini tapi aku memerlukan pertolongan kawan-kawan blogger aku pasal…..nanti laa aku citer, tunggu dalam next entry ek..hehehe.. 

Regards,
-Strider-

Wordless Wednesday












Tuesday, June 21, 2011

Tak Paham Bahasa

Hye Readers,

Sekali tengok gambar nie korang paham tak ape maksud sticker tu??ke ade benda patut kena tukar untuk bagi orang camni paham maksud “Ladies Only”


Ni gambar aku dapat dari FB aku..bukan aku yang amik sebab kalo aku yang amik maksudnya aku ade gak dlm tu betul x??hahahaha

Anyway lain kali kalo ko jumpa orang camni korang jeritkan jer..hahaha..biar malu skit..hehe..

Regards,
-Strider

Kisah Pemanjat Kelapa

Hye Readers,

Ingat tak entry tadi aku ade bagitau yang nak nak post lagi satu story…hehe..tapi takde kena mengena pun ngan story kali ni Cuma ade unsur2 nasihat jer..hehehe..jom kita baca..

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. 
Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin 
kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada 
pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. 
Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah 
aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk 
seorang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. 
Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik 
daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-
kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau 
selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing 
untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok 
kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih 
bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, 
aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah
lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.” 

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun 
melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, 
rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.” 
Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, 
manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah 
ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

Itu jer aku nak share untuk kali nie..hehe..hari nie tak jumpa topic best sangat nak discuss…hehehe J

Regards,
-Strider-


Strategi Penipuan Jin Islam

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan korang satu citer yang bagi aku agak best..citer ni aku dapat dari email kat opis tadi..tajuk dia Strategi Penipuan Jin Islam..Jom baca..

Sekitar tahun pertengahan 2000, saya ada mendengar kisah seorang siswi UKM, dia diganggu makhluk halus yang mengaku 'jin islam'.

pada malam hari, dia akan dikejutkan oleh suara jin tersebut..menyuruhnya bangun untuk mendirikan solat tahajud dan qiyamullail.

menjelang subuh pada hari tertentu, 'suara' itu menyuruhnya berniat untuk berpuasa sunat.

ada ketikanya, suara jin itu menyuruhnya membaca Al-Quran..atau menyuruhnya agar membaca surah tertentu.

maka siswi ini pun melakukan sebagaimana yang disuruh oleh 'suara' itu, setiap hari. Dia menjadi siswi yang warak dan sopan...tidak suka bercakap hal yang sia-sia, maka dia lebih suka menyendiri.

segalanya kelihatan elok...tiada sebarang perkara tak elok tentang tuanpunya 'suara' itu..sebab dia hanya menyuruh orang memperbuat amal kebaikan...kan?

SALAH! Itu hanya tipudaya syaitan jin...lakonan sementara saja.

setelah berlalu beberapa semester, akhirnya siswi tersebut ditemui pengsan oleh rakan sebiliknya...dalam keadaan tidak berpakaian.
Terdapat beberapa gulungan kertas yang kecil..Di dalam mulut, lubang hidung, lubang telinga, qubul dan dubur siswi ini. Apabila diperiksa, setiap gulung kertas kecil itu terdapat tulisan nama ALLAH.

Siswi tersebut menjadi hilang akal apabila sedarkan diri.
Setelah dirawat menggunakan kaedah rawatan spritual cara Islam, akhirnya dia beransur pulih.

menurut siswi itu, arahan terakhir yang diberikan oleh 'suara' itu...mahu agar siswi ini 'bersatu dengan Allah'.
suara itulah yang menyuruhnya menulis nama Allah pada kertas, menggulung dan memasukkan ke SETIAP RONGGA TUBUH YANG TUJUH...termasuk ke dalam kemaluan.

hakikatnya, suara itu adalah syaitan jin..atau jin kafir yang mahu menyesatkan anak Adam.

tapi, dia bijak. Dia tak terus suruh buat benda salah sejak mula. Dia suruh buat benda yang elok-elok dulu. Berbulan-bulan..atau mungkin bertahun!
Akhirnya apabila orang dah mula percaya dan serahkan seluruh kepercayaan kepada makhluk itu...barulah dia tunjukkan sifatnya yang sebenar..dia MAHU AGAR SEMUA ANAK ADAM MENJADI KAFIR DAN MASUK NERAKA.

Oh. Ada orang bertanya..mengapa jin/syaitan tu tak kepanasan apabila siswi tu bangun solat tahajjud, baca Quran, dan sebagainya?

Jawapannya..
Sebab semua amalan itu dilaksanakan kerana disuruh oleh jin..bukan 100% ikhlas kerana ALLAH.
Apabila kita lakukan sesuatu amalan ibadat disebabkan kerana makhluk, maka amal itu TIADA KEKUATAN.
Zero. Memang syaitan tak rasa panas langsung...bahkan mungkin rasa selesa berdamping dengan kita..

Siswi dalam kisah ini, beliau sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada 'suara tanpa rupa' yang mendampinginya tiap hari, siang malam menyuruhnya buat perkara 'baik'.

Biasanya jin atau syaitan jenis ini gemar mendampingi manusia yang baik-baik tetapi kurang ilmu. Lebih-lebih lagi jika memiliki asas ilmu Tauhid yang lemah.

Jika siswi itu memiliki asas Tauhid yang kuat, maka dia tidak akan patuh kepada suara tersebut. Amalan ibadat hanyalah kerana Allah, dan bukan kerana disuruh sesiapa. Lebih-lebih lagi amalan sunat. (Amalan wajib seperti solat fardhu dan menutup aurat tetap mesti dilaksanakan tanpa mengira ada orang suruh atau tidak!)

Dan jika asas ilmu tauhidnya mencukupi, dia tidak akan terpedaya dengan 'suruhan agar bersatu dengan Allah'...kerana Sifat Allah adalah haram dan mustahil bagiNya untuk bergabung dengan mana-mana makhluk.

Kerana perbuatan menggabungkan Allah dengan sebarang makhluk bererti mengadakan kufu bagi Allah. SubHanahu min dzalik.

Berhati-hatilah..Jangan mudah terpedaya.

So..itu laa ceritanya..since aku takde idea ape nak buat aku post je laa entry nie..best gak la..nanti aku post kat korang lagi satu cerita..hehehe..till my next entry

Regards,
-Strider-