Wednesday, November 20, 2013

#1254 - Aktiviti Di Bukit Fraser

Hye Readers,

Pemandangan indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah salah satu pemandangan di Bukit Fraser ini. Bukit Fraser sebenarnya agak menarik bergantung kepada apa yang anda cari.Hasil tinjauan aku beberapa hari di sana, kebanyakkan tempat tinggal merupakan kawasan Bunglow dan ia merupakan tempat yang paling sesuai jika anda mempunyai keluarga yang ramai.

Untuk kunjungan kali ini, Aku bersama lagi 5 adik beradik yang sudah bekeluarga (kecuali aku) menginap di sebuah bunglow yang diberi nama Sri Damai. Ia terletak tidak jauh daripada  "Clock Tower" Bukit Fraser. Sepanjang 4 hari kami di sana, kebanyakkan masa diisi dengan program sendiri yang telah dirancang.

Sebenarnya sepanjang 4 hari kami disana, kebanyakkan aktiviti yang kami lakukan adalah benda yang dirancang dari KL lagi, Ia merangkumi sukaneka, lucky draw, jungle trekking, BBQ, board games and few others  activities.

Aku share ngan korang beberapa aktiviti aku di sepanjang aku disana dan after this aku beritahu korang apa aktiviti lain yang boleh dilakukan di bukit Fraser.


Day 1: Budak-budak kalau dapat tinggal satu rumah dengan cousin dorang memang seronok.


Day 1: Inter frame jap..Berangan nak jadi model untuk kakak aku.



Day 2: Group A untuk Sukaneka. Yang paling kecik tu paling seronok sebab dia duduk atas guni sambil orang lain tarik.


Day 2: Untuk Sesi malam kami memilih untuk BBQ daripada makan di luar. Niat nak buat kat openspace tapi sebab takut hujan jadi kena buat under garaj.



Day 3: Siapa nak asah bakat dalam putting buleh datang ke taman permainan Bukit Fraser. Mereka ada sewakan bola golf and putter..murah jer, kalau tak silap aku dalam RM6 for 1/2 Hours


Day 3: Jungle Trekking at Rompin Trail. Ini antara laluan yang paling senang



Day 4 : Sebahagian daripada yang tinggal. Ade 2 Family terpaksa pulang awal kerana ade komitmen lain.

Itulah sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4 hari kami berkampung di sana. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti selain daripada apa yang kami buat ini. Terdapat banyak lagi aktiviti  menarik kat Bukit Fraser ini.

Bukit Fraser sebenarnya sangat popular bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan juga perkhemahan. Kalau nak trekking pun terdapat beberapa route yang boleh dipilih. sama ada korang nak trekking 15 minit ataupun sejam setengah.

Jadi kepada mereka yang tak pernah pergi atau dah lama tak pegi aku rekemenkan korang untuk datang ke sini. Cuma jangan compare Genting Highland atau Cameron Highland kerana suasana di sini amat berbeza. Kalau sama pun mungkin dari segi kesejukkan jer..

Regards,
-Strider-

15 comments :

  1. Wah...bestnye! Berapa harga satu malam...dan muat berapa org tu?

    Akak teringin ke sana, tapi tak kesampaian lagi.
    Org ckp takde apa sgt...tapi bg akak tiap tempat mesti ada keunikan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Wahh seronok ya keluarga besar, ika ni keluarga kecik je hewhew
    InsyaAllah boleh try ke sana suatu hari nanti, boleh masuk dalam list travel ni :)

    ReplyDelete
  3. x pernah sampai lagi..huhuhu..

    syoknyaa ada keluarga besar mcm ni.. siap boleh bersukaneka bagai.. ehem.. bila nak tambah?? hahaha..

    ReplyDelete
  4. seronoknya.. dah lama tak mengikuti aktiviti sebegini.. :D

    ReplyDelete
  5. Sya mau kesini..haritu smpai ke bukit tinggi je...:)

    ReplyDelete
  6. smarat aih si pemilik blog. hehe
    bukit fraser? xpernah p lagi.. dengar kata sangat2 best ala2 berada di luar negara..

    ReplyDelete
  7. Wah seronok.. meriah sungguh..best.. :)

    ReplyDelete
  8. seronoknya bercuti... huhu.. pemandangan yg indah..

    terima kasih join segmen saya... :)
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen-pencarian.html

    ReplyDelete
  9. dah berbelas tahun tak ke sini...rindu dgn udaranya. yelah..dia tak setinggi genting atau ch...tapi okaylah...dulu2 shooting iklan rokok salem kat sini la..salem highcountry

    ReplyDelete
  10. Rasa nak santai-santai dan rilek-rilek dengan family, elok pegi kat sini. Cameron dan Genting tu, penat nak ronda-ronda keliling nanti.

    ReplyDelete
  11. cameron dh pernah pergi... sini belum lagi...

    ReplyDelete
  12. wahhhh syoknye aktiviti kat sana..suka tgk pic 1st tu... view dari atas nmpk cun ar.. =)

    ReplyDelete
  13. Ida pernah pergi 2 kali... utk rehat2 dan tenangkan fikiran ok laaa...

    ReplyDelete
  14. Kamu bikin SA jeles...pe kata buat program jungle trekking buat blogger2 bujang...selain merapatkan silaturrahim...boleh jadikan aktiviti tahunan jugak...rasanya mesti ada yg nk pi...Trust me

    ReplyDelete