Tuesday, November 19, 2013

#1251 - Perjalanan Ke Bukit Fraser.

Hye Readers,



Alhamdulillah lebih kurang 4.20 petang tadi aku telah selamat sampai dari bercuti di Bukit Fraser (Frasers Hill) bersama keluarga. Kali terakhir aku melawat Bukit Fraser adalah pada tahun 1996 kot. Bila lama tak datang, kadang-kadang rasa macam 1st time pergi pulak. 

Bukit Fraser terletak di daerah raub Pahang dan berada di atas Banjaran Titiwangsa. Ia merupakan salah satu kawasan pelancongan atas bukit yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Pintu masuk Bukit Fraser adalah melalui daerah Raub.

Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Jalan Turun Dari Fraser Hill
Kalau tak silap aku dulu ada masa-masa tertentu untuk kenderaan naik dan turun dari  Bukit Fraser kerana laluan dari The Gap hingga ke puncak agak sempit. Tapi sekarang korang boleh terus naik pada bila-bila masa  kerana sekarang dah ade jalan khas untuk naik dan turun.

Nanti aku akan cerita lagi pasal Bukit Fraser nie. 

Regards,
-Strider-

24 comments :

  1. woww...lama xnampak gambaq2 bukit fraser ni..Terima kasih broo sudi berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem bro...senang2 datang laa bercuti kat sini..hehe

      Delete
  2. SA x pnh sampai lg ni....update please...mn tu boleh terjah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti2 sekolah nie kalau bawak twins tu datang sini pun menarik gak..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  3. salam..
    syiok la pergi sana..
    nanti jgn lupa tlis entry apa yg menarik ada dekat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay bro..nanti aku update lagi...hehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  4. Pernah samapi sini sekali..but was lon time ago...mesti dah banyak berubahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends berapa lama gak laa..tapi tengok gambar2 kat google aritu and time saya pegi tak banyak sangat perubahan..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  5. eh, dah jadi two way sekarang? dulu pernah naik (dah 10 tahun kot) follow belakang satu iswara, selamba je driver tu kilas stereng kat lereng bukit sebelah tangan. seriau aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan two way bro..dia macam dedicated road...one way up and another route untuk turun..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  6. Lamanya tu kan tahun 1996. Memang banyak yang dah berubah kalau lama camtu.
    Selamat bercuti! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..waktu 1996 tu pun dah lupa dah cammana rupa kat sana..hehehe

      Delete
  7. akak tak pernah lagi ke sana.. menenangkan bila tengok kehijauan begitu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba laa try sekali datang sana..not bad jugak laaa..hehehe

      Delete
  8. Wah best.. sy pun dah agak lama juga x kesana.. lama sgt. Nice sharing & have fun ye.. :)

    ReplyDelete
  9. Tak pernh lagi jejak kaki ke sini... Ntah bila akn smpau... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti sekolah nie boleh laa rancang pergi sana..kalau dari KL tak amik masa yang lama pun kalau ikut kuala kubu..hehehe :)

      Delete
  10. giler lama x pegi sini... mesti byk yg dah berubah... haihh teringin nak pegi lagi la...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kalau lama tak pergi nanti bila pegi rasa macam 1st time..hehe

      Delete
  11. malu nak cakap tak pernah sampai bukit fraser lagi... :P
    tp insya-allah... nx year VMY2014 nak pergi sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh apa nak dimalukan..saya pun ade tempat kat dalam Malaysia yang belum pergi lagi..hehe

      Delete
  12. ika tak pernah pergi, nampak menarik ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jangan lupa pergi..kalau lagi ramai lagi syok..hehehe

      Delete