Thursday, November 14, 2013

#1245 - Kisah Pemuda & Jin

Hye Readers,



Suatu malam, ketika sedang berjalan sepanjang pantai Pulau Pangkor, seorang pemuda terjumpa lampu tua. Ketika dia mengambil dan menggosoknya, seorang jin muncul.

"Baik, cukup sudah," kata jin itu. "Ini kali keempat orang menggangguku. Aku sangat marah dan aku hanya beri kau satu permintaan saja. Katakan apa yang kau mahu."

Pemuda itu berfikir, kemudian berkata, "aku selalu bermimpi pergi ke Hawaii, tetapi aku takut terbang dan aku memang mabuk laut di atas kapal. Bagaimana kalau kau buatkan aku jambatan ke Hawaii? Dengan begitu, aku boleh naik kereta ke sana."

Jin itu tertawa. "Jambatan ke Hawaii? Kau pasti bergurau? Macam mana nak buat konkrit ke dasar laut? Itu memerlukan terlalu banyak simen, dan tentunya terlalu banyak cerucuk. Itu sangat mustahil. Fikirkan permintaan lain."

Kecewa, pemuda itu berusaha keras untuk memikirkan permintaan lain.

Akhirnya ia berkata, "baiklah, aku punya keinginan lain. Semua wanita dalam hidupku berkata aku tidak peka dan romantik. Aku tidak tahu di mana kesilapanku.

"Baiklah, Satu permintaanku, adalah untuk memahami perasaan perempuan, Aku ingin tahu apa perkara yang boleh membuat mereka benar bahagia."."

Sepi seketika, kemudian jin itu berkata, "Ok, kau nak jambatan ke Hawaii itu berlorong dua atau empat?"

keh keh keh . . .

* Selamat pagi semua..Cerita ini telah dihantar oleh seorang rakan melalui email..Kepada wanita, jangan kecil hati yer..gurau-gurau di pagi hari..hehehe

Regards,
Strider-

15 comments :

  1. ish3..... memula baca agak blur la jugak.. hihi

    ReplyDelete
  2. Hahaha best juga kalau ada jambatan ke Hawaii boleh kita konvoi kesana hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaa... kalau mintak walkway sampai ke bulan pun, jin tu sanggup setelkan.

    tapi macamana situasinya kalau yang keluar tu jin perempuan? agaknya mau kena sepuk mamat tu angkara permintaan kedua tu...

    ReplyDelete
  4. haha.. hm.. jin tu pun xtw nk jawap pe tuh

    ReplyDelete
  5. even me myself pun susah memahami diri sendiri...let alone seorang lelaki. hehe. mmg mustahil. thank you jin for saying it out loud to the women out there.

    ReplyDelete
  6. amboii...jin ni very intelektual la...hahahahhaa

    ReplyDelete
  7. lawak jin ni la strider, pandai bergurau

    ReplyDelete
  8. Jin jenis pandai memikat juga tu.. penasihat yg bagus hehee.. :D

    ReplyDelete
  9. ahahaha nampaknya jin pun tak boleh bantu bila ia berkaitan perasaan wanita :D

    ReplyDelete
  10. Pandai jin ya..nama pun jin ya..tak membantulah....

    ReplyDelete
  11. hahahaha... nie jin tonjin ke or jin mata satu...

    ReplyDelete