Dengan keadaan ekonomi seperti sekarang sudah pasti ramai di antara kita yang mencari pendapatan sampingan. Kerja dari rumah merupakan salah satu pekerjaan yang semakin popular kerana ia boleh dilakukan dari rumah disamping masa yang di gunakan adalah flexibel.
Sebenarnya bukan semua jenis pekerjaan dari rumah yang menipu. Masih terdapat kerja dari rumah yang beroperasi secara jujur tapi kita harus berhati hati dengan tawaran yang diberikan. Berikut merupakan modus operandi dan nasihat dari PDRM tentang penipuan kerja dari rumah.
Modus Operandi
1. Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk menarik perhatian mangsa
2. Suspek menggunakan alamat palsu / tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
3. Orang yang tertarik boleh terus hubungi syarikat terbabit melalui telefon bimbit atau SMS
4. Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk mengirimkan borang pendaftaran
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
6. Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
7. Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri
1. Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS
2. Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia
3. Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4. Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan
Kegiatan ini merupakan teknik penipuan oleh sindiket untuk menjerat mangsa yang ingin mencari rezeki sampingan, suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga dan individu yang mudah tertarik dengan tawaran lumayan.Oleh itu kepada mereka yang berminat untuk mencari pendapatan melalui kerja dari rumah anda dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Regards,
-Strider-
terima kasih kerana mengingatkan.. berhati-hati dengan pihak yang mengambil kesempatan..
ReplyDeleteselalu golongan wanita lah yang jadi mangsa... tetapi lelaki pun kene berhati2 juga... :)
ReplyDeleteZaman sekarang ni nak membohong memang mudah. Kita perlu lebih berhati-hati terhadap kelicikan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
ReplyDeletepernah kena tipu dulu.suruh bayar dlu,bila dah buat pembayaran..call pun tak pernah nak angkat..
ReplyDeleteish mcm2 kan sekrg ni.. sana sini penipuan berlaku... kena lebih berhati2.. beringat selalu.. terima kasih sudi berkongsi... =)
ReplyDeleteyang masih boleh dipercayai sekarang ialah job di rumah kot..=)
ReplyDeleteaik.. nk mintak keje pun ada wang pendahuluan ke.. adoi.. mcm2 la org sekarang ni;..
ReplyDeletekena berhati-hati
ReplyDeleteskrg ni mcm2 taktik pnjhat guna untk tipu org lain.. kna berhati2.. btw, hrini licha kerja dari rumah sbb sakit mata.. hehe
ReplyDeleteOOOOooo macam tu rupanya perjalanan sistem kerja di rumah ni... senang sangat la nak tipu mcm tu.... tapi peliknya masih ada yang percaya...
ReplyDeleteramai yg bgth tu semua tipu.. dulu pernah jugak nak try buat tp nasib baik selidik dulu..
ReplyDeleteaah kan strider..ade byk jenis
ReplyDeletecuma kita kena berhati2
ade gak job dri rumah yg benar2 menjana pendapatan
Sekarang ni semua x leh pcy...kena hati2
ReplyDeleteAssalam tuan belog..
ReplyDeletesaya pernah berdepan situasi mcm ni. nasiblah saya buat research kat internet. dah banyak blogger buat entri tentang company tersebut. so, terselamatlah dari ditipu.. hoho..
Betul ti Strider..ramai yang nak ambil kesempatan kat luar sana..kena hati-hati..
ReplyDeleteperlu sentiasa berhati - hati ...
ReplyDeletememang banyak yang buat macam ni, dan ramai yang jadi mangsa,
ReplyDeleteminta dijauhkan laa,
dan kalau boleh,
berurusan saje laa dengan syarikat yang berdaftar,
kalau setakat sms2 ni jangan libatkan diri,
takut tertipu :)
Kerja dirumah dengan cara online pun ada jugak... depa nak deposit dalam mata wang USD... Teman cuma tengok entry follower blog teman jer... depa tu join... nampak macam menarik la... tapi asyik kerja je... bila pulak nak bercutinya... :d
ReplyDeleteMcm cara nak menipu.. x baik betullah mereka ni. Kemudahan yg ada digunakan utk keuntungan yg x baik.. penganiayaan namanya tu. Kena lebih berhati2.. Thanks sharing Strider.. :)
ReplyDelete