Saturday, November 30, 2013

#1278 - Peraturan Ketika Berkonvoi

Hye Readers,

Gambar Hiasan 
Terima kasih kepada mereka yang singgah membaca auto published entry aku semalam. Hujung minggu ini aku sedikit sibuk dengan komitmen lain dan mungkin entry aku tak sebanyak macam biasa. Sekarang ini musim cuti sekolah dan sudah pasti pelbagai aktivi dilakukan ketika musim cuti sekolah ini.

Salah satu aktiviti yang dilakukan ialah berkonvoi, dan bagi mereka yang menyertai kelab permotoran (motor/kereta) sudah pasti banyak aktiviti konvoi diracang oleh kelab anda ketika cuti ini. Tapi tahukah anda peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika berkonvoi?

Peraturan berikut aku ambil dari FB pages Polis Pahang, dan apa yang aku list down sebentar lagi adalah peraturan yang dikeluarkan oleh polis sendiri dan bukannya aku cipta sendiri. Berikut merupakan peraturan berkonvoi:-

1) Kebenaran Pihak Polis
- Kumpulan konvoi perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebulan sebelum aktiviti tersebut dijalankan;

2) Bidang Kuasa Marshall
- Tidak dinafikan Marshall dalam sesebuah konvoi mempunyai tugas tersendiri namun ketika berkonvoi Marshall , hanya dibenarkan memakai lampu kuning atau 'amber', selepas mendapat kelulusan JPJ; Marshal juga TIDAK boleh mengarahkan pengguna jalan raya lain untuk memberi ruang kepada mereka;

3) Fungsi Marshall
- Fungsi Marshal adalah untuk memastikan pergerakkan lalu lintas kumpulan konvoi bergerak mengikut kelajuan yang ditetapkan undang-undang seperti bergerak seiring dan memastikan tidak ada ahli kumpulan konvoi yang tersasar atau terkeluar dari pergerakkan kumpulan;

4) Aktiviti Awam
- Tidak dinafikan terdapat ahli konvoi terdiri daripada pegawai/anggota polis. Namun mereka tidak boleh bertindak sebagai penguatkuasa trafik kerana mereka adalah sebahagian daripada kumpulan konvoi dan tidak bertugas. Lagipun, ia sebenarnya aktiviti orang awam;

5) Amalkan Jarak Selamat
- Sebaiknya, sentiasa pastikan jarak kenderaan ketika berkonvoi, amalkan ciri-ciri keselamatan dan tidak melebihi had laju yang telah ditetapkan.

Selain daripada peraturan yang disebutkan diatas terdapat beberapa etika yang tidak tertakluk kepada undang-undang tetapi boleh dipatuhi oleh peserta konvoi sebagai satu kesedaran sivik mereka kepada masyarakat. Ia merangkumi aspek:- Memberi laluan kepada kenderaan awam yang lain (mungkin mereka ade kecemasan) dan bagi peserta konvoi motorsikal, elakkan menunggang secara beriringan ( sebelah menyebalah)

Walaupun aku bukan ahli kelab sukan permotoran atau yang jenis selalu berkonvoi, tetapi aku suka setiap kali tengok orang berkonvoi kerana ia nampak meriah.So far aku tak ada pengalaman yang tak best ketika berhadapan dengan peserta konvoi..Korang pulak cammana??

Regards,
-Strider-

18 comments :

  1. Konvoi basikal pernah la. Masa waktu kecik-kecik time cuti sekolah dulu. Hehe. Ramai-ramai kayuh basikal dari kampung keluar ke pekan Ipoh.

    ReplyDelete
  2. Lah.... Kena ada peraturan eh? hahahahhaa.
    Qila paling suka kalau ada game kelantan ;P

    Mesti ramai konvoi dgn bendera kelate dari kelate ke stadium ihihihi

    ReplyDelete
  3. betul bro.
    sekiranya nak berkonvoi biarlah dgn cara yg berhemah..
    x myusahkan pengguna jalan y lain..

    ReplyDelete
  4. kdg2 mrka yg berknovoi ni angkuh n ingat jln raya tu mrka yg punya. maklumlah polis traffik yg iringi mrka...

    ReplyDelete
  5. sekarang ni musim cuti ramai yang konvoi kenduri kahwin huuu, tapi ada guna marshall ke klu kenduri?
    apa2 pun, pling penting kita mengikut peraturan yang ditetapkan ketika berkonvoi...

    ReplyDelete
  6. Teman ada jugak menjadi ahli kelab permotoran nie. Cuma sekadar menjadi ahli biasa je. Setakat nie, tak pernah mengikuti sebarang aktiviti kelab lagi. Tujuan teman menjadi ahli hanyalah sekadar untuk mendapat info sahaja.

    ReplyDelete
  7. baru tahu konvoi perlu mendapat kebenaran dari pihak polis untuk berkonvoi.. yang nombor 2 tu selalu pernah tengok ada marshall (bukan semua) yang suka hati saja arahkan pemandu kenderaan lain untuk ke tepi dan memberi laluan kepada peserta konvoi..

    ReplyDelete
  8. Aktiviti berkonvoi ni mmg menyeronokkan tp ada juga yg berkongvoi ni menjadi raja di jalanraya.. mmg sepatutnya aktiviti ini perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu agar tiada aktiviti yg bersalahan berlaku. Berkonvoi biarlah berhemah & memberi teladan kebaikan di sepanjang perjalanan.. :)

    ReplyDelete
  9. ohoo.. mcm tu.. tak pernah join mana-mana konvoi.. tringin jugak sebenarnye uhu

    ReplyDelete
  10. so far x pernah lagi join mana2 konvoi yg serius macam ni.. takat ngan member2 konvoi pi kenduri tu pernah la.. hehehe

    ReplyDelete
  11. rasa macam dah comment kat entry ni..

    ReplyDelete
  12. ye setuju... nak berkonvoi paling penting keselamatan org ramai terjamin jugak.. tp sy x penah join mana2 aktiviti berkonvoi... huhu...

    ReplyDelete
  13. nak konvoi pun ada peraturan ye? hih.. baru tau

    ReplyDelete
  14. Idah pernah tengok marshal yang tahan kenderaan lain untuk bagi laluan pada konvoi mereka... kira itu salah la yer... ;]

    ReplyDelete
  15. Mmg kena ada peraturan...in case anything happend xde masalah nak selesaikan....paling penting kena ada polis dan marshall pas tu paramedic....

    ReplyDelete
  16. Bab jarak ni kadang-kadang tak berapa ikut sangat terutama motor. kalau orang depan ada problem jawabnya semua kat belakang terkena sekali.

    ReplyDelete