Monday, November 25, 2013

#1264 - Zed Zaidi Mencuci Tahi Orang

Hye Readers,



"Saya ibarat mencuci tahi orang lain". Itu merupakan luahan hati Zed Zaidi terhadap isu jawatan Presiden yang ditarik balik oleh mahkamah baru-baru ini (klik sini). Menurut Zed Zaidi, kesilapan kepimpinan Seniman sebelum ini menyebabkan berlakunya kemelut ini. 

Menurut berita yang aku baca dari Beautiful Nara, kenyataan Zed Zaidi itu diambil ketika Zed Zaidi tampil bersama lebih kurang 50 orang ahli Seniman yang lain di Finas untuk menjelaskan isu tersebut.Sebelum ini Seniman adalah di bawah kepimpinan Harun Salim Bachik.


Berikut merupakan antara petikan kenyataan Zed Zaidi yang aku baca melalui Beautiful Nara:-

*Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya. Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya

Aku tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mencuci tahu tersebut.Tapi memang aku tak dinafikan sejak dia memegang jawatan Timbalan Presiden Seniman lagi memang banyak isu diutarakan. Ade yang aku tidak setuju seperti isu cermin gelap untuk kereta artis (klik sini)

Tapi ade juga isu yang bagus dibangkitkan oleh Zed Zaidi nie seperti isu meminta Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar mendedahkan kemasukan artis-artis dari luar negara benar-benar mengikuti peraturan yang sah di negara ini. (klik sini)

Apa-apa pun aku harap Zed Zaidi tabah menerima keputusan mahkamah baru-baru ini dan jika para-para arits di bawah Seniman fikir dia layak untuk memegang jawatan sudah pasti mereka akan memilih semula Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. kesian jugak kat zz ni..
    lepas bayak usaha dia lakukan..
    walaupun aq x minat sangat dunia artis..
    kcuali ceita rcw kawin lebih 3 juta!! ha.ha..
    tapi nampak dia memimpin ok la.. drpda yg terdahulu..
    lantang bersuara :)

    ReplyDelete
  2. Hmmm..tak tau lah sapa yang salah sapa yang betul..dalam perjuangan kena ikhlas..bukan hanya kerna nama macam Ramli Sarip cakap...

    ReplyDelete
  3. 'mencuci taik' apakah maksudnya....
    hmm..bila mahkamah dah putuskan keputusan..apa blh buat..
    myb zed zaidi blh aktif berlakon balik mcm drama sembilu..pemes drama tu

    ReplyDelete
  4. rezeki masing2 kan, kalau tak jadi presiden sekalipun, boleh berbakti dengan cara lain juga :)

    ReplyDelete
  5. Semoga beliau tabah dan dipermudahkan jln dlm setiap urusan nnti... aamiin.

    ReplyDelete
  6. mmm... pada pendapat teman, Seniman perlu diterajui oleh golongan muda yang lebih berketerampilan... well, memang tak dinafikan, Zed Zaidi nie lebih aggressive jika bandingkan dengan kepimpinan lama... Seniman perlukan pemimpin yang boleh bekerja, bukan setakat pemimpin yang hanya mahukan jawatan.

    ReplyDelete
  7. kesian...penat buat kerja...jgnkan penghargaan..penganiayaan pulak yg dapat.

    ReplyDelete
  8. semoga beliau tabah menerima keputusan itu.. jika memang rezeki beliau pasti akan dilantik semula..

    ReplyDelete
  9. Geng-geng artis ni kalau berpolitik dalam persatuan pun boleh tahan jugak perangainya. Ada je pe'el pelik-pelik akan muncul waktu berebut jawatan.

    ReplyDelete
  10. akak pun kurang jelas maksud kata2 tu...tapi yg pasti mestilah rasa kecewa. Jawatan yg disandang selama ni hilang sekelip mata.

    ReplyDelete
  11. Asyik kemelut berpanjangan... bila nak maju?

    ReplyDelete