Saturday, November 2, 2013

#1220 - Illuminati Dalam Hollywood.

Hye Readers,



Lama aku tak bukak cerita pasal conspiracy theory aku. Jadi, untuk kali ini aku nak sambung cerita pasal agenda Illuminati untuk menyambut kedatangan Dajjal. Dalam entry aku yang lepas, aku ade sebut bagaimana minda kita dikawal oleh golongan ini melalui filem dan berita. (Klik Sini)

Bagaimana Illuminati menceboh industri hiburan?Mereka tidak akan secara terang-terangan mengajak kita untuk menerima agenda mereka tapi mereka akan cuba mempengaruhi minda kita dengan hiburan yang cuba disampaikan.

Mereka akan membentuk sebuah syarikat pelaburan kecil yang memberi tabung kepada filem-filem dengan idea-idea yang mereka mahukan. Sekaligus penerbit-penerbit yang ade akan menerbitkan filem yang akan membawa mesej daripada golongan ini.

Mesej mereka ialah jelas, untuk memburukkan umat islam dan melebel umat islam sebagai pengganas dan menerima Amerika sebagai sebuah negara penyelamat. Cuba perhatikan drama/filem yang dihasilkan sejak 10 tahun lepas, ada tak elemen-eleman ini?

Mesej ini bukan ditanam hanya untuk orang dewasa sahaja tapi mula ditanam melalui minda kanak-kanak. Sebagai contoh, cuba korang perhatikan berapa banyak kartun yang diterbitkan oleh Walt Disney yang menjadikan bertemakan pemujaan dan kuasa-kuasa luar biasa?

Aku ambil contoh filem ketika aku kanak-kanak iaitu cerita Aladin iaitu sebuah cerita mengenai seorang lelaki arab yang mengharapkan bantuan daripada jin. Sedangkan kita dididik supaya hanya meminta kepada Allah s,w.t.

Banyak lagi contoh-contoh yang aku boleh sertakan tapi kalau korang baca mungkin sampai esok baru habis. Jadi buatlah penilaian sendiri berdasarkan apa yang aku telah beritahu. Adakah korang nak menerima mesej  yang disampaikan melalui filem secara bulat-bulat atau korang nak buat penilaian sendiri?

Aku merupakan seorang peminat cerita Hollywood tetapi aku tak pernah menerima apa-apa mesej yang cuba disampaikan. Mungkin ada yang berkata aku terlalu taksub kerana mengaitkan illuminati dengan filem tapi adakah aku yang taksub atau orang terbabit sudah terpedaya dengan agenda Illuminati?

p/s: Lepas ini aku kaitkan pulak Illuminati dengan industri muzik.

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. Nice information bro.. Selama ni pun aku tgk filem tapi x sedar pun the msg yg cuba disampaikan.. Every movie has their subliminal messages.. X kira dari segi gambaran atau fikiran..

    ReplyDelete
  2. husna taw sikit je ciri2 iluminati nih, so bila tgk filem holywood tak semua husna dapat detect..huhu..

    ReplyDelete
  3. sy bukan peminat filem2 hollywood. Cuma selalu layan tv series je, tu pun yg biasa2 dekat AXN. music lagi lah tak minat.

    ReplyDelete
  4. Boleh puji sebab mereka sangat kreatif sebarkan agenda sesat. Jangan terkejut kalau orang Islam yang kurang didikan asas agama mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  5. Sy amat bersetuju dgn apa yg ditulis.. mmg benar, agenda mereka masuk secara yg amat halus tanpa terjangka oleh minda kita jika tidak diperhatikan secara ilmiah.. T kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete