Saturday, November 2, 2013

#1218 - Israel Serang Syria Lagi

Hye Readers,

Pesawat Israel
Pesawat Israel Berlepas Untuk Serangan Terbaru
Konflik di Syria nampaknya tidak mendatangkan keputusan yang memberangsangkan. Sebenarnya aku baru lepas membaca satu entry di mana seorang pasangan yang baru berkhawin tetapi terpaksa berperang kerana tidak tahan dengan penindasan dibumi syiria. Korang boleh baca kisah selanjutnya di blog KL-Bloggers

Tadi pula aku terbaca di laman web BBC yang seorang pegawai Amerika Syarikat berkata Pesawat Israel telah menjalankan serangan udara berhampiran Latakia iaitu sebuah bandar pantai berhampiran Syria. Latakia adalah kubu kuat Presiden Syria Bashar al-Assad

Serangan ini dipercayai menjadi serangan Israel yang keenam di Syria pada tahun ini dan pihak Israel tidak mengulas lanjut mengenai operasi tersebut. Pegawai Israel telah berulang kali berkata ia akan bertindak jika ia berasa  terdapat senjata  konvensional atau kimia yang telah dipindahkan kepada kumpulan-kumpulan militan di rantau ini, terutama Hezbollah.

Syria telah diberikan tempoh sehingga pertengahan 2014 untuk memusnahkan senjata kimia miliknya. Seperti kita semua tahu, ini hanyalah satu sandiwara dan alasan lapuk yang digunakan oleh Israel dan sekutunya Amerika untuk menceroboh sesebuah negara.

Berita ini panjang lagi sebenarnya. Tapi itulah isi penting serangan Israel terhadap Syria yang terbaru. Kalau korang berminat untuk membaca lebih lanjut, korang boleh baca di laman web BBC News

Regards,
-Strider-


4 comments :

  1. Bro... Israel will never stop attacking until Arab league bersatu dan serang habis-habisan... Ituje jalan nak musnahkan Israel yang laknat ni....

    ReplyDelete
  2. Tak habis2 dorang ni kacau negara lain..

    ReplyDelete
  3. yeah, sampai bila2 pun israel akan tetap bermusuh dgn kita

    ReplyDelete
  4. Mmg itu yg dia orgnk sgt2.. nk hancurkan selebur2nya klu boleh...

    ReplyDelete