Saturday, November 23, 2013

#1260 - Review Filem: Kisah Paling Gangster

Hye Readers,


Minggu lepas aku sempat untuk menonton wayang bertajuk "Kisah Paling Gangster" lakonan Shaheizy Sam.. Kalau tengok dari poster cerita ini macam best jugak untuk ditonton.Jadi sebelum aku bagi personal personal review aku meh baca dulu sikit pasal sipnosis cerita ini.

Remy (Shaheizy Sam)seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar..

Sebenarnya bagi aku cerita ini kurang kemas walaupun idea untuk filem ini menarik. Filem ini tidak terlalu serius dan ade part kelakar. Aku rasa the best part bagi filem ini adalah pada part kelakar sahaja. Dari segi kesan bunyi memang tak masuk akal langsung,

Jalan penceritaan yang dipaparkan sedikit berterabur.Walaupun filem ini mengandungi unsur "twist" di penghujung cerita tapi aku tidak dapat menghayati sepenuhnya. Nasib baik para pelakon dalam cerita ini dapat menghayati watak yang diberi..

Overall kalau korang rasa tak ada movie nak tengok, cerita ini boleh laa dijadikan sebagai salah satu pilihan. Walaupun teruk tapi aku pernah tengok filem yang lebih teruk dari ini.

Rating: 2.7/5

Regards,
-Strider-

16 comments :

  1. Hehehe.. Aku da agak dah... To me bro, Malaysian film's journey is still way too long to achieve something like Hollywood-) my 2 cents..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak menonton di panggung, idok la teman.... sebabnya, teman tak berminat nak menonton cerita Bertemakan gangster nie....

    ReplyDelete
  3. tu la
    tgok previe pun dah tak best..
    memng x tgok la..
    rasanya cerita melayu yg best.. filem kill

    ReplyDelete
  4. Lama jugak aku tak review filem ni.

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ye.. apapun ini bukanlah kisah paling gangster yg paling teruk kan huhu.. thanks sharing Strider.. :)

    ReplyDelete
  6. Kesian Sam...selalu dapat filem yang tak berapa nak ok...nasib baik dia ok..

    ReplyDelete
  7. Yang part sembelih orang tu buat aku tertarik dengan filem ni.

    ReplyDelete
  8. ika belum pernah tengok lagi ni, busy amat tak sempat nak tengok wayang haha

    ReplyDelete
  9. tu la.. tengok trailer dia pun dah macam best dah...

    ReplyDelete
  10. Idea filem nampak macam menarik. Tapi kalau berterabur, aku pun rasa malas nak tengok. Takut macam filem 'Kongsi' sebelum ni. Plot-plot dia banyak berlubang.

    ReplyDelete
  11. Hmm.. Citer lawan2 gini bg impak yg bsr pd ank2 remaja yg sdg mngkat dewasa.. Diorg msh x mtang nk fikir baik buruk dlm filem.. Diorg tahu seronok.. Jadi mmg byk ksn buruk dr baikny filem gini..

    ReplyDelete
  12. Filem Malaysia ni mcm satu trend lak... bila citer gangster...semua pengarah berlumba2 buat citer gangster...kalau time citer seram...sampai semuanya citer seram hinggakan penonton naik muak lak

    ReplyDelete
  13. skrg ni byk filem kira untung je. end product tak npk kualiti sgt pon. huhu

    ReplyDelete
  14. semoga ada penambahbaikan terhadap filem sebegini selepas ini..

    ReplyDelete