Thursday, November 14, 2013

#1246 - Mengapa Lelaki Curang

Hye Readers,

curang, kecewa, masalah rumahtangga


Entry aku kali ini bukan nak back up kenapa ade sesetengah lelaki curang dalam perhubungan tapi lebih kepada untuk menyampaikan fakta berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang kaunselor iaitu  M. Gary Neumann yang telah membuat kajian terhadap 200 suami untuk mendapatkan maklumbalas tentang kecurangan seorang lelaki.

Hasil kajian mendapati 48% lelaki curang terhadap pasangan kerana rasa tidak puas hati  dari segi emosi dan menjadikan alasan ditipu sebagai sebab utama. Apa yang mereka mahu ialah supaya dihargai oleh isteri-isteri dan mereka mahu wanita untuk memahami bagaimana susah mereka cuba untuk mendapatkan perkara yang terbaik untuk isteri mereka.

68% daripada lelaki tidak pernah terfikir untuk menjadi setia, dan hampir semua daripada mereka berharap agar mereka tidak pernah curang. Neumann berkata rasa bersalah sebenarnya tidak cukup untuk menghentikan seorang lelaki dari curang. "Lelaki mempunyai kawalan yang baik terhadap perasaan serba salah ini," Neuman menerangkan. "Mereka boleh simpan kepada perasaan itu dulu dan berhadapan denganya kemudian."

77% peratus lelaki yang curang akan mempunyai kawan yang curang juga. Melepak bersama  kawan yang begitu akan membuatkan curang itu kelihatan biasa dan nampak tak salah. Lelaki itu juga akan menerima mesej dia separa sedar memberitahu dirinya sendiri: "Kawan saya adalah seorang lelaki yang baik yang kebetulan menjadi curang pada isterinya". dan itu dianggap tidak salah.

Itu merupakan 3 sebab tertinggi kenapa seorang lelaki boleh curang dengan pasangannya. Sebenarnya curang itu sendiri merupakan satu aktiviti yang tidak sihat. Aku menulis ini pun berdasarkan dari apa yang aku baca plus pengalaman orang-orang yang dekat dengan aku. Namun aku rasa mungkin ada beberapa benda elok yang boleh kita ambil dari kajian ini.

Regards,
-Strider-

Sumber: WebMD

18 comments :

  1. Kesimpulannya : Peratus terbanyak adalah pengaruh dari kawan2 sekeliling bermaksud juga jatidiri yang lemah, yang kedua tertinggi adalah tidak pernah terfikir untuk setia sekadar berharap tanpa usaha.. dan 48% mencari tempat melepaskan perasaan yg etc..etc...

    ReplyDelete
  2. hurmmm, takde pulak encik neumann ni jumpa saya buat survey... hehe

    ReplyDelete
  3. bahaya tu.. tak kira lelaki atau wanita, elok bertanggungjawab terhap orang yang anda sayang..

    ReplyDelete
  4. lelaki tidak perlu alasan untuk curang. dan kerana itu, lelaki boleh kawen 4. Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  5. Curang is not a mistake
    Is a choice
    Baik laki atau perempuan
    sama je

    ReplyDelete
  6. Ahhhhh sensitip hokay dengan topik lelaki curang ni. Tambah lagi bila dia menipu. Ahhhhhh.

    ReplyDelete
  7. Ada betulnya juga.. tarikan & respond dari wanita lain pun menjadi penambah faktor menyumbang kpd curang ini kan.. wallahualam..

    ReplyDelete
  8. moral value :
    wanita perlu lebih memahami lelaki seperti lelaki cuba memahami wanita, tetapi lelaki juga harus beri ruang dan kesempatan untuk wanita tersebut memahaminya, amboiii, rasa poyo lak komen camni hukhuk
    tapi apa pun sebenarnya, terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita tu dengan sepenuh hati dan ikhlas, insyaAllah takkan timbul kut alasan untuk curang ni :)

    dan
    pilih laa kawan yang betul, jangan pilih kawan yang tak "betul" sehingga terpengaruh lalu memudaratkan hubungan kekeluargaan kita dengan pasangan.

    ReplyDelete
  9. macam mana perangai kita , camtu jugalah perangai kawan kita . jangan sampai terikut perangai yg tak elok ...

    ReplyDelete
  10. tak suka la lelaki curang..huhuhu benci! hahaha

    ReplyDelete
  11. curang? ahh... tak suka... dulu ada pengalaman mcm ni.. sakitnya hati bila diduai... huhuhu... bg sy kan, kalo ada masalah baik berbincang cara elok.. perbaiki yg mana kurang.. jgn jadikan smua ni alasan utk curang.. kalo tak, sampai ke mana & bagaimana pengakhiran sesebuah hubungan tu? betul tak? hihi..

    ReplyDelete
  12. bukan masalah lelaki je.. perempuan pun ada jugak yg curang. hehe

    ReplyDelete
  13. bila dah start biar sifat tak jujur (curang) tu bertapak dalam diri payah nak buang nanti....

    ReplyDelete
  14. no comment, ada pro and contra..SA sendiri jadi mangsa perceraian bukan sebab curang tp diceraikan atas sebab kerjaya...kerjaya dan pendapatan SA lagi lumayan dari bekas suami tanpa alasan SA diceraikan...

    ReplyDelete
  15. I think it's a choice bro.... and it depends on the person. You have to learn how to appreciate and be appreciated because you are not going to find happiness if you keep on curang and curang to other people.

    ReplyDelete
  16. Sama jer sebenarnya... lelaki ataupun perempuan akan mengalami situasi yang sama, dan kemungkinan sama2 akan berlaku curang...

    ReplyDelete