Thursday, November 28, 2013

#1271 - Mencuri Kerana Terdesak

Hye Readers,



“Saya mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana terdesak, selain dianiayai rakan. Itu merupakan pengakuan oleh seorang lelaki yang di dapati bersalah oleh Mahkamah kerana mencuri. Berita tersebut disiarkan oleh Sinar Harian

Tertuduh mengaku bersalah telah mencuri satu unit Sony PS2 Console-controller; satu unit Xbox 360 slim 4 GB Console-controller; satu unit WII-GS-Korea WII Game set Korea VER Console-WIImote-Nunc; satu unit TV LCD Samsung 32 inci dan dua unit Government integrated Radio Network (GIRN) milik pejabat Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di Jalan Air Jernih.

Apa yang membuatkan aku pelik, tiada satu pun barang yang dicuri itu menunjukkan dia terdesak. Jika dia dianiaya oleh rakan itu lebih sesuai. Aku pernah terbaca tentang seorang lelaki yang terpaksa mencuri susu formula kerana terdesak dan bagi aku, itu adalah tindakkan yang terdesak.

Terdesak atau tidak, mencuri itu tetap salah. Kalau kita mempunyai masalah, kita sepatutnya meminta pertolongan dari orang lain daripada mencari jalan senang dengan mencuri. Hopefully, tertuduh berasa menyesal dengan tindakkannya dan tidak mengulanginya lagi...

Regards,
-Strider-

11 comments :

  1. terdesak? terdesak nk tgk tv n main game ke ape tu? ish.. dorg ni wat terdesak tu mcm tiket untk melakukan kesalahan je..

    ReplyDelete
  2. kalau dah selalu mencuri sangat..memang pencuri la jawabnya..tapi kalau terdesak sangat, masih boleh di bawa berbincangkan?

    ReplyDelete
  3. salah nih, mencuri tak patut cam tuh

    ReplyDelete
  4. apa-apa pun mencuri itu tetap menjadi satu kesalahan..

    ReplyDelete
  5. bukan tu semua barang2 game ke? takkan terdesak nak main game kut? --'
    apa pun, tunggu jela apa hukuman yang bakal dikenakan kepada lelaki ni...
    yup betul, mencuri tetap salah, banyak lagi jalan lain kalau tengah susah atau terdesak

    ReplyDelete
  6. Tak nampak macam terdesak pun... Apapun itu cuma alasan dia? Biasanya orang boleh buat bermacam alasan. Kadang-kala ada alasan yang tidak masuk akal langsung...

    ReplyDelete
  7. terdesak nak jual dapat duit kot.
    sbb kalau bnda yg dia curi tu pon ada nilai.

    ReplyDelete
  8. Terdesak sbb tengok ps2 & xbox tu huhu.. :D

    ReplyDelete
  9. ha ah.. curi barang yg tak macam terdesak pun..

    ReplyDelete