“Kalau pelantikan saya ini menyebabkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tidak mahu bekerjasama dengan jawatankuasa ini jadi saya secara sukarela berundur,” Itu lah kata-kata Tan Sri Anuar Musa yang dipetik dari laman web Harian Metro hari ini.
Tan Sri Anuar musa berkata, dia tidak mahu kemelut pelantikannya sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara berpanjangan.Isu pelantikan Annuar itu dipersoalkan memandangkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dilarang menyertai sebarang aktiviti bola sepak sehingga Oktober tahun depan.
Kalau korang nak tahu Tan Sri Anuar Musa telah digantung selama 30 bulan daripada menjalani sebarang aktiviti berkaitan bolasepak selepas didapati bersalah oleh FAM kerana melanggar Artikel 88 dan FAM bersedia merujuk kes itu kepada AFC dan FIFA biarpun dari pihak Kementerian Belia dan Sukan ia tidak menyalahi peraturan.
Tan Sri Anuar Musa berkata dia dilantik atas kapasiti sebagai ahli parlimen, bukan atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden yang digantung atau Presiden KAFA. Seperti yang korang tahu, isu bola sepak juga dibangkitkan di parlimen baru-baru ini . Sama ada itu diambil kira sebagai aktiviti bola sepak oleh FAM atau FAM “over sensitive” sampai melihat di luar skop, itu adalah pendirian FAM.
Aku rasa kepimpinan FAM nie sebenarnya tidak bersikap terbuka dalam membangunkan bolasepak Malaysia. Mungkin FAM ada cara tersendiri untuk membangunkan bolasepak Malaysia tapi melihat pencapaian 10 tahun yang lepas, aku tak rasa banyak perubahan yang dilakukan.
Walaupun tak banyak yang boleh aku lakukan tapi sebagai peminat bolasepak aku akan terus memberi tekanan pada FAM sehingga aku nampak perubahan terhadap kepimpinan FAM.
Regards,
-Strider-
kadang dah x paham dgn konfik yg melanda ni!! :(
ReplyDeleteHarap yang terbaik..
ReplyDeleteFAM sememangnya perlu diperbetulkan.. dah lama sgt & bnyk kos yg merugikan negara jika permasalah ini berterusan...
ReplyDeletesaya tak tahu nak kata apa ater macma tarik tali sahaja.apasaya sokong team untuk kebaikan jangan pecah belah team sudahlah
ReplyDeleteerrr ika tak tahu apa2 pasal ni, so tak leh menyampuk hewhew
ReplyDeleteKadang2 dorang ni pentingkan diri sendiri... jika perlantikan untuk memajukan sukan apa salahnya... jangan takut lakukan perubahan.
ReplyDeleteFAM tak profesional la klu camtu
ReplyDeleteakak nak komen tak faham sangat.. hehe.. apa-apa pun, semoga semuanya diselesaikan secara baik..
ReplyDelete