Monday, November 25, 2013

#1262 - [SAH] Kontrak Rajagopal Tidak Disambung

Hye Readers,



FAM akhirnya telah mengumumkan bahawa kontrak rajagopal yang berakhir pada 31 Disember 2013 tidak akan disambung. Dalam sidang media, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata selepas diteliti, pihaknya sepakat untuk menyambung kontrak Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda untuk tempoh yang akan ditentukan kemudian, namun nasib sebaliknya bagi Rajagobal.

Benda ini bukan la stu keputusan mengejut jika diambil kira prestasi pasukan kebangsaan sekarang. Jika proses pemilihan jurulatih baru mengambil masa lama, Kim Swee diberi amanat untuk mengetuai pasukan untuk perlawanan dengan Yaman, Mac depan

FAM juga masih dalam proses memilih jurulatih baru, sama ada jurulatih import atau tempatan ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. Lebih 30 calon yang FAM ade jika merujuk kepada kenyataan , Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin  pada September lalu (klik sini)

Salah seorang daripada calon tersebut ialah bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun, Philippe Troussier, yang membantu pasukan jepun mara ke pusingan kedunia Piala Dunia 2002 ketika Jepun menjadi penganjur bersama dengan Korea Selatan.

Antara nama lain yang disebut-sebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan yang kini membimbing pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Selamanya Harimau Malaya

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. apabila sesuatu perkara itu tidak menjadi atau tidak kena..sekali sekala kita perlukan perubahan.. jd terima la dgn hati yg terbuka, harap lepas ini ada perubahan...

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak cakap pasal bola.. hehe.. singgah follow sini.. #491 :)

    ReplyDelete
  3. kita cuba bagi orang lain pegang pulak la hehe

    ReplyDelete
  4. moga2 makin maju bola sepak lepas nih :)

    ReplyDelete
  5. ermmm......no komen hehehe
    kontrak da abis nak buat macam mana kn.. :)

    ReplyDelete
  6. ahahaha gambar rajagopal kat atas tu kelakar pula ika baca dialog hewhew *out of main topic*

    ReplyDelete
  7. Biar apa pun org buat kt dia..dia ttp Raja huhu.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. semoga dapat pengganti yang lebih baik seleaps ini..

    ReplyDelete