Sunday, November 3, 2013

#1222 - Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Hye Readers,

Foto Berita Harian

Hari ini negeri Pahang mencatatkan kenangan manis apabila pasukan bolasepak mereka muncul sebagai juara Piala Malaysia yang kali terakir dimenangi oleh mereka pada tahun 1992 dengan menewakan pasukan Kelantan 1-0 di stadium Shah Alam malam tadi.

Penyerang pasukan Pahang, Matias Conti berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-59 sekaligus menewaskan penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat. Walaupun Kelantan cuba bangkit namun ia dikecewakan oleh benteng pertahanan Pahang yang cukup berdisiplin.

Kepada rakyat dan penyokong Pahang tahniah aku ucapkan dan kepada penyokong Kelantan pula jangan terlalu bersedih atas kekalahan ini kerana Kelantan juga bermain dengan agak baik, cuma mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.

Regards,
-Strider- 

14 comments :

  1. Game semalam mmg 50-50 sy rasa, sama2 bermain dgn kualiti permainan yg baik cuma kelantan tak bernasib baik je..tahniah Pahang!

    ReplyDelete
  2. hehe.. Sedih kawe Kelate x juara.. Gomo Kelate Gomo!!

    ReplyDelete
  3. aku ada dengar gosip awal musim hari tu daripada seorang coach liga kat sini. diorang dah setting jdt kedua liga super (tapi kongsi mata pulak dengan selangor) supaya dapat masuk afc cup, kelantan menang piala FA, pahang pulak piala malaysia. mula2 macam tak percaya...

    ReplyDelete
  4. saya tgh keciwa lagi ni.. hehehe
    apa2 pun, tahniah buat pasukan pahang..

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan percubaan, rasanya banyak lagi percubaan-percubaan yang merbahaya yang dibuat oleh Kelantan berbanding Pahang. Memang dah rezeki Pahang malam tadi jadi juara.

    ReplyDelete
  6. pengokong klate jangan sedih hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah buat pahang atas kemenangan semalam
    hop hop horrey!
    isi tabung nuffnang sini-inti international university

    ReplyDelete
  8. x reti sangat pasal bola tapi bila tengok perlawanan semalam memang sengit jugak la.. saya pulak yg nebes padahal sy bukan orang kelate mahupun pahang.. hihihi

    ReplyDelete
  9. Rasanya Kelantan main tidak seperti biasa. Mungkin penat tak habis lagi.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada pasukan dan penyokong pahang. Rasanya memang layak untuk menang.

    ReplyDelete
  11. Tahniah kpd pasukan Pahang & syabas juga kpd Kelantan diatas semangat juang kesukanan yg tinggi..

    ReplyDelete
  12. tahniah pahang.... bukan senang nak dapat tu...

    ReplyDelete