Saturday, November 23, 2013

#1259 - Hot Fm Penipu & Penjelasan Dari Hot FM

Hye Reader,

Malam semalam stesen radio no 1 Malaysia Hot FM telah mencetuskan satu kontroversi gara-gara peraduan melalui twitter Hot FM Sejuta yang menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah. Sebenarnya apa yang terjadi? Berikut merupakan kronologi kes tersebut.

Pemenang berjaya menjawab dalam masa 60 saat.

1. HOT FM buat contest

2. So ada budak ni dapat menjawab soalan yang diberikan tapi ia bercanggah dengan jawapan yang ade di wikipedia tentang tarikh Hot FM mulakan siaran.

3. Issue bertambah panas apabila akaun twitter account pemenang tu baru create 3 hari yg lepas, so peminat yang lain merasakan bahawa akaun  tebabit adalah FAKE dan orang-orang HotFM saja create akaun tu.

4. Tu yang kecoh tak tentu pasal sampai trending #HotFMPenipu

Ini pula penjelasan rasmi dari pihak Hot FM yang dipetik melalui laman web rasminya.

Click to Enlarge

Hot FM menjelaskan yang mereka menajalani ujian transmisi pada 15 Januari hingga 5 Februari 2006 dan mula bersiaran secara rasmi pada 6 Februari 2006. Untuk makluman wikipedia menyenaraikan tarikh siaran rasmi Hot.fm pada 5 Febuari 2006.

Tipu atau tidak tiada siapa dapat mengesahkan kerana seriously, siapa ingat tarikh Hot FM mula beroperasi. Apa yang pasti peraduan ini telah mencalarkan sedikit reputasi Hot Fm berdasarkan tweet peminat Hot FM yang aku baca.

Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. Nmpak biase tapi the impact is very huge bro..

    ReplyDelete
  2. owh.. ada juga follow twitter hot fm, tapi jarang buka twitter.. heheh

    ReplyDelete
  3. Mmm... teman tak ada akaun twitter... tapi tahu la berkenaan contest nie... apa di heboh sangat... publish je sapa pemenang tu.... lagi, tiada peraturan berapa lama akaun twitter perlu di buka sebelum memasuki pertandingan tu kan...

    ReplyDelete
  4. Perkara mcm ni walaupun HotFM x salah, tp sedikit sebanyak mencalarkan juga reputasinya.. yg buruk ni slalunya org akan ingat walaupun x betul.. wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Hmmm....seriously not good for themmm...nampak macam ada unsur kurang enak disitu..Allahhualam

    ReplyDelete
  6. Kalau buat kuiz di FB lagi hangat. Kesian Hot FM dah la FBI pun dah pergi.

    ReplyDelete
  7. ohooo.. tak tau pon kes ni hihi.. mungkin sbb acc tu baru sgt kot.. tu yg org xcaye..

    ReplyDelete
  8. isu kecil boeh menjadi besar hanya kerana salah faham.. semoga isu ini diselesaikan dengan baik..

    ReplyDelete