Monday, November 11, 2013

#1238 - Misi Mencari Joeomar Omar

Hye Readers,

Dikehendaki oleh pihak Polis
Semalam hasil maklumat orang awam serta intipan pihak polis telah berjaya memberkas Ardi Hamzah yang merupakan suspek utama kes pembunuhan pegawai Ambank. Hari ini akhbar-akhbar utama pula melaporkan yang pihak polis sedang mencari lagi seorang suspek yang bersubahat dengan Ardi Hamzah.

Identiti suspek kedua itu adalah Joeomar Omar (gambar) dan melalui apa yang aku baca dari blog Mazidul, suspek menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Osman bin Salleh (840713-12-5207) dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad yang digunakan tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan Mazidul juga berjaya mendapatkan maklumat dan gambar supek melalui laman FB miliknya,Status facebooknya juga tidak dikemaskini sejak 23 Oktober iaitu tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati.

Menurut laporan, Joemar yang juga warganegara Indonesia disyaki menyimpan wang hasil rompakan itu dan juga merupakan dalang bagi kes romapakkan tersebut.,

Jadi marilah kita bersama-sama membantu pihak polis dalam mengesan suspek kedua ini kerana kita tidak tahu apa yang sanggup dilakukan demi untuk menyelamatkan diri. Jika anda terlibat kelibat suspek, sila hubungi balai polis berdekatan.

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. kena ingat muka dia betul - betul nih ...

    ReplyDelete
  2. Jngn biarkan terlepas... Marilah kita bersama berdoa agar dipermudahkan pihak berkuasa menangkapnya.. aamiin..

    ReplyDelete
  3. tangkap la secepat mungkin...jangan biar dia bermaharajalela

    ReplyDelete
  4. sepandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah juga..

    ReplyDelete