Wednesday, November 27, 2013

#1270 - Safee Sali & Nazri Ahmad Tidak Professional.

Hye Readers,

Professionalism sebenarnya penting dalam hidup. Lebih-lebih lagi jika dalam usaha kita untuk mencari rezeki. Dari seorang penjual nasi lemak sehingga Pengarah Kumpulan sesebuah syarikat sikap Professionalism amat penting kerana ia yang membezakan sama ada dipandang tinggi atau tidak.

Sebenarnya aku tak nak sentuh kerana aku anggap ianya kes terpencil. tapi apabila kes baru terjadi, aku rasa aku perlu luahkan pendapat aku sebelum budaya ini merebak kepada semua pemain bola sepak Malaysia

Kes yang aku katakan ini adalah kes 2 pemain bola sepak yang berjanji untuk bermain dengan selangor tetapi akhirnya menukar haluan apabila ade kelab lain yang menawarkan gaji yang lumayan. Itu semua hak mereka tapi bagi aku, mereka tidak bersikap professional dalam kes yang berlainan

1) Safee Sali



- Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, penyerang kebangsaan itu telah menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Selangor dalam pertemuan dengannya dua minggu lalu, sebelum menukar fikiran pada saat akhir. (klik sini)

- Walaupun sedar Selangor tidak mampu menawarkan kontrak sebesar JDT, Safee Sali dikatakan telah bersetuju secara lisan dan mengambil wang pendahuluan sebelum mengambil tindakan kekal di JDT dan tidak mentandatangani kontrak seperti yang dijanjikan.

- Dari segi undang-undang memang tiada apa yang boleh dilakukan kerana tiada hitam putih antara Selangor dan Safee Sali. Dalam kenyataan berasingan, Safee Sali menafikan dakwaan tersebut.

2) Nazri Ahmad



-Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan mengemukakan aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan bekas pemain Johor Darul Takzim (DT) Nazri Ahmad yang dilaporkan sudah menyertai Kelantan untuk saingan Liga M musim depan. (klik sini)

- Aku tak tahu budak umur 23 tahun nie tahu tak yang mengikat kontrak untuk 2 pasukan yang sama adalah salah. turut berdepan dengan denda dan penggantungan seandainya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM.

Kesimpulanya

Paling sedih sebenarnya kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang berasal dari selangor dan aku tidak menyalahkan JDT ataupun Kelantan kerana keputusan muktamad terletak pada tangan pemain. Aku tak rasa JDT dan Kelantan paksa dorang bermain dengan mereka.

Sebenarnya kedua-dua pemain ini bukan berada dalam prestasi yang terbaik pun. Niat Selangor memancing mereka pun adalah kerana mereka merupakan anak Selangor dan ingin memberi peluang untuk mereka menabur bakti di negeri sendiri.

Aku harap agar mereka tidak akan bermain dengan Selangor lagi sampai mereka pencen. Aku juga tidak akan memandang mereka sebagai seorang pemain yang professional walaupun pandangan aku tak penting sebenarnya..hahahha

Regards,
-Strider-

12 comments :

  1. Hmmm...Prestasi Shafee memang teruk pun..I am sure Selangor nak bagi peluang kat dia...Susah jugakkan apabila RM jadi taruhan..Professionalism taruk tepi...Janji masyuk...

    ReplyDelete
  2. memang nampak kurang profesional kedua-dua mereka..

    ReplyDelete
  3. pening jugak kan kalau macam tu..apa-apa pun harap mereka dapat bersikap lebih professional slps ni..

    ReplyDelete
  4. Aduii.. mcm2 perangai.. memalukan..

    ReplyDelete
  5. alamak pasal bola2 ni tak terkata laaa~ huuu

    ReplyDelete
  6. Bagi pendapat saya, pemain yang melanggar contract perlu dikenakan hukuman atau denda yang setimpal. Sekurang-kurangnya tindakkan mereka ini tidak akan merosakkan sukan bola sepak Malaysia

    ReplyDelete
  7. pandangan saya.. badan yang mengawal/ menyelia pemain-pemain ini seharusnya bertindak jika kes2 in berlaku, jika tiada tindakan, maka kes2 seperti ini akan berulang, dan pemain tidak akan serik,.. bila dah kene sorang yang lain dah tahu hukuman nya dahn tidak akan buat lagi... jika mahu taraf bola sepak kita meningkat, maka pihak pengurusan teringgi juga perlu berubah... #sayasayang pasukanbolasepakmalaysia

    ReplyDelete
  8. bile duit di depan mata.. kabur la pandangan..

    ReplyDelete
  9. no komen.. hehehe.. bab2 bola ni x pandai sangat..

    ReplyDelete