Wednesday, November 6, 2013

#1227 - Dirasuk Ketika Menonton Filem Highland Tower

Hye Readers,

Baru-baru ini aku ade buat entry bertajuk Review Filem Highland Tower yang diterbitkan oleh MIG Production. Itu merupakan personal review aku dan hari ini satu video telah dimuat naik di youtube dimana seorang wanita dikatakan telah dirasuk ketika menonton filem ini (Klik Sini).

Footage ini juga telah dimuatnaik melalui page Vyrec di facebook dan kalau ko tanya aku memang aku akan kata benda ini hanya sekadar promosi. Bukan niat nak menjatuhkan filem tempatan tetapi just nak bagi clear picture kepada penonton. Jadi mari kita tengok beberapa komen menarik yang aku amik dari page Vyrec.

Komen dari facebook
Persoalan aku kali ini bukan nak memburukkan filem ini tapi aku lebih nak mendapatkan feedback dari korang. Sejauh mana kepercayaan korang terhadap insiden ini? Makhluk halus memang wujud dan tak dinafikan tetapi adakah dengan menonton filem yang let say real footage, adakah ia mampu merasuk diri orang yang menonton.

Pihak MIG memberi nasihat supaya mereka yang lemah supaya tidak nenonton filem ini tetapi nasihat aku jika korang percaya kepada Allah s.w.t maka, teruskan la menonton jika aku tak rasa real footage memberi kesan terhadap diri anda kerana aku telah menoton banyak filem seram yang mendakwa menggunakan real footage.

Regards,
-Strider

12 comments :

  1. hehheehhe...seram..tp xtgk lagi pun cite ni :D

    ReplyDelete
  2. X tengok lagi cerita tu.. tp, setuju dgn pendapat Strider.. ttplah berpegang kpd tali Allah, in shaa Allah tiada apa2 yg buruk berlaku tanpa izinNya..

    ReplyDelete
  3. komen yang last tu best jugak. dia kata "takat kutuk tapi tak bagi cadangan" (???)... pada aku, sinema malaysia ni dari dulu lagi dah ada pengkritik secara rasmi atau tidak. bukan setakat kritikan maut, yang membina pun banyak. cuma para pembikin filem ni yang terlalu syok dengan `resipi' sendiri. lambat sangat nak melangkah... (ni pendapat aku je)

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat marketing strategy diorang kan bro. Sama ada penonton berani akan takut, strategi menggunakan curiosity manusia ni dilihat berjaya.

    ReplyDelete
  5. no komen sbb xtgk lagi. haha..cdgnya nk tgk tomym goong 2.

    ReplyDelete
  6. Aduh, promosi rupanya. Ingatkan betul terjadi. Agak logik jugak kalau kata ini cara promosi sebab memang jadi la. Rasa macam nak pergi tengok cerita ni lepas dengar kes rasuk ni.

    ReplyDelete
  7. Betul2 berlaku ke atau gimik semata2....

    ReplyDelete
  8. klu lemah iman , maka setan mudah masuk . tu yg jadi histeria . tapi klu kita anggap sekadar cerita buatan manusia , ok jer . klu rasa lain mcm jer , bykkan berzikir sampai tertidor pun x pe ... insha Allah

    ReplyDelete
  9. belum tgk lg..tringin nak tgk
    isi tabung nuffnang sini-chipsmore

    ReplyDelete
  10. dah tengok and biasa jer..x seram sangat..

    ReplyDelete
  11. highland tower punya documentary best... movie ni xtau pl, xtngok lg.

    ReplyDelete
  12. x nak SA tengok de sebab SA sendiri penakut..hahahahaha

    ReplyDelete