Berita mengenai Johan As’ari yang melamar Lana Nordin baru-baru ini sedang hangat diperkatakan. Ada yang menerima keputusan Johan As'ari untuk berkhawin dan ada pula yang tak suka. Johan dalam satu kenyataan yang dipetik media berkata dia yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
Johan As'ari meyifatkan Lana sebagai seorang yang sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Johan sendiri sebenarnya terkejut, Mungkin tiga hari terlampau awal untuknya menyelami hati seseorang. tetapi Johan As'ari yakin cinta mereka akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana pula berkata yang dia nampak ketulusan hati Johan As'ari. Walaupun terkejut, dan sebak apabila Johan As'ari menyatakan alasan mahu menjadikannya isteri. "Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan” jelas Lana Nordin
Aku harap agar mereka dua bahagia dengan pilihan yang telah dibuat. Mungkin ini satu petanda yang baik untuk Lana Nordin berubah setelah aku berjaya membongkar "Identiti Sebenar Lana Nordin" tak lama dahulu.
Regards,
-Strider-
dah jodoh mereka kan...
ReplyDeleteTipikal artis wanita Malaysia. Asal ada kontroversi je, sure meletop nama kejap.
ReplyDeleteNi pun no komen...Hihihihi. ..boleh x jwb ala2 retis mcm ni ...
ReplyDeletebila dah jadi artis ni, buat apa pun orang ambik kisah.. hmm..
ReplyDeletekan???? Mana tahu lepas kahwin dia bertutup litup wahhhh inshaallah ameen!
ReplyDeleteooww.. baru tahu.. speechless.. hehe.. apa-apa pun doa yg terbaik utk dorang..
ReplyDeleteDoakan yang baik-baik ajelah untuk dia orang..kesian pulak si lana tu..ramai yang tak bersetuju..
ReplyDeleteMudah2an dgn niat yg baik segalanya dipermudahkan buat mereka, in shaa Allah..
ReplyDeletebegitu lah lumrah dunia artis.
ReplyDeletetak kenal. hukhuk.. banyak blog update mengenai dorg ni huhu
ReplyDeletedoakan yg baik2 ajelah utk dorang kan hehe
ReplyDeleteat lease berita dorg bjaya mencantas cerita cik ta kawin ja..
ReplyDeletewish all the best johan n lana :)
ika tak amik kisah sangat pasal artis ni, tp banyak juga laa yang bercakap2 tentang mereka ni, kat twitter misalnya...blog apetah lg kan..
ReplyDeleteapa-apa pun kita doakan semoga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan yang sah.. jodoh itu rahsia Allah.. :D
ReplyDeletehmmm... sebnrnya si botak ni bercinta ke tidak ngan shila hamzah tu dulu? haih.. retis ni mcm2 la...
ReplyDelete