Saturday, November 2, 2013

#1219 - Shah Iskandar Akhirnya Mengaku Salah

Hye Readers,

Hari sabtu ini kalau buat rancangan Melodi sendiri pun best jugak. Tapi Melodi versi aku nie lain skit sebab aku tak interview artis. Aku nak gunakan balik apa-apa statement yang pernah dikeluarkan. Kali ini aku nak cerita pasal kontroversi Shah Iskandar dan Diana Nasir.


Ia bermula dengan kenyataan facebook Diana Nasir (gambar) yang berbau cinta terhadap Shah Iskandar. Namun Shah dalam satu kenyataannya menyebut bahawa dia dan Diana hanyalah sekadar berkawan biasa tapi mengakui yang mereka ade keluar lepak bersama.

Kenyataan itu membuatkan adik Diana iaitu  Anzalna tampil bersama Melodi TV3 bagi membuktikan bahawa kakaknya itu bukan bertepuk sebelah tangan. Ternyata Shah pernah menghantar mesej cinta kepada Diana dan Shah sendiri tidak menafikan kandungan mesej tersebut.



Namun Shah dalam kenyataan yang aku petik dekat Beautiful Nara hari ini menyalahkan dirinya sendiri atas kontroversi yang berlaku. Sebagai seorang lelaki yang matang, dia tidak kisah untuk mengalah dalam hal ini dan aku bersetuju sebab berdasarkan apa yang berlaku dia memang bersalah.

Sebagai lelaki, dia tak sepatutnya menggunakan ayat-ayat cinta terhadap perempuan yang dia sendiri tak pasti cinta ke tak?Adakah dia mengaku bersalah sebab dah tak ada jalan keluar dari kontroversi ini? Itu semua terpulang pada pendapat korang sendiri.

p/s: Semua sumber dipetik dari Beautiful Nara

Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. artis kan 2 org ni? hee maaf kurang kenal artis.. tp artis mmg mcm tu. kdg2 mereka menafikan bagai nak rak w/pun bukti ada kat depan mata.. -.-''

    ReplyDelete
  2. cinta tu terkadag buat kita jadi seorang kejam walau kita pikir ia tka tapi pihak orang lain ia sungguh menyakitkan

    ReplyDelete
  3. memang tak patut..kalau tak cinta kenapa buat orang macam tu kan ..

    ReplyDelete
  4. artis mmg suka kontroversi... baru org kenal.

    ReplyDelete
  5. hati pompuan ni sensitif.. mudah terusik.. so kalau dya tak cinta pon si Dee tu memang dya patot layan Dee sampai macam tu..

    ReplyDelete
  6. ermm.biasa la artis baru nak up.. mcm tu le..
    tu semua nak glomur ..ha..ha..

    ReplyDelete
  7. dia perlu bertanggungjwb atas apa yg diucapkannya ...

    ReplyDelete
  8. jangan pernah terniat nk main2kan hati wanita, sebab sampai masa nanti allah terbalik kan hati kita kan susah...

    ReplyDelete
  9. Mmg x patut.. klu x suka jngn lah mengayat lebih2.. layan je sbg kawan pasti org pun faham.. :)

    ReplyDelete