Gambar tersebut merupakan screenshot dari komen sahabat kita +Farid NZ terhadap entry aku yang lepas. Komen Farid telah menimbulkan idea untuk aku cerita korang mengenai filem/drama melayu. Idea ini timbul ketika aku sedang makan tengah hari bersama kawan opis.
Kawan aku nie pernah beritahu aku yang sebab dia kurang menonton filem/drama melayu adalah sebab filem melayu tiada kekuatan dalam jalan cerita mahupun watak, Bak kata Farid tadi kalau nak compare ngan Hollywood memang kita jauh berbeza.
So dekat sini aku nak jelaskan kat korang apa yang dimaksudkan dengan tiada kekuatan. Kalau korang tak bersetuju pun takpe sebab bagi aku benda ini adalah subjektif. Kekuatan tersebut boleh dipecahkan kepada 2 ketegori iaitu :-
- Kekuatan filem/drama melayu hanyalah pada cinta. 90 peratus dari filem melayu tak kira apa pun genre mesti ade jalan cerita tentang percintaan kerana itu market untuk menjual filem kepada orang melayu. Dan jalan ceritanya biasanya skeptikal., Perempuan akan berubah sebab lelaki atau lelaki akan berubah sebab perempuan. Jarang ade jalan cerita yang mereka boleh bercinta tanpa mengubah siapa diri mereka.
- Kekuatan watak nie biasanya pada watak perempuan. mostly dalam drama watak perempuan sering digambarkan sebagai seorang yang pasrah, redha atau pun berserah pada takdir walaupun diperlakukan dengan tidak bertanggungjawab oleh lelaki. Hakikatnya banyak wanita di dunia realiti yang mempunyai karakter tersendiri dan mampu mengubah nasib mereka sendiri.
Aku ambil satu cerita Honey lakonan Jessica Alba pada tahun 2003, yang jalan ceritanya menunjukkan kekuatan karekter seorang wanita yang sanggup menempuhi dugaan apabila bosnya mengugut untuk menjahamkan kariernya setelah permintaan untuk berasmara ditolak.
Itu merupakan salah satu filem yang terlintas pada pikiran aku. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan apa yang aku cakap ini dan aku menghormati pendirian korang kerana benda ini subjektif. Cuba berikan satu filem/drama yang top dan tidak berkait dengan cinta? Apa filem pertama yang telintas di fikiran korang?
Regards,
-Strider-
Walau apa pun drama / filem melayu ni ada peminatnya tersendiri.
ReplyDeleteSangat bersetuju. Dan sangat menanti-nantikan hasil karya yang lari dari genre percintaan dan hasil yang mengukuhkan pemikiran.Bukan melalaikan syok sendiri.
ReplyDeletesalam.. setuju bro..
ReplyDeletebkan nak kondem filem or drama sendiri..
tapi selalunya jalan cerita dah boleh agak dah..contoh asik darama..
kawin paksa.. termegandung.. mak mertua evil.. asik2 cerita lebih kurang
jugak yg disajikan..
p/s:best ar ko bro.. tahniah itu selangkah utk memiliki perniagaan sendir.. owh aq seminar yg magnet kekayaan x p lagi.. ni mesti dpat buku free kan?? nanti boleh la share :)
Kalau separuh filem kita dapat menandingi filem tamil, barulah aku tabik. Hahahaa!!!
ReplyDeleteAda jugak yang bagus...strider..cuma mungkin dari segi jalan cerita agak klise..dari dulu sama aje..macam ketandusan idea...
ReplyDeleteMmg setuju dgn pendapat di atas.. pada sy, cerita melayu yg terlintas hanya kebanyakkannya dari zaman 60an. Tak perlu pandang keluar.. filem kita skrng ini juga masih belum dapat menandingi filem2 60an spt doremi, bujang lapuk dll.. walaupun hitam putih, tp kualiti ceritanya melebihi dari yg berwarna & penuh dgn sound effect canggih spt filem2 sekarang... :)
ReplyDeleteWalaupun filem Melayu kurang kekuatan watak mahu kurang kekuatan cerita, saya tetap bagi sokongan dengan harapan agar suatu masa nanti industri ini tetap segagah dan sehebat Holloywood. Amin,insyallah.
ReplyDeleteSetuju sangat... Sebab tu, teman sangat jarang menonton filem tempatan... Kalau nak menonton filem melayu, hanyalah filem yg bergenre lawak atau pun animasi...
ReplyDeleteDrama dan filem adalah salah satu daripada cabang seni. Masyarakat kita amatlah lemah aspirasi seninya. Justeru itu, hasil daripada drama dan filem kita adalah cerminan daripada lemahnya masyarakat kita untuk menilai sesuatu seni itu.
ReplyDeletea'ah kan..semua drama melayu mesti ada kaitan cinta..cuba la kan sekali sekala buat kelainan..
ReplyDeletetertarik dengan entri ni.. saya pun berpendapat sedemikian. mungkin perlukan sesuatu yang lain untuk menjana minda masyarakat..
ReplyDeletemasih banyak yang perlu dikecapi, masih jauh perjalanannya :)
ReplyDeleteagree with u..ia menjadi sebab utama nape sy memilih tgk crite omputih bila g panggung wayang! maybe u guys boleh kumpul data sebab2 crita melayu x menjadi pilihan orang melayu sendri..buat research ye..:)
ReplyDeletefilem dan kisah percintaan tak dapat dipisahkan.. topik itu juga menjadi daya penarik orang untuk menonton.. semoga mutu filem diperbaiki dari masa ke semasa agar ianya bertambah baik..
ReplyDelete