Thursday, November 28, 2013

#1274 - Pasangan Ini Tidak Dapat Melahirkan Anak Atas Kesilapan Ibu Bapa Mereka 20 Tahun Yang Lepas

Hye Readers,

Gambai Hiasan
Mengikut sumber, kisah yang aku ingin cerita ini merupakan satu kejadian yang benar - benar berlaku di China. Siapa sangka mahligai indah yang dibina oleh sebuah pasangan yang diberi nama Wei (lelaki) dan Qing (bukan nama sebenar) hancur akibat kesilapan ibu bapa mereka 20 tahun yang lepas.

Wei dan Qing membesar di sebuah bandar yang terletak di Wilayah Jiangxi. Mereka tinggal berhampiran antara satu sama lain dan telah mengenali antara satu sama lain sejak dari kecil.. Wei yang 4 tahun lebih tua daripada Qing dan sentiasa menjaga beliau seperti seorang adik. Hubungan mereka secara beransur-ansur mula berubah dan akhirnya menjadi hubungan romantis.

Gambar Hiasan

Mereka telah berkahwin dan menjalani kehidupan yang cukup baik bersama-sama. Kawan-kawan pula sering bergurau dengan mengatakan mereka kelihatan sama. Kalau di China apabila suami dan isteri yang mempunyai muka serupa dianggap sebagai tanda bertuah.

Tuah yang cari namun Jebat yang datang membela...(Iklan jap)

Setahun yang lepas (2012), mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ibu Wei telah meninggal dunia ketika dia masih kecil. dan bapanya telah memberi persetujuannya kepada mereka untuk berkhawin itu. Di sebelah Qing pula,  Ibunya menyukai Wei, tetapi bapanya diam tanpa berkata apa-apa.

Setahun selepas itu (2013), pasangan itu memutuskan untuk mempunyai anak. Secara tiba-tiba, Bao Jen (bapa kepada Qing) telah mendedahkan satu rahsia yang dipegang selama lebih kurang 20 tahun. Rahsia ini amat mengejutkan pasangan tersebut.

Gambar Hiasan
20 Tahun yang lepas, ketika Bao masih bujang, dia mempunyai hubungan sulit dengan ibu Wei. Bao tinggal berjiran ibu bapa Wei, Ketika itu bapa Wei sering berkerja di luar dan meninggalkan ibu Wei keseorangan. Ibu Wei mula berkawan Bao dan daripada kawan ia bertukar menjadi kekasih. Hubungan mereka bertahan selama kira-kira dua tahun. Selepas ibu Wei mengandungkannya, Bao bertemu orang lain, berkahwin, dan mempunyai bayi yang diberi nama Qing.

Bao mengaku bahawa dia tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu mereka mengenai kisah ini dan atau cuba mengelakkan perkahwinan ini diteruskan walaupun beliau merasakan ade kemungkinan yang kuat bahawa Wei ialah anaknya

Gambar Hiasan
Wei dan Qing bagaikan tidak percaya terhadap apa yang mereka alami dan telah membuat ujian DNA bagi memastikan hubungan sebenar antara mereka. Hasil daripada ujian tersebut, kebarangkalian mereka ini adik beradik adalah 99.9% tepat.

Pada 20 November yang lepas, ketua di Pusat Forensik, Dr Huang Jian berkata mereka tidak tahu bagaimana pasangan ini akan meneruskan kehidupan mereka. Beliau percaya bahawa sikap tidak bertanggungjawab Bao Gen ini bukan sahaja mencemarkan keperibadianya tetapi juga amat menyakiti anak-anaknya.

Begitulah kesudahan bagaiman hidup sebuah pasangan bahagia yang musnah akibat kesilapan Ibu Bapa mereka. Apa yang terjadi seterusnya tidak diketahui. Aku rasa walaupun mereka boleh melahirkan anak tetapi perasaan itu tidak akan sama seperti sebelum ini.

Regards,
-Strider-


13 comments :

  1. kesian anak2 jadi mangsa.. kalau ayah die pun dah takde mcm mana.. ish2 ish..
    btw.. klik nuff utk awak :D

    ReplyDelete
  2. Huh.. berat kes ni.. cinta x kesampaian mcm ni boleh lara jiwa smpi ke mati..kesian, adik beradik rupanya...

    ReplyDelete
  3. Itu lah bukan Islam jer macam tu agama lain pun tak boleh!!

    ReplyDelete
  4. ermm..tak dapat nak berkata...semoga di jauhkan dengan benda2 mcm ne...

    ReplyDelete
  5. Macam ini ceritanya yea. sebab salah ibu bapa mereka.

    ReplyDelete
  6. Tak boleh nak komen apa-apa... terlajak perahu boleh di undur...

    ReplyDelete
  7. kawan dengan adik sndri..? astagfirullah..napelah dari awal x bgtau..kan dah menganiaya anak sendiri..

    ReplyDelete
  8. carije lah org lain..adik beradik mana leh kawen..

    ReplyDelete
  9. Nasib baik kat china...if kat sini confirm kena kecam

    ReplyDelete
  10. kasihan pula anak-anak yang menajdi mangsa.. :(

    ReplyDelete
  11. klu ujian DNA tu membuktikan mereka bukan adik beradik so it's ok kalau nak dapatkan anak,
    tapi in this case adik beradik kan,
    so tak boleh laaa, abih anak tu nanti nak bagi gelaran apa?? huk
    kalau hal2 camni better berterus terang drpd awal lagi baik kut sebab masa depan akan datang kita tak tahu apa akan terjadi...

    ReplyDelete
  12. laa.. adik beradik rupanya... dah tu dorg bercerai ker?? hmm... kesian dorg yg jadi mangsa keadaan...

    ReplyDelete