Kepada mereka yang yang ade facebook, mesti korang ade perasan screenshot ini yang sering berlegar di wall anda. Menurut apa yang orang kata ia merupakan status seorang suami yang ditujukan kepada isterinya.
Ramai yang mengutuk tindakan lelaki ini yang dianggap membuka pekung didada. Sebenarnya aku juga sangat tidak bersetuju dengan tindakkan ini kerana ia satu benda yang kurang sihat. Aku lebih percaya kepada perbincangan secara berhadapan.
Tapi dikala kita asyik menyalahkan lelaki ini jangan lupa satu perkara penting. Orang putih kata "it takes two to tango" kalau orang melayu pulak mungkin peribahasa kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. jangan kita sering menunding jari ke sebelah pihak tanpa mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak.
Mungkin tindakan emosi dari lelaki ini akibat dari perbuatan yg si isteri tak mendengar kata walaupun dah ditegur 100 kali dia buat tak tahu jer dan apabila hubby letak kat FB ia berakhir dengan suami dan isteri mendapat malu.
Aku tidak mahu menyalahkan isteri atau suami dalam kes-kes macam nie. Tapi kepada mereka yang dah berkhawin, pasti mereka setuju jika aku katakan yang toleransi itu perlu dalam perkhawinan. Aku pun tak mahu komen lebih-lebih sebab ini kes peribadi orang dan aku sendiri pun belum berkhawin lagi.
Regards,
-Strider-
perasan jgk post ni.. itula dunia skrg mengadap laptop smpai x igt dunia. mgkin si suami dah terlalu bengang, tp mcm mana pun mmg patut di setelkan secara berhadapan instead of post it on fb..
ReplyDeleteish ish ish.. tak patut la mcm tu.. huhu.. kan dh memalukan 2 2 pihak
ReplyDeleteSA setuju dengan pendapat Azlan...kalau xde angin x kan pohon bergoyang...tindakan dia dedahkan kat salah channel ni...patut duduk berbincang...
ReplyDeleteSuami itu Imam , pembimbing dlm rumahtangga . jika ia mengaku beriman kepada Allah , maka dayuslah ia bila dipaparkan di fb ... wallahu'alam .
ReplyDeleteisu suami isteri tak patut di bawa sampai ke laman sosial memalukan
ReplyDeleteTeruk betul cara tu.. dlm agama pun mmg sesuatu yg tercela bila membuka pekung rumahtangga cara mcm tu. Apa punya suami lah.. abis2 pasti kena kat dia balik sbb dialah suami yg sepatutnya memimpin.. buat malu lelaki lah...
ReplyDeletepada ika, hal2 rumah tangga tak perlu di"public"kan, bukan ke tanggungjawab suami itu menjaga maruah keluarga dan isterinya? dan bukan ke tanggungjawab isteri memelihara maruahnya dan menjaga keaiban suami?? sebab tu nak kahwin kena fikir masak2, kalau belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri, better tak payah laa kawin, takut jadi macam ni laa, bila ada masalah bukannya berbincang tapi up dekat social media, isteri tak jalankan tanggungjawab yang sepatutnya, suami pula biadap etc, subhanallah, minta dijauhkan laa
ReplyDeleteHaha dah baca gak tadi di fb... si isteri pun satu pandai2 lah membahagi masa kalau nak online pun...
ReplyDeletebahana laman sosial, hal rumah tangga pun nak di kongsi
ReplyDeletepada pandangan peribadi akak, tak sepatutnya perkara sebegitu didedahkan untuk tontonan umum.. hal/rahsia suami isteri elok selesaikan/berbincang secara senyap di rumah, bukannya dicanang kepada orang ramai.. semoga menjadi ikhtibar kepada mereka yang belum berkahwin (termasuk akak) supaya tak mengulangi seperti ini..
ReplyDeleteNgeri bila jadi macam ni..itulah salah satu keburukan laman sosial..apa yang ada kat dalam hati main tulis aje..hmmm...besar dugaan bila semuanya dihujung jari...
ReplyDeletehmm.. macam2 rumah tangga sekarang ni..
ReplyDelete