Thursday, November 7, 2013

#1228 - Marvel Memperkenalkan Superhero Islam

Hye Readers,

Mr Marvel
Ms Marvel
Untuk mencerminkan kepelbagaian pembaca komik, Marvel telah memperkenalkan  watak terbaru bagi komik mereka yang diberi nama Ms Marvel. Kamala Khan adalah merupakan watak terbaru Marvel iaitu seorang gadis muslim Pakistan yang berumur 16 tahun dan menetap bersama ibu bapanya di New Jersey.

"Adalah penting untuk kita memberitahu cerita yang menggambarkan dunia sentiasa berubah-ubah dan hidup menjadi seorang Muslim-Amerika adalah sebahagian daripada itu", Itu merupakan kata Sana Amanat yang juga merupakan seorang editor bagi komik tersebut.

Mengikut apa yang aku baca, Khan merupakan seorang peminat buku komik yang mendapati beliau mempunyai  kuasa luar biasa  seperti polymorph, berkebolehan untuk memanjangkan tangan dan kaki serta mengubah bentuk.

Seriously aku tak paham kenapa Marvel perlukan superhero Islam dan berdasarkan karekter yang ditunjukkan ti aku tak nampak dimana letaknya keislaman itu. Mungkin pegangan Islam di United States tidak kuat.

Call me orthodox atau tak open minded. Aku harap series komik ini akan gagal supaya Marvel sedar yang Islam tak boleh digunakan sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan. Apa pendapat korang pula?

Sumber: The Star

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. Wow.. Haha.. Mantap2.. Bagus jugak create this islamic character bro in marvel.. Dulu aku suka marvel and I have lots of Marvel collections- collectibles, toys, magazines, cards, etc.. Aku suka X-men especially Gambit! Gambate-)

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat, nampak macam menghina lagi ada la. Kalau watak lelaki ok lagi. Gadis tidak bertudung tang mana ciri keislaman disitu.

    ReplyDelete
  3. she din wear scarf to cover her aurah.
    so mn keislaman watak ni? -_-
    harap komik ni bkn hnya utk memperolokan agama islam

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. ini menjual agama juga kiranya..

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia, kalau nak cari super hero Islam tu, i think kita boleh ambik kartun BoBoiBoy tuu

    ReplyDelete