Saturday, November 9, 2013

#1232 - Penculikkan Bayi Berusia 20 Bulan Di Bangsar

Hye Readers,

Freddie Diculik Pada Petang Jumaat
Petang tadi telah berlaku satu kes penculikkan yang melibatkan seorang kanak-kanak  ketika berada di rumahnya yang terletak di Jalan Terasek Bangsar. Seorang guru bahasa Sarah Joseph  38, mendakwa seorang lelaki telah menceroboh rumah mereka lalu melarikan anaknya.

Mengikut rakan keluarga mangsa lelaki itu telah meyerbu masuk rumah sarah dan melarikan anaknya Freddie yang berumur 20 bulan. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.20 petang. Pada ketika itu Sarah sedang makan malam di "porch" rumahnya.

Lelaki tersebut telah masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat tersebut lalu mengambil Freddie daripada kerusinya. Lelaki tersebut kemudiannya berlari keluar dari rumah dan menaiki sebuah kereta Toyota Camry berwarna putih, yang hanya dapat dikenal pasti dengan nombor plat BKP 48xx.

Menurut dari laporan yang aku baca, kelibat telaki tersebut mula dikesan pada pukul 6 petang melalui CCTV rumah jiran mangsa. Lebih kurang pukul 6.20 kereta Toyota tersebut berhenti sebelum seorang lelaki keluar dan memakai cermin mata serta "baseball cap" sebelum dia masuk mengambil Freedie.

Penculik juga dikatakan lebih dari 2 orang kerana terdapat seorang lagi lelaki yang berada dalam kereta tersebut untuk membuka pintu ketika penculik dan bayi tersebut menaiki kereta. Sarah hanya mampu berlari sambil menjerit "pulangkan anak saya"

Dua pejalan kaki yang terserempak  kemudian pergi untuk membantunya dan berjaya menarik Freddie separuh daripada kereta. Bagaimanapun, penculik tersebut itu keluar dari kereta dan mengancam mereka dengan parang sebelum melarikan diri..

Sarah yang juga merupakan seorang expatriate (warga asing yang menetap di Malaysia) dikatakan telah berpisah dengan suaminya dan masih dalam keadaan trauma untuk menjawab soalan dari media. Apa-apa pun aku harap agar kes ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Ramai antara rakan-rakan bloger aku yang sudah mempunyai anak sebaya atau mungkin lebih tua dari Freddie. Aku ingin mengingatkan supaya sentiasa kunci pintu rumah anda bagi mencegah kes-kes sebegini berlaku.

Aku tak tau sama kejadian itu telah dirancang atau kebetulan penculik itu sedang mencari mangsa lalu mendapat peluang. Tapi apa yang aku boleh bagi tau tak ramai menyangka kes macam ini boleh berlaku di situ kerana nak lari dari kawasan bangsar petang-petang macam tu bukan senang.

Sumber : The Star

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. Siannya..td ada terbaca dah jumpk kn baby ni..

    ReplyDelete
  2. Ya allah. .kesiannya dia....mesti ex husband nyer keja ni....

    ReplyDelete
  3. Kakak agak ada kaitan dgn ex-husband dia tak. Kalau culik kerana sayang still ok lagi tapi kalau tujuan aniaya alahai sedihnya apa jadi baby tu...

    ReplyDelete
  4. Tak sure yang bawak lari tu bekas suaminya atau orang lain. Kalau penjenayah yang cuba mintak wang tebusan, rasanya dah makin tak selamat kat Malaysia ni. Sedangkan kawasan macam Bangsar tu pun bole berlaku, inikan pulak kat kawasan Pandan ni.

    ReplyDelete
  5. mmg menakutkanlah kejadian spt ini.. keadaan penculikan mcm ni mmg x siapa pun menduga akan terjadi. Mmg kena selalu berhati2 walaupun di rumah. T kasih diatas perkongsian, peringatan yg baik utk kita semua.

    ReplyDelete
  6. betul tu.. kena sentiasa kunci rumah.. wlaupun kita berada kat rumah..

    ReplyDelete
  7. kasihannya bayi yang menjadi mangsa.. macam-macam jenayah yang berlaku sekarang ini..

    ReplyDelete