Tuesday, November 12, 2013

#1240 - Bila Putus Cinta

Hye Readers,



Putus cinta sememangnya satu benda yang tak best bagi orang yang bercinta. Semalam aku ade ternampak satu tweet dimana seorang gadis mengatakan yang dia tidak boleh melupakan seorang lelaki walaupun lelaki itu telah banyak kali melukai dirinya.

Kita boleh buat 1001 benda untuk mengubat hari yang terluka ini tapi sebenarnya itu semua hanyalah satu diversion sahaja. Satu benda yang akan mengubat perasaan kecewa itu ialah time (masa). Kenapa aku cakap macam itu? Sebab bila tiba masanya kita sendiri akan melupakan perasaan itu.

Sesetengah orang mungkin mengambil masa sehari, ade yang mengambil masa seminggu, sebulan dan setahun pun ada dan itu semua bergantung kepada personaliti seseorang itu. Jadi jangan buang masa nak buat kerja-kerja yang tak berfaedah.

Putus cinta memang menyakitkan dan kita tak boleh lari dari perasaan itu tetapi perlukah kita menderita akibat putus cinta? Sakit itu memang tidak dapat dielakkan tapi menderita itu sebenarnya adalah pilihan kita (klik sini) Jika kita pilih untuk tidak menderita insyallah kita tidak akan menderita.

Setakat itu dulu cerita mengenai putus cinta nie. Sebenarnya putus cinta ini pun ade side yang positif kalau kita pikir-pikir balik tapi lain kali laa aku tulis. Bagi mereka yang beragama islam jangan lupa untuk selalu berdoa supaya dibukakan jalan untuk memilih yang terbaik.

Regards,
-Strider-

Baca Entry Mengenai Cinta


12 comments :

  1. tringat cinta monyet bila kisah pasal putus cinta..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. Putus cinta tu memang menyakitkan.. Tapi kalau pandai kawal emosi & banyakkan bergantung pada Allah In Shaa Allah tenang..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  3. yumida x ske rs putus cinta
    hadoi..asyik sedih je..hikhik
    alhamdulillah, skrg ade peneman setia...moga bahagia until ke jannah

    ReplyDelete
  4. Setiap yang terjadi mesti ada hikmahkan.Kena pasrah..

    ReplyDelete
  5. Putus cinta tak semestinya 'dunia akan berakhir', banyak berdoa dan berfikir secara positif selalu....

    ReplyDelete
  6. bila putus cinta mesti sedih tp kena happy semula la.. hehe

    p/s: haa.. memang ohsemkan thor no 2 ni. hehe
    best keje kt mattel tgk mainan je hari2 tp ada kes kemalangan la

    ReplyDelete
  7. Manusia merancang.. bila putus cinta mmg pedih, tp pasti ada kebaikan yg Allah akan kurniakan disebalik kekecewaan itu.. wallahualam.. Dia Maha Mengetahui.. :)

    ReplyDelete
  8. akak dah banyak kali putus cinta.. walau apa pun hidup kita kena teruskan.. pasti ada hikmah Allah tak bagi kita terus bersama si dia.. kerana hanya Allah saja yang tahu rahsia hidup kita pada masa kini dan akan datang..

    ReplyDelete
  9. mmm... itu lah namanya cabaran hidup nie.. Baru lah challenge...

    ReplyDelete
  10. licha tak pernah putus cinta. huhu. sbb tunang sekarang is my first love. hehe

    ReplyDelete
  11. setuju.. lebih baik move on jer.. ketepikan semua masalah tu.. senang cakap tapi senang buat kan?? inshaAllah terus berdoa adalah satu penyelesaian jugak kan?? =)

    ReplyDelete