Saturday, November 30, 2013

#1279 - Blogger Buzz - Aspirasi Seni Ekspresi Kehidupan

Hye Readers,



Blogger Buzz nie bukan macam segmen tapi ia lebih daripada sebahgaian daripada column yang aku cuba nak buat dulu. Blogger Buzz ju bukan nak memperkenalkan blogger tapi lebih kepada pendapat peribadi aku terhadap sesuatu blog yang aku baca. Benda nie aku pernah buat awal tahun 2012 dulu tapi terhenti seketika sampai laa sekarang baru aku nak start buat balik.

 Aku mulakan Blogger Buzz kali ini dengan top commentator blog aku iaitu En Khir iaitu owner kepada blog www.khirkarya.blogspot.com. Apa yang aku ketahui sepanjang aku membaca blog beliau ialah Khir nie seorang aktivis sosial yang aktif. 

Beliau yang tinggal di Kuala Lumpur juga banyak membuat entry-entry yang mampu memupuk kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai masyarakat. Sepanjang aku membaca enty beliau jarang entry yang diterbitkan bersifat peribadi tapi jika anda selalu mengunjng blog dia, anda akan dapat tangap sedikit demi sedikit kisah peribadinya..

Selain dari daripada blog Khir karya yang ditulis dalam bahasa melayu, beliau juga ada lagi sebuah blog yang ditulis dalam bahas inggeris iaitu www.khirwords.blogspot.com. Aku rasa banyak ilmu pengetahuan yang kita boleh belajar daripada membaca blog beliau.

Itu laa serba sedikit tentang En. Khir yang dapat aku terangkan sepanjang aku membaca entry2 blognya. Aku pasti ade diantara korang juga yang merupakan pembaca blog Khir. Kalau ade ada apa-apa yang nak ditambah jangan malu-malu untuk drop comment korang.

Regards,
-Strider-


#1278 - Peraturan Ketika Berkonvoi

Hye Readers,

Gambar Hiasan 
Terima kasih kepada mereka yang singgah membaca auto published entry aku semalam. Hujung minggu ini aku sedikit sibuk dengan komitmen lain dan mungkin entry aku tak sebanyak macam biasa. Sekarang ini musim cuti sekolah dan sudah pasti pelbagai aktivi dilakukan ketika musim cuti sekolah ini.

Salah satu aktiviti yang dilakukan ialah berkonvoi, dan bagi mereka yang menyertai kelab permotoran (motor/kereta) sudah pasti banyak aktiviti konvoi diracang oleh kelab anda ketika cuti ini. Tapi tahukah anda peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika berkonvoi?

Peraturan berikut aku ambil dari FB pages Polis Pahang, dan apa yang aku list down sebentar lagi adalah peraturan yang dikeluarkan oleh polis sendiri dan bukannya aku cipta sendiri. Berikut merupakan peraturan berkonvoi:-

1) Kebenaran Pihak Polis
- Kumpulan konvoi perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebulan sebelum aktiviti tersebut dijalankan;

2) Bidang Kuasa Marshall
- Tidak dinafikan Marshall dalam sesebuah konvoi mempunyai tugas tersendiri namun ketika berkonvoi Marshall , hanya dibenarkan memakai lampu kuning atau 'amber', selepas mendapat kelulusan JPJ; Marshal juga TIDAK boleh mengarahkan pengguna jalan raya lain untuk memberi ruang kepada mereka;

3) Fungsi Marshall
- Fungsi Marshal adalah untuk memastikan pergerakkan lalu lintas kumpulan konvoi bergerak mengikut kelajuan yang ditetapkan undang-undang seperti bergerak seiring dan memastikan tidak ada ahli kumpulan konvoi yang tersasar atau terkeluar dari pergerakkan kumpulan;

4) Aktiviti Awam
- Tidak dinafikan terdapat ahli konvoi terdiri daripada pegawai/anggota polis. Namun mereka tidak boleh bertindak sebagai penguatkuasa trafik kerana mereka adalah sebahagian daripada kumpulan konvoi dan tidak bertugas. Lagipun, ia sebenarnya aktiviti orang awam;

5) Amalkan Jarak Selamat
- Sebaiknya, sentiasa pastikan jarak kenderaan ketika berkonvoi, amalkan ciri-ciri keselamatan dan tidak melebihi had laju yang telah ditetapkan.

Selain daripada peraturan yang disebutkan diatas terdapat beberapa etika yang tidak tertakluk kepada undang-undang tetapi boleh dipatuhi oleh peserta konvoi sebagai satu kesedaran sivik mereka kepada masyarakat. Ia merangkumi aspek:- Memberi laluan kepada kenderaan awam yang lain (mungkin mereka ade kecemasan) dan bagi peserta konvoi motorsikal, elakkan menunggang secara beriringan ( sebelah menyebalah)

Walaupun aku bukan ahli kelab sukan permotoran atau yang jenis selalu berkonvoi, tetapi aku suka setiap kali tengok orang berkonvoi kerana ia nampak meriah.So far aku tak ada pengalaman yang tak best ketika berhadapan dengan peserta konvoi..Korang pulak cammana??

Regards,
-Strider-

Friday, November 29, 2013

#1277 - Kisah Johan As'ari & Lana Nordin

Hye Readers,



Berita mengenai Johan As’ari yang melamar Lana Nordin baru-baru ini sedang hangat diperkatakan. Ada yang menerima keputusan Johan As'ari untuk berkhawin dan ada pula yang tak suka. Johan dalam satu kenyataan yang dipetik media berkata dia yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

Johan As'ari meyifatkan Lana sebagai seorang yang sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Johan sendiri sebenarnya terkejut, Mungkin tiga hari terlampau awal untuknya menyelami hati seseorang. tetapi Johan As'ari yakin cinta mereka akan terus bersemi selepas kahwin”

Lana pula berkata yang dia nampak ketulusan hati Johan As'ari. Walaupun terkejut, dan sebak apabila Johan As'ari menyatakan alasan mahu menjadikannya isteri. "Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan” jelas Lana Nordin

Aku harap agar mereka dua bahagia dengan pilihan yang telah dibuat. Mungkin ini satu petanda yang baik untuk Lana Nordin berubah setelah aku berjaya membongkar "Identiti Sebenar Lana Nordin" tak lama dahulu.

Regards,
-Strider-

Sumber


AUTO PUBLISHED ENTRY


#1276 - Nor Fazira Dirogol Mohd Fahmi?

Hye Readers,

Bapa Nor Fazira menunjukkan laporan polis yang dibuat pada julai 2012
Beberapa hari yang lepas, berita tentang penceraian seorang gadis Nor Fazira yang berusia 13 tahun dan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun. Cerita mereka mendapat liputan media kerana ia merupakan satu simbol penyatuaan cinta tanpa mengira usia.

Pagi tadi kau baca berita di akhbar The Star aku ternampak satu berita yang agak mengejutkan aku apabila bapa Nor Fazira mendakwa yang anaknya telah dirogol oleh  Mohd Fahmi bersama rakannya.

Kejadian itu berlaku 4 bulan sebelum mereka berkhawin dan bapa Nor Fazira telah membuat membuat laporan polis pada 15 July 2012. Namun apabila bapa Mohd Fahmi datang untuk berbincang mereka mengambil keputusannya untuk mengahwini anak mereka berdua.

Dalam berita berasingan, Mohd Fahmi telah menafikan dakwaan mengenai kes rogol berkenaan dan berkata mereka hanya mengadakan hubungan seks selepas berkhawin. Mohd Fahmi mendakwa punca beliau menceraikan Nor Fazira adalah kerana isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran tuduhan dari kedua-dua pihak ini, Mungkin berkhawin pada usia muda memberi tekanan kepada Mohd Fahmi sebelum mengambil keputusan untuk betindak terburu-buru tanpa mendapatkan pendapat dari orang yang lebih tua.

Jika perkhawinan ini diatur bagi menutup malu kedua-dua pihak keluarga, nampaknya usaha mereka tidak menjadi kerana aku rasa keluarga mereka akan bertambah malu dengan keluarnya cerita-cerita sebegini. Apa-apa pun aku harap kita dapat mengambil ikhtibar melalui kes ini.

Regards,
-Strider-

#1275 - Blogger's Birthday Segment

Hye Readers,


Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 19 April 

Ini merupakan segmen yang dianjurkan oleh blog Vee Lea RickyJika anda berminat untuk menyertai segmen ini sila pergi ke blog beliau..Sangat mudah dan simple segmen ini.

Regards,
-Strider-


Thursday, November 28, 2013

#1274 - Pasangan Ini Tidak Dapat Melahirkan Anak Atas Kesilapan Ibu Bapa Mereka 20 Tahun Yang Lepas

Hye Readers,

Gambai Hiasan
Mengikut sumber, kisah yang aku ingin cerita ini merupakan satu kejadian yang benar - benar berlaku di China. Siapa sangka mahligai indah yang dibina oleh sebuah pasangan yang diberi nama Wei (lelaki) dan Qing (bukan nama sebenar) hancur akibat kesilapan ibu bapa mereka 20 tahun yang lepas.

Wei dan Qing membesar di sebuah bandar yang terletak di Wilayah Jiangxi. Mereka tinggal berhampiran antara satu sama lain dan telah mengenali antara satu sama lain sejak dari kecil.. Wei yang 4 tahun lebih tua daripada Qing dan sentiasa menjaga beliau seperti seorang adik. Hubungan mereka secara beransur-ansur mula berubah dan akhirnya menjadi hubungan romantis.

Gambar Hiasan

Mereka telah berkahwin dan menjalani kehidupan yang cukup baik bersama-sama. Kawan-kawan pula sering bergurau dengan mengatakan mereka kelihatan sama. Kalau di China apabila suami dan isteri yang mempunyai muka serupa dianggap sebagai tanda bertuah.

Tuah yang cari namun Jebat yang datang membela...(Iklan jap)

Setahun yang lepas (2012), mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ibu Wei telah meninggal dunia ketika dia masih kecil. dan bapanya telah memberi persetujuannya kepada mereka untuk berkhawin itu. Di sebelah Qing pula,  Ibunya menyukai Wei, tetapi bapanya diam tanpa berkata apa-apa.

Setahun selepas itu (2013), pasangan itu memutuskan untuk mempunyai anak. Secara tiba-tiba, Bao Jen (bapa kepada Qing) telah mendedahkan satu rahsia yang dipegang selama lebih kurang 20 tahun. Rahsia ini amat mengejutkan pasangan tersebut.

Gambar Hiasan
20 Tahun yang lepas, ketika Bao masih bujang, dia mempunyai hubungan sulit dengan ibu Wei. Bao tinggal berjiran ibu bapa Wei, Ketika itu bapa Wei sering berkerja di luar dan meninggalkan ibu Wei keseorangan. Ibu Wei mula berkawan Bao dan daripada kawan ia bertukar menjadi kekasih. Hubungan mereka bertahan selama kira-kira dua tahun. Selepas ibu Wei mengandungkannya, Bao bertemu orang lain, berkahwin, dan mempunyai bayi yang diberi nama Qing.

Bao mengaku bahawa dia tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu mereka mengenai kisah ini dan atau cuba mengelakkan perkahwinan ini diteruskan walaupun beliau merasakan ade kemungkinan yang kuat bahawa Wei ialah anaknya

Gambar Hiasan
Wei dan Qing bagaikan tidak percaya terhadap apa yang mereka alami dan telah membuat ujian DNA bagi memastikan hubungan sebenar antara mereka. Hasil daripada ujian tersebut, kebarangkalian mereka ini adik beradik adalah 99.9% tepat.

Pada 20 November yang lepas, ketua di Pusat Forensik, Dr Huang Jian berkata mereka tidak tahu bagaimana pasangan ini akan meneruskan kehidupan mereka. Beliau percaya bahawa sikap tidak bertanggungjawab Bao Gen ini bukan sahaja mencemarkan keperibadianya tetapi juga amat menyakiti anak-anaknya.

Begitulah kesudahan bagaiman hidup sebuah pasangan bahagia yang musnah akibat kesilapan Ibu Bapa mereka. Apa yang terjadi seterusnya tidak diketahui. Aku rasa walaupun mereka boleh melahirkan anak tetapi perasaan itu tidak akan sama seperti sebelum ini.

Regards,
-Strider-


#1273 - Segmen : Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Hye Readers,



Hari ini aku nak join satu segmen iaitu "blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah". Sebenarnya aku ade perasan segmen nie beberapa hari yang lepas..Tapi aku lupa plak sape diantara korang yang dah join. Alang-alang ternampak Pha Is join segmen ini maka aku pun amik masa laa kejap untuk join.

Walaupun aku tak ada kena mengena ngan cuti sekolah tapi peduli laa..hahaha..Segmen ini pun amat mudah..kepada mereka yang nak join, anda boleh klik banner di atas atau pun pergi ke website owner segmen ini (klik sini).

Regards,
-Strider-

#1272 - Terima Kasih Nuffang - Inti Campaign.

Hye Readers,


Aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Nuffnang serta advertiser INTI Collage kerana telah sudi beriklan di blog aku yang tak seberapa ini. Walaupun jumlahnya bukan ukuran tetapi ia sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat aku untuk blogging.


Aku masih lagi mempunyai kempen yang sedang berjalan dan aku sendiri tak tahu bile dia akan credited..Lagi lama lagi bagus rasanya...hahaha..thats all for now, and Terima kasih Nuffnang, INTI Collage dan juga semua blogger yang sentiasa menyokong dan memberi aku semangat untuk blogging.

Kepada blogger yang ingin menggunakan khdimat Nuffang anda boleh klik sini

Regards,
-Strider-

#1271 - Mencuri Kerana Terdesak

Hye Readers,



“Saya mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana terdesak, selain dianiayai rakan. Itu merupakan pengakuan oleh seorang lelaki yang di dapati bersalah oleh Mahkamah kerana mencuri. Berita tersebut disiarkan oleh Sinar Harian

Tertuduh mengaku bersalah telah mencuri satu unit Sony PS2 Console-controller; satu unit Xbox 360 slim 4 GB Console-controller; satu unit WII-GS-Korea WII Game set Korea VER Console-WIImote-Nunc; satu unit TV LCD Samsung 32 inci dan dua unit Government integrated Radio Network (GIRN) milik pejabat Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di Jalan Air Jernih.

Apa yang membuatkan aku pelik, tiada satu pun barang yang dicuri itu menunjukkan dia terdesak. Jika dia dianiaya oleh rakan itu lebih sesuai. Aku pernah terbaca tentang seorang lelaki yang terpaksa mencuri susu formula kerana terdesak dan bagi aku, itu adalah tindakkan yang terdesak.

Terdesak atau tidak, mencuri itu tetap salah. Kalau kita mempunyai masalah, kita sepatutnya meminta pertolongan dari orang lain daripada mencari jalan senang dengan mencuri. Hopefully, tertuduh berasa menyesal dengan tindakkannya dan tidak mengulanginya lagi...

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 27, 2013

#1270 - Safee Sali & Nazri Ahmad Tidak Professional.

Hye Readers,

Professionalism sebenarnya penting dalam hidup. Lebih-lebih lagi jika dalam usaha kita untuk mencari rezeki. Dari seorang penjual nasi lemak sehingga Pengarah Kumpulan sesebuah syarikat sikap Professionalism amat penting kerana ia yang membezakan sama ada dipandang tinggi atau tidak.

Sebenarnya aku tak nak sentuh kerana aku anggap ianya kes terpencil. tapi apabila kes baru terjadi, aku rasa aku perlu luahkan pendapat aku sebelum budaya ini merebak kepada semua pemain bola sepak Malaysia

Kes yang aku katakan ini adalah kes 2 pemain bola sepak yang berjanji untuk bermain dengan selangor tetapi akhirnya menukar haluan apabila ade kelab lain yang menawarkan gaji yang lumayan. Itu semua hak mereka tapi bagi aku, mereka tidak bersikap professional dalam kes yang berlainan

1) Safee Sali



- Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, penyerang kebangsaan itu telah menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Selangor dalam pertemuan dengannya dua minggu lalu, sebelum menukar fikiran pada saat akhir. (klik sini)

- Walaupun sedar Selangor tidak mampu menawarkan kontrak sebesar JDT, Safee Sali dikatakan telah bersetuju secara lisan dan mengambil wang pendahuluan sebelum mengambil tindakan kekal di JDT dan tidak mentandatangani kontrak seperti yang dijanjikan.

- Dari segi undang-undang memang tiada apa yang boleh dilakukan kerana tiada hitam putih antara Selangor dan Safee Sali. Dalam kenyataan berasingan, Safee Sali menafikan dakwaan tersebut.

2) Nazri Ahmad



-Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan mengemukakan aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan bekas pemain Johor Darul Takzim (DT) Nazri Ahmad yang dilaporkan sudah menyertai Kelantan untuk saingan Liga M musim depan. (klik sini)

- Aku tak tahu budak umur 23 tahun nie tahu tak yang mengikat kontrak untuk 2 pasukan yang sama adalah salah. turut berdepan dengan denda dan penggantungan seandainya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM.

Kesimpulanya

Paling sedih sebenarnya kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang berasal dari selangor dan aku tidak menyalahkan JDT ataupun Kelantan kerana keputusan muktamad terletak pada tangan pemain. Aku tak rasa JDT dan Kelantan paksa dorang bermain dengan mereka.

Sebenarnya kedua-dua pemain ini bukan berada dalam prestasi yang terbaik pun. Niat Selangor memancing mereka pun adalah kerana mereka merupakan anak Selangor dan ingin memberi peluang untuk mereka menabur bakti di negeri sendiri.

Aku harap agar mereka tidak akan bermain dengan Selangor lagi sampai mereka pencen. Aku juga tidak akan memandang mereka sebagai seorang pemain yang professional walaupun pandangan aku tak penting sebenarnya..hahahha

Regards,
-Strider-

#1269 - 10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Hye Readers,

Klik Untuk lebih Jelas

Sumber: Email dari kawan

Regards,
-Strider-


#1268 - Siapa Fatihah Hakema

Hye Readers,

Aku sendiri tidak kenal sebenarnya dengan Fatihah Hakema ini. tapi beberapa cerita tentangnya pernah singgah di timeline atau wall facebook aku. Dia yang merupakan seorang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) didakwa telah memuat naik gambar intim bersama teman lelakinya.


Tak cukup dengan itu, dia juga telah didakwa memuat naik status yg mencabar JAKIM, Agama Islam. Sebelum ini aku tak pernah tulis pasal ini atas sebab kurang percaya terhadap apa yang terjadi. Nyata kepercayaan aku itu berasas apabila tuan punya badan iaitu Fatihah Hakema telah membuat satu laporan polis.

Aku dapat tahu melalui laporan polis yang dibuat adalah melalui facebook +HASRUL HASSAN dan dari situ aku boleh agak siapa yang dimaksudkan itu. Itu merupakan laporan polis yang kedua dilakukan oleh Fatihah Hakema. (klik sini)

Apa sebenarnya yang berlaku? Fatihah Hakema telah menjadi mangsa jenayah siber hasil daripada kesilapan masa lampau. Fatihah mendakwa seorang lelaki Aizuddin Mazlan telah mengguna FB yang dicipta sendiri olehnya untuk mengaibkan Fatihah. 

Aku dipahamkan yang Aizuddin ini merupakan bekas teman lelakinya dan antara gambar yang menjadi perbualan hangat di social media adalah gambar intim Fatihah bersamanya. Kesalahan Fatihah adalah memberikan gambar intim mereka dirakam untuk kenangan 

Tapi adakah tindakan yang akan diterima oleh Aizuddin atas kesalahanya mengaibkan Fatihah? Hanya tindakkan pihak berkuasa kan menentukannya. Sesungguhnya Fatihah telah menerima pengajaran yang agak mahal atas kesilapanya. Aku harap kita semua dan Fatihah sendiri akan dapat serba sedikit pengajaran dari kes ini.

p/s: kepada mereka yang nak beri pandangan/sokongan/nasihat kepada tuan punya badan, sila pergi ke page dia. (klik sini)

Regards,
-Strider-

Tuesday, November 26, 2013

#1267 - Senarai Penuh Pemain Kelantan Musim 2014

Hye Readers,

Tan Sri Anuar Musa Ketika Sidang Media
Hari ini pasukan Kelantan atau The Red Warrior telah mengumumkan senarai penuh 24 orang pemain pasukan TRW  bagi mengharungi musim 2014. Tanpa membuang masa mari kita tengok senarai penuh pemain dan pengurusan pasukan TRW

Pegawai Kelantan 2014 :
Pengurus : Azman Ibrahim
Penolong Pengurus : Wan Badri
Coach : Steve Darby

Senarai Pemain Kelantan
1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (Gk)
24. Syazwan Yusoff (Gk)

Kalau diikutkan senarai yang ada, pasukan kelantan masih lagi nampak berbisa walaupun kehilangan beberapa pemain tonggak. Aku rasa kehadiran Mohd Badri Razi (Piya) sudah tentu akan menyuntik semangat rakan sepasukan bagi mengharungi Liga Super musim hadapan.

Regards,
-Strider-

Giveaway Peserta Bertuah

Hye Readers,



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Malam ini aku nak join satu giveway bagi menyokong rakan-rakan yang menganjurkan giveway. Untuk makluman korang giveway kali ini dianjurkan oleh Yumida. tarikh tutup giveaway ini adalah pada 31 Disember 2013 dan nampaknya aku kena tunggu tahun depan untuk mengetahui aku bertuah atau tidak. Kepada yang berminat nak join sekali jangan lupa untuk klik banner tersebut.

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Regards,
-Strider-

#1266 - Bila Suami Maki Isteri

Hye Readers,



Kepada mereka yang yang ade facebook, mesti korang ade perasan screenshot ini yang sering berlegar di wall anda. Menurut apa yang orang kata ia merupakan status seorang suami yang ditujukan kepada isterinya. 

Ramai yang mengutuk tindakan lelaki ini yang dianggap membuka pekung didada. Sebenarnya aku juga sangat tidak bersetuju dengan tindakkan ini kerana ia satu benda yang kurang sihat. Aku lebih percaya kepada perbincangan secara berhadapan.

Tapi dikala kita asyik menyalahkan lelaki ini jangan lupa satu perkara penting. Orang putih kata "it takes two to tango" kalau orang melayu pulak mungkin peribahasa kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. jangan kita sering menunding jari ke sebelah pihak tanpa mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak.

Mungkin tindakan emosi dari lelaki ini akibat dari perbuatan yg si isteri tak mendengar kata walaupun dah ditegur 100 kali dia buat tak tahu jer dan apabila hubby letak kat FB ia berakhir dengan suami dan isteri mendapat malu.

Aku tidak mahu menyalahkan isteri atau suami dalam kes-kes macam nie. Tapi kepada mereka yang dah berkhawin, pasti mereka setuju jika aku katakan yang toleransi itu perlu dalam perkhawinan. Aku pun tak mahu komen lebih-lebih sebab ini kes peribadi orang dan aku sendiri pun belum berkhawin lagi.

Regards,
-Strider-

#1265 - Tan Sri Anuar Musa Sanggup Letak Jawatan.

Hye Readers,



“Kalau pelantikan saya ini menyebabkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tidak mahu bekerjasama dengan jawatankuasa ini jadi saya secara sukarela berundur,” Itu lah kata-kata Tan Sri Anuar Musa yang dipetik dari laman web Harian Metro hari ini.

Tan Sri Anuar musa berkata, dia tidak mahu kemelut pelantikannya sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara berpanjangan.Isu pelantikan Annuar itu dipersoalkan memandangkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dilarang menyertai sebarang aktiviti bola sepak sehingga Oktober tahun depan.

Kalau korang nak tahu Tan Sri Anuar Musa telah digantung selama 30 bulan daripada menjalani sebarang aktiviti berkaitan bolasepak selepas didapati bersalah oleh FAM kerana melanggar Artikel 88 dan FAM bersedia merujuk kes itu kepada AFC dan FIFA biarpun dari pihak Kementerian Belia dan Sukan ia tidak menyalahi peraturan.

Tan Sri Anuar Musa berkata dia dilantik atas kapasiti sebagai ahli parlimen, bukan atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden yang digantung atau Presiden KAFA. Seperti yang korang tahu, isu bola sepak juga dibangkitkan di parlimen baru-baru ini . Sama ada itu diambil kira sebagai aktiviti bola sepak oleh FAM atau FAM “over sensitive” sampai melihat di luar skop, itu adalah pendirian FAM.

Aku rasa kepimpinan FAM nie sebenarnya tidak bersikap terbuka dalam membangunkan bolasepak Malaysia. Mungkin FAM ada cara tersendiri untuk membangunkan bolasepak Malaysia tapi melihat pencapaian 10 tahun yang lepas, aku tak rasa banyak perubahan yang dilakukan.

Walaupun tak banyak yang boleh aku lakukan tapi sebagai peminat bolasepak aku akan terus memberi tekanan pada FAM sehingga aku nampak perubahan terhadap kepimpinan FAM.

Regards,
-Strider-

Monday, November 25, 2013

#1264 - Zed Zaidi Mencuci Tahi Orang

Hye Readers,



"Saya ibarat mencuci tahi orang lain". Itu merupakan luahan hati Zed Zaidi terhadap isu jawatan Presiden yang ditarik balik oleh mahkamah baru-baru ini (klik sini). Menurut Zed Zaidi, kesilapan kepimpinan Seniman sebelum ini menyebabkan berlakunya kemelut ini. 

Menurut berita yang aku baca dari Beautiful Nara, kenyataan Zed Zaidi itu diambil ketika Zed Zaidi tampil bersama lebih kurang 50 orang ahli Seniman yang lain di Finas untuk menjelaskan isu tersebut.Sebelum ini Seniman adalah di bawah kepimpinan Harun Salim Bachik.


Berikut merupakan antara petikan kenyataan Zed Zaidi yang aku baca melalui Beautiful Nara:-

*Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya. Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya

Aku tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mencuci tahu tersebut.Tapi memang aku tak dinafikan sejak dia memegang jawatan Timbalan Presiden Seniman lagi memang banyak isu diutarakan. Ade yang aku tidak setuju seperti isu cermin gelap untuk kereta artis (klik sini)

Tapi ade juga isu yang bagus dibangkitkan oleh Zed Zaidi nie seperti isu meminta Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar mendedahkan kemasukan artis-artis dari luar negara benar-benar mengikuti peraturan yang sah di negara ini. (klik sini)

Apa-apa pun aku harap Zed Zaidi tabah menerima keputusan mahkamah baru-baru ini dan jika para-para arits di bawah Seniman fikir dia layak untuk memegang jawatan sudah pasti mereka akan memilih semula Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman

Regards,
-Strider-

#1263 - Cara Mendaftar Parlimen Belia Malaysia

Hye Readers,

Dua minggu lepas aku ade buat satu entry mengenai Parlimen Belia Malaysia (klik sini). Semalam ada seorang kawan aku tanya bagaimana nak mendaftar Parlimen Belia Malaysia ini. Jadi aku amik kesempatan untuk menjelaskan kat dia sekali dengan korang semua. Ia sangat mudah.


* Pergi ke laman web rasmi Parlimen Belia Malaysia
* Anda boleh membaca mengenai PBM (Step 1) dan klik untuk mendaftar sebagai pemilih.


* Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sila tandakan kotak (Step 2) dan klik untuk mendapatkan borang pendaftaran. (Step 3)


* Sila isi no kad pengenalan anda dan tekan hantar sebelum anda mengisi borang pendaftaran.
* Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi borang.



* Isi semua maklumat peribadi anda dengan betul. Pastikan kotan perakuan pemilih telah ditanda sebelum anda menekan butang "Hantar".


* Anda akan menerima pengesahan pendaftaran.

Itu adalah cara-cara untuk mendaftar bagi Parlimen Belia Malaysia. jadi mari kita ramai-ramai register. Tahun 2014 kalau aku nak bercerita pasal isu yang dibangkitkan oleh Parlimen Belia Malaysia ni nanti ade geng.

Regards,
-Strider-

#1262 - [SAH] Kontrak Rajagopal Tidak Disambung

Hye Readers,



FAM akhirnya telah mengumumkan bahawa kontrak rajagopal yang berakhir pada 31 Disember 2013 tidak akan disambung. Dalam sidang media, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata selepas diteliti, pihaknya sepakat untuk menyambung kontrak Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda untuk tempoh yang akan ditentukan kemudian, namun nasib sebaliknya bagi Rajagobal.

Benda ini bukan la stu keputusan mengejut jika diambil kira prestasi pasukan kebangsaan sekarang. Jika proses pemilihan jurulatih baru mengambil masa lama, Kim Swee diberi amanat untuk mengetuai pasukan untuk perlawanan dengan Yaman, Mac depan

FAM juga masih dalam proses memilih jurulatih baru, sama ada jurulatih import atau tempatan ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. Lebih 30 calon yang FAM ade jika merujuk kepada kenyataan , Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin  pada September lalu (klik sini)

Salah seorang daripada calon tersebut ialah bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun, Philippe Troussier, yang membantu pasukan jepun mara ke pusingan kedunia Piala Dunia 2002 ketika Jepun menjadi penganjur bersama dengan Korea Selatan.

Antara nama lain yang disebut-sebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan yang kini membimbing pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Selamanya Harimau Malaya

Regards,
-Strider-

Sunday, November 24, 2013

#1261 - Filem/Drama Melayu Tiada Kekuatan

Hye Readers,


Gambar tersebut merupakan screenshot dari komen sahabat kita +Farid NZ  terhadap entry aku yang lepas. Komen Farid telah menimbulkan idea untuk aku cerita korang mengenai filem/drama melayu. Idea ini timbul ketika aku sedang makan tengah hari bersama kawan opis.

Kawan aku nie pernah beritahu aku yang sebab dia kurang menonton filem/drama melayu adalah sebab filem melayu tiada kekuatan dalam jalan cerita mahupun watak, Bak kata Farid tadi kalau nak compare ngan Hollywood memang kita jauh berbeza.

So dekat sini aku nak jelaskan kat korang apa yang dimaksudkan dengan tiada kekuatan. Kalau korang tak bersetuju pun takpe sebab bagi aku benda ini adalah subjektif. Kekuatan tersebut boleh dipecahkan kepada 2 ketegori iaitu :-

Kekuatan Jalan Cerita
- Kekuatan filem/drama melayu hanyalah pada cinta. 90 peratus dari filem melayu tak kira apa pun genre mesti ade jalan cerita tentang percintaan kerana itu market untuk menjual filem kepada orang melayu. Dan jalan ceritanya biasanya skeptikal., Perempuan akan berubah sebab lelaki atau lelaki akan berubah sebab perempuan. Jarang ade jalan cerita yang mereka boleh bercinta tanpa mengubah siapa diri mereka.

Kekuatan Watak
- Kekuatan watak nie biasanya pada watak perempuan. mostly dalam drama watak perempuan sering digambarkan sebagai seorang yang pasrah, redha atau pun berserah pada takdir walaupun diperlakukan dengan tidak bertanggungjawab oleh lelaki. Hakikatnya banyak wanita di dunia realiti yang mempunyai karakter tersendiri dan mampu mengubah nasib mereka sendiri.

Aku ambil satu cerita Honey lakonan Jessica Alba pada tahun 2003, yang jalan ceritanya menunjukkan kekuatan karekter seorang wanita yang sanggup menempuhi dugaan apabila bosnya mengugut untuk menjahamkan kariernya setelah permintaan untuk berasmara ditolak.

Itu merupakan salah satu filem yang terlintas pada pikiran aku. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan apa yang aku cakap ini dan aku menghormati pendirian korang kerana benda ini subjektif. Cuba berikan satu filem/drama yang top dan tidak berkait dengan cinta? Apa filem pertama yang telintas di fikiran korang?

Regards,
-Strider-

Saturday, November 23, 2013

#1260 - Review Filem: Kisah Paling Gangster

Hye Readers,


Minggu lepas aku sempat untuk menonton wayang bertajuk "Kisah Paling Gangster" lakonan Shaheizy Sam.. Kalau tengok dari poster cerita ini macam best jugak untuk ditonton.Jadi sebelum aku bagi personal personal review aku meh baca dulu sikit pasal sipnosis cerita ini.

Remy (Shaheizy Sam)seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar..

Sebenarnya bagi aku cerita ini kurang kemas walaupun idea untuk filem ini menarik. Filem ini tidak terlalu serius dan ade part kelakar. Aku rasa the best part bagi filem ini adalah pada part kelakar sahaja. Dari segi kesan bunyi memang tak masuk akal langsung,

Jalan penceritaan yang dipaparkan sedikit berterabur.Walaupun filem ini mengandungi unsur "twist" di penghujung cerita tapi aku tidak dapat menghayati sepenuhnya. Nasib baik para pelakon dalam cerita ini dapat menghayati watak yang diberi..

Overall kalau korang rasa tak ada movie nak tengok, cerita ini boleh laa dijadikan sebagai salah satu pilihan. Walaupun teruk tapi aku pernah tengok filem yang lebih teruk dari ini.

Rating: 2.7/5

Regards,
-Strider-

#1259 - Hot Fm Penipu & Penjelasan Dari Hot FM

Hye Reader,

Malam semalam stesen radio no 1 Malaysia Hot FM telah mencetuskan satu kontroversi gara-gara peraduan melalui twitter Hot FM Sejuta yang menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah. Sebenarnya apa yang terjadi? Berikut merupakan kronologi kes tersebut.

Pemenang berjaya menjawab dalam masa 60 saat.

1. HOT FM buat contest

2. So ada budak ni dapat menjawab soalan yang diberikan tapi ia bercanggah dengan jawapan yang ade di wikipedia tentang tarikh Hot FM mulakan siaran.

3. Issue bertambah panas apabila akaun twitter account pemenang tu baru create 3 hari yg lepas, so peminat yang lain merasakan bahawa akaun  tebabit adalah FAKE dan orang-orang HotFM saja create akaun tu.

4. Tu yang kecoh tak tentu pasal sampai trending #HotFMPenipu

Ini pula penjelasan rasmi dari pihak Hot FM yang dipetik melalui laman web rasminya.

Click to Enlarge

Hot FM menjelaskan yang mereka menajalani ujian transmisi pada 15 Januari hingga 5 Februari 2006 dan mula bersiaran secara rasmi pada 6 Februari 2006. Untuk makluman wikipedia menyenaraikan tarikh siaran rasmi Hot.fm pada 5 Febuari 2006.

Tipu atau tidak tiada siapa dapat mengesahkan kerana seriously, siapa ingat tarikh Hot FM mula beroperasi. Apa yang pasti peraduan ini telah mencalarkan sedikit reputasi Hot Fm berdasarkan tweet peminat Hot FM yang aku baca.

Regards,
-Strider-

#1258 - Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu 28

Hye Readers,



Tadi selesai sudah separuh akhir Muzik-Muzik 28 dan sebanyak 12 lagu telah dipilih untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 28. Seperti yang aku ramalkan minggu lepas, tahun ini lagu Alyah mesti ke AJL dan jangan terkejut kalau dia end up at top 3.



Tanpa membuang masa aku akan senaraikan 12 lagu tersebut.

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Walaupun ade beberapa lagu yang aku minat tidak tersenarai tetapi kehadiran lagu "Kalau Aku Kaya", "Aku Pelat" dan "Sahabat" nampakya memberi sedikit kelainan untuk AJL28. Kalau semua lagu jiwang mesti bosan. 

Untuk info sejak 2002 (10 tahun yang lepas) hanya 3 artis berkumpulan iaitu Spider, Estranged, Meet Uncle Hussin yang berjaya menjadi juara AJL dan lain-lain merupakan lagu berentak perlahan. Antara 12 lagu nie yang mana korang rasa menang?

Regards,
-Strider-
 

Friday, November 22, 2013

#1257 - Boleh Hidup Di Kuala Lumpur Dengan RM10

Hye Readers,


Ade sesiapa boleh hidup di Kuala Lumpur dengan RM10?  Scenario 1 & 2 tu kalau dia pegi tandas kena charge 20sen dah lebih dari RM10 rasanya...

Regards,
-Strider-

#1256 - Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden Seniman

Hye Readers,



Semenjak balik dari Bukit Fraser, PC aku macam nak tunjuk perasaan pulak. Kejap okay dan kejap tak. Semalam merupakan kemuncaknya apabila window tak nak load langsung. Nampaknya aku kena bersedia dengan sebarang berita buruk lepas ini.

Tapi bukan aku sorang jer yang mendapat berita buruk. Nampaknya Zed Zaidi juga mendapat berita yang sama apabila Mahkamah Tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal sekali gus membuatkan Zed Zaidi kehilangan jawatan "Presiden Seniman"

Sebelum ini isu jawatan Presiden Seniman itu agak panas sebab bekas presiden seniman yang lepas iaitu Harun Salim Bachik kecewa dengan sikap Zed Zaidi yang ketika itu dianggap membelakanginya. Ketika itu Zed Zaidi menyandang jawatan timbalan presiden.

Selepas menjawat jawatan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik bersama lapan orang artis lain telah menerima kejutan dengan tindakan saman dari Persatuan Seniman Malaysia. Namun Harun Salim  Bachik tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu itu.

Mahkamah juga telah memutuskan supaya Mesyuarat Agung akan diadakan semula dari tempoh 2 Bulan dari tarikh keputusan ini dikeluarkan dan ia akan dikendalikan oleh Pertubuhan Berdaftar (ROS). 

Apa-apa pun keputusan siapa yang sepatutnya menjadi presiden seniman adalah terletak di tangan artis-artis yang berdaftar dengan Seniman. Aku akhiri entry aku dengan serangkap pantun ala-ala David Teoh.

Solong Papan Talik Papan,
Buah Keranji Dalam Perahu,
Pasal Wawa Lu nak Meroyan,
Silakang padan muka lu.

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan

* Motif Zed Zaidi Cabar Imigresen & Puspal
* Zed Zaidi Gila Kuasa Ke??
* #1053 - Zed Zaidi Tak Kenal PSY??
* #1030 - Kejutan SENIMAN buat Patrick Teoh

Thursday, November 21, 2013

#1255 - Penipuan Kerja Dari Rumah.

Hye Reader,

Dengan keadaan ekonomi seperti sekarang sudah pasti ramai di antara kita yang mencari pendapatan sampingan. Kerja dari rumah merupakan salah satu pekerjaan yang semakin popular kerana ia boleh dilakukan dari rumah disamping masa yang di gunakan adalah flexibel.

Sebenarnya bukan semua jenis pekerjaan dari rumah yang menipu. Masih terdapat kerja dari rumah yang beroperasi secara jujur tapi kita harus berhati hati dengan tawaran yang diberikan. Berikut merupakan modus operandi dan nasihat dari PDRM tentang penipuan kerja dari rumah.


Modus Operandi
1. Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk menarik perhatian mangsa
2. Suspek menggunakan alamat palsu / tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
3. Orang yang tertarik boleh terus hubungi syarikat terbabit melalui telefon bimbit atau SMS
4. Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk mengirimkan borang pendaftaran
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
6. Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
7. Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri

Nasihat polis
1. Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS
2. Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia
3. Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4. Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan

Kegiatan ini merupakan teknik penipuan oleh sindiket untuk menjerat mangsa yang ingin mencari rezeki sampingan, suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga dan individu yang mudah tertarik dengan tawaran lumayan.Oleh itu kepada mereka yang berminat untuk mencari pendapatan melalui kerja dari rumah anda dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 20, 2013

#1254 - Aktiviti Di Bukit Fraser

Hye Readers,

Pemandangan indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah salah satu pemandangan di Bukit Fraser ini. Bukit Fraser sebenarnya agak menarik bergantung kepada apa yang anda cari.Hasil tinjauan aku beberapa hari di sana, kebanyakkan tempat tinggal merupakan kawasan Bunglow dan ia merupakan tempat yang paling sesuai jika anda mempunyai keluarga yang ramai.

Untuk kunjungan kali ini, Aku bersama lagi 5 adik beradik yang sudah bekeluarga (kecuali aku) menginap di sebuah bunglow yang diberi nama Sri Damai. Ia terletak tidak jauh daripada  "Clock Tower" Bukit Fraser. Sepanjang 4 hari kami di sana, kebanyakkan masa diisi dengan program sendiri yang telah dirancang.

Sebenarnya sepanjang 4 hari kami disana, kebanyakkan aktiviti yang kami lakukan adalah benda yang dirancang dari KL lagi, Ia merangkumi sukaneka, lucky draw, jungle trekking, BBQ, board games and few others  activities.

Aku share ngan korang beberapa aktiviti aku di sepanjang aku disana dan after this aku beritahu korang apa aktiviti lain yang boleh dilakukan di bukit Fraser.


Day 1: Budak-budak kalau dapat tinggal satu rumah dengan cousin dorang memang seronok.


Day 1: Inter frame jap..Berangan nak jadi model untuk kakak aku.



Day 2: Group A untuk Sukaneka. Yang paling kecik tu paling seronok sebab dia duduk atas guni sambil orang lain tarik.


Day 2: Untuk Sesi malam kami memilih untuk BBQ daripada makan di luar. Niat nak buat kat openspace tapi sebab takut hujan jadi kena buat under garaj.



Day 3: Siapa nak asah bakat dalam putting buleh datang ke taman permainan Bukit Fraser. Mereka ada sewakan bola golf and putter..murah jer, kalau tak silap aku dalam RM6 for 1/2 Hours


Day 3: Jungle Trekking at Rompin Trail. Ini antara laluan yang paling senang



Day 4 : Sebahagian daripada yang tinggal. Ade 2 Family terpaksa pulang awal kerana ade komitmen lain.

Itulah sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4 hari kami berkampung di sana. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti selain daripada apa yang kami buat ini. Terdapat banyak lagi aktiviti  menarik kat Bukit Fraser ini.

Bukit Fraser sebenarnya sangat popular bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan juga perkhemahan. Kalau nak trekking pun terdapat beberapa route yang boleh dipilih. sama ada korang nak trekking 15 minit ataupun sejam setengah.

Jadi kepada mereka yang tak pernah pergi atau dah lama tak pegi aku rekemenkan korang untuk datang ke sini. Cuma jangan compare Genting Highland atau Cameron Highland kerana suasana di sini amat berbeza. Kalau sama pun mungkin dari segi kesejukkan jer..

Regards,
-Strider-

#1253 - WW : Spam 1990

Hye Reader,



2013 pun dah nak habis, Menuju ke 2014 namun masih ade orang yang nak SPAM menggunakan teknik tahun 1990.

Regards,
-Strider-

Tuesday, November 19, 2013

#1252 - Rajagopal Meletakkan Jawatan

Hye Readers,



"Rajagopal meletakkan jawatan", itu yang harus dilakukan oleh jurulatih Malaysia setelah perlawanan Malaysia menentang Qatar dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2015 telah berakhir dimana Malaysia telah kalah kepada pasukan Qatar 0-1 di Stadium Shah Alam. 

Persembahan pasukan kebangsaan tadi boleh dikatakan hambar walaupun ia lebih baik dari perlawanan ketika menentang Bahrain. Walaupun meningkat, tapi aku rasa ia masih tidak mencukupi untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

Sudah tiba masanya supaya Rajagopal meletak jawatan daripada terus menjadikan pasukan kebangsaan sebagai bahan uji kaji beliau. Mungkin pasukan Malaysia memerlukan nafas baru dalam usaha untuk memburu kejayaan di peringkat antarabangsa.

Aku rasa Rajagopal dah melakukan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan sejak dia mula-mula membimbing pasukan kebangsaan pada tahun 2009 dan sudah tiba masanya dia digantikan dengan jurulatih yang lain seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakkan pasukan bola sepak di dunia ini.

Malaysia masih mempunyai baki satu perlawanan menentang Yamen dan kalau tak silap aku peluang untuk melayakkan diri secara automatik seakaan makin suram. 

Regards,
-Strider-


#1251 - Perjalanan Ke Bukit Fraser.

Hye Readers,



Alhamdulillah lebih kurang 4.20 petang tadi aku telah selamat sampai dari bercuti di Bukit Fraser (Frasers Hill) bersama keluarga. Kali terakhir aku melawat Bukit Fraser adalah pada tahun 1996 kot. Bila lama tak datang, kadang-kadang rasa macam 1st time pergi pulak. 

Bukit Fraser terletak di daerah raub Pahang dan berada di atas Banjaran Titiwangsa. Ia merupakan salah satu kawasan pelancongan atas bukit yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Pintu masuk Bukit Fraser adalah melalui daerah Raub.

Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Jalan Turun Dari Fraser Hill
Kalau tak silap aku dulu ada masa-masa tertentu untuk kenderaan naik dan turun dari  Bukit Fraser kerana laluan dari The Gap hingga ke puncak agak sempit. Tapi sekarang korang boleh terus naik pada bila-bila masa  kerana sekarang dah ade jalan khas untuk naik dan turun.

Nanti aku akan cerita lagi pasal Bukit Fraser nie. 

Regards,
-Strider-